Domain adalah nama unik untuk mengidentifikasi nama server komputer seperti web server atau email server di internet. Nama Domain memberikan kemudahan untuk pengguna internet melakukan akses ke server dan mengingat server yang dikunjungi dengan mudah berbanding mengingat deretan nombor IP.
Seperti yang anda boleh lihat pada URL address bar, domain untuk personal blog aku ni adalah ctfand.com. Bagi domain ctfand.com ini, terdapat dua komponen utama domain iaitu, “.com” sebagai Top Level Domain (TLD) dan “ctfand” sebagai Second Level Domain (SLD).
Terdapat satu lagi komponen iaitu yang ketiga atau Third Level Domain. Contohnya dalam domain blog lama aku dulu ctfand.blogspot.com, ctfand di sini adalah Third Level Domain, blogspot sebagai Second Level Domain dan .com sebagai Top Level Domain.

Image courtesy of Stuart Miles / FreeDigitalPhotos.net
Memilih Top Level Domain
Top Level Domain (TLD) seperti yang dinyatakan tadi adalah deretan nama terakhir di belakang domain, seperti contoh di atas iaitu .com. Sebenarnya selain .com, terdapat beberapa lagi pilihan Top Level Domain yang popular iaitu .net, dan .org. Senarai yang aku sebutkan ini merupakan Generic Top Level Domain (gTLD) yang mana sesiapa pun boleh menggunakannya walaupun sebenarnya Top Level Domain ini mempunyai maksud dan tujuan yang spesifik, seperti berikut:
.com = singkatan kepada Commerce, pada asalnya adalah untuk organisasi yang terlibat dalam bidang Commercial.
.net = singkatan kepada Network yang pada asalnya dikhaskan untuk organisasi yang terlibat dengan networking technology.
.org = dari perkataan Organization. Pada asalnya untuk laman web berkaitan Non Profit Organization.
Walau bagaimanapun, penggunaan Top Level Domain yang disenaraikan ini terbuka kepada umum dan unrestricted.
Senarai Top Level Domain ini adalah yang pilihan pertama kebanyakan organisasi mahupun individu untuk memilih domain. Jadi bagi anda yang ingin memiliki domain contohnya namasaya.com tetapi telah tidak available atau telahpun dibeli oleh orang lain, anda boleh la mencuba pilihan yang seterusnya iaitu namasaya.net atau namasaya.org. Tapi, kebiasaannya, pengguna biasa seperti aku sendiri lebih minat dan cenderung memilih .com kerana lebih dikenali dan common digunakan diinternet berbanding yang lain.
Terdapat juga beberapa Generic Top Level Domain yang lain yang pemakaiannya terhad kepada sesuatu pertubuhan atau agensi kerajaan tertentu. Contohnya, .edu hanya untuk badan atau organisasi berkaitan pendidikan, .gov untuk kerajaan (contoh Kerajaan Malaysia .gov.my), .mil singkatan kepada Military di USA, .aero untuk industry pengangkutan udara dan sebagainya.
Selain dari Generic TLD, terdapat Country Code TLD (ccTLD) yang merupakan Top Level Domain yang dikhaskan bagi setiap negara dan pendaftarannya terhad kepada mereka yang berada di sesuatu negara sahaja. Contohnya Malaysia .my, Indonesia .id, Denmark .de, Filipina .ph, United Kingdom .uk, Perancis .fr dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut dan bacaan tambahan, anda bolehlah masuk ke laman web Wikipedia ini.
Menarik untuk mengetahui perkara ini kan. Aku pun dapat info dan mula mengambil tahu dengan terperinci tentang perkara ni semasa aku nak mendaftar dan membeli domain hari tu. Kalau tak, mungkin tak tahu apa itu domain, .com, TLD dan yang sewaktu dengannya.
Sekian perkongsian kali ini..dan selamat memilih domain bagi anda yang ingin berdomain sendiri 🙂
thanks share kak..sebelum ni mmg xpernah ambik tau pasal domain ni langsung..ehehe..
samala.. ada pulak top, second dengan third level kan..hihi. benda basic yg jarang2 kita ambik tau.. 😆
terbaik, teringat kembali zaman2 mencari ilmu2 cam ni dulu
Hehe..terima kasih tuan. Syok dapat tau benda2 macam ni… 🙂
nice share.. mmg dalam perancangan nk tukar nama domain, nk buang “blogspot” tu.. heheh..
menabung sini..
Tengkiu pha is.. Ha, cepat2 beli pha-is.com tu.. 😀
baru aiza tahu.. sebelum ni aiza tukar domain dot com tu main redah je.. hehe.. menabung libresse, churp2, libresse.. 😀
Tak pe aiza.. kita2 sama belajar.. 🙂
wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh thanks kak fand. hihi untunglah kak fand top level hihi.
Qila bercampur lagi ni haaa blogspot & .com hihihii xD
thanks share ni tau kak fandddd <333333
inshaallah tak tukar dah kot sbb qila takde duit lah nk byr domain hewhew.
Oh ya, lepas ni cerita lah pulak berapa kak fand bayar huhu
biasa2 je qila..bila dah domain sendiri ni kena lah survive sendiri..hihi..ada pro n kontra.. insyaAllah akak kongsi cerita2 domain yg lain. ringkasnya, domain bole dibeli dgn harga serendah RM30.. kalau beli ngan hosting pulak, ada yg offer free… 😀
Owh.. baru tahu.. Perkongsian yang menarik. Thanks.
terima kasih ammar..sekadar berkongsi ilmu yang sedikit nih… 🙂