ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Personal / Mencari-Cari Kereta Baru

Mencari-Cari Kereta Baru

3Apr | 2014

3 April 2014 By ctfand 17 Comments

Aku dan suami ada satu kereta je. Itu pun kereta Kelisa. Ibarat staff aku kata, “pakai kereta Kelisa je..?” hihi. Sekarang ni dah merancang untuk membeli kereta kedua. Keputusan dibuat pun sebab kereta Kelisa atau kereta Yanie suami aku kata tu bakal habis bayaran ansuran bulanan pada bulan Jun ni. Tak nak lah menanggung bayaran pelbagai pada setiap bulan. Satu-satu cukup..ikut kadar kemampuan..

Kereta tu pun, dah macam-macam masalah dah. Maklumlah dah lama pakai. Baru je keluar “wad” selepas admit 2 minggu dalam minggu lepas. Bayaran baik pulih dan ganti beberapa part sama macam down payment kereta baru. Haish.. Apa boleh buat lah..

Off topic sekejap, kenapa kereta Yanie? Sebab macam-macam kisah dan cerita serta kenangan pahit manis bersama Yanie dengan kereta Kelisa tu.. InsyaAllah akan diceritakan di dalam entri-entri akan datang dari semasa ke semasa..

Sambung cerita lagi. Tengah mencari-cari kereta ni, naik pening jugak di buatnya. Kami cadang tak nak ambil kereta lebih dari RM100,000. Macam aku kata tadi, ikut kadar kemampuan. Suami pun bukan jenis biar papa asal bergaya macam kebanyakan rakan-rakan atau lelaki sebaya dia.

ford

ford2Dalam pada tu, terpandang iklan Ford Fiesta oleh Nuffnang yang sedang dalam promosi bayaran terendah bulanan sekarang. Promosi berakhir pada 30 April 2014. Iklan seperti gambar yang dipaparkan. Menarik jugak kalau hanya RM500++ sebulan. Dah jenguk-jenguk kat website Ford hari tu..nampak macam ok. Tapi semalam, terpandang kereta ni kat atas jalan. Nampak macam kecil lah! Tak tahulah pulak kalau bawa dan drive sendiri macamana feelnya.

Ada jugak hari tu terpandang iklan Nissan Almera, ansuran dalam RM600++. Terbaru, promosi Honda City dan Honda Jazz yang turun harga meletup-letup hari tu pun dalam lingkungan harga yang kami nak.

Itulah antara calon dalam perancangan kami mencari-cari kereta baru. Ford, Nissan dan Honda. Eh, Toyota mana? Suami tak minat katanya..hehe. Manakah kereta yang jadi pilihan? Tunggulah nanti. Banyak perkara yang perlu disesuaikan dan perlu di teliti dalam memilih kereta ni. Silap pilih nanti, rugi pulak kalau tak dapat maksimumkan penggunaannya. Ada apa-apa cadangan dan idea tak? Mohon kongsikan kalau ada…terima kasih…

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Personal Tagged With: ford, honda, kereta, nissan

Comments

  1. Anuar

    3 April 2014 at 2:41 pm

    Eloklah akak beli kereta baru yang lebih selesa.. Memandangkan bilangan ahli keluarga pun dah semakin bertambah..

    Reply
    • ctfand

      3 April 2014 at 5:20 pm

      itula yg difikirkan.. kelisa sekarang kalau nak masuk stroller kena pandai selit, or else tak muat..hihi

      Reply
      • mrhanafi

        27 April 2017 at 11:14 am

        boleh beli Perodua Bezza..

        kereta ini sangat digunakan oleh mereka yang famili..

        harga pun murah

        Reply
  2. ema

    3 April 2014 at 2:43 pm

    kalau akak nak cari MPV…untuk keselesaan anak-anak semasa balik kampung.

    Reply
    • ctfand

      3 April 2014 at 5:22 pm

      betul kak ema. biasanya kami bawa banyak barang bila nak naik flight balik sabah je..sekarang boleh lagi saya pegang Hani. bila besar nanti, tak muat pulak budak dua orang tu kat belakang, kalau banyak barang… 🙂

      Reply
  3. encikarman

    3 April 2014 at 6:09 pm

    perghh.. keta baru nanti, ambik kira gak servis tuh

    Reply
    • ctfand

      4 April 2014 at 3:04 pm

      betul tuan, itu antara yg perlu diambil kira..

      Reply
  4. SDK

    3 April 2014 at 6:10 pm

    wow.. murah rezeki, ikut bajet ya

    Reply
    • ctfand

      4 April 2014 at 3:04 pm

      insyaAllah..terima kasih..

      Reply
  5. yumida

    3 April 2014 at 7:04 pm

    beznye beli keta baru
    alhamdulillah..keta lama baru je habis bayar bulan julai thn lepas..lega sikit..skrg byr utk umah je
    teringin gak nak mpv mcm org lain..tp belum mampu lg..hihi

    Reply
    • ctfand

      4 April 2014 at 3:06 pm

      asalkan kereta sedikit selesa dan boleh bergerak ke mana-mana itu yg paling penting sebenarnya.. 😀
      tahniah kereta dah habis bayar, yumida..

      Reply
  6. Mizz Aiza

    3 April 2014 at 9:13 pm

    kereta viva forever aiza lagi 5tahun nak habis bayar.. tapi ada juga terfikir nak tukar kereta besar sikit.. menabung ford, churp2, ford.. 😀

    Reply
    • ctfand

      4 April 2014 at 3:07 pm

      wahh..bagus juga kalau ada cita2 macam tu.. bole save dari sekarang.. 🙂

      Reply
  7. niesa

    4 April 2014 at 3:53 pm

    niesa ni kalau bab2 kereta xtau sgt..niesa pun ada bercadang nk cari kereta lepas dpt lesen kereta nanti..ehehe

    click digi kt sini kak.. 😀

    Reply
    • ctfand

      4 April 2014 at 3:56 pm

      Samala niesa..hihi…

      Reply
  8. Pha Is

    4 April 2014 at 9:53 pm

    saya pun sedang mencari2 jenis kereta yg akan dibeli kelak, walaupun x bekerja lagi.. sekadar “ushar2” dulu.. heehe..

    Reply
    • ctfand

      4 April 2014 at 9:56 pm

      langkah bijak..kadang2 memang kita perlu tengok2 dulu mana-mana yg berkenan..kemudian buat shortlist dan seterusnya buat pilihan muktamad..baru tak nyesal. (ini macam bole apply kalau nak cari calon minik..hihi)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d