ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Personal / Kerja Luar Di Batu Pahat, Johor

Kerja Luar Di Batu Pahat, Johor

14Apr | 2014

14 April 2014 By ctfand 15 Comments

Jauhnya perjalanan hari ni. Kerja luar di Batu Pahat, Johor. Bergerak dari pejabat di Putrajaya sekitar jam 8.00 pagi tadi. Target sampai di Batu Pahat pada jam 11.00 pagi.

Perjalanan hari ini sebenarnya sebagai persiapan untuk satu program yang akan dilangsungkan pada 26 April nanti. Nampak lama lagi kan. Tapi bila dihitung betul-betul dengan persiapan untuk program tu sebenarnya tak lama dah. Banyak benda perlu di buat dan diselesaikan.

Kami pergi hari ni dengan menaiki 2 kenderaan. Bos akupun pergi sekali sebab nak betul-betul pastikan beberapa perkara.

Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Kami tiba di lokasi pertama di kawasan Rengit sekitar jam 11 lebih, seperti yang dijadualkan. Perbincangan ringkas dijalankan dengan pihak-pihak berkaitan selama lebih kurang 15 minit, sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi kedua, di Bandar Putera Indah.

Boleh tahan jauh juga antara kedua-dua jarak. Dalam 45 minit barulah kami tiba di Bandar Putera Indah, iaitu sekitar jam 12 lebih, hampir-hampir jam 1 tengahari. Perbincangan kedua, sama seperti perbincangan di lokasi pertama tadi, selama lebih kurang 15 minit. Perbincangan terus menjurus kepada program yang bakal dicadangkan tanpa melalut-lalut. Maklumlah..semua kena balik ke Putrajaya dan KL selepas urusan di sini selesai.

Selesai urusan rasmi, kami semua pergi makan tengahari di satu yang nama dia aku pun tak pasti. Aku tak familiar area sini.

Papann tanda ini menarik perhatian aku.

Papann tanda ini menarik perhatian aku.

Sesudah tu, tepat jam 2.05 petang, kami semua bertolak balik ke Putrajaya. Alhamdulillah, sampai di Putrajaya pada jam 4.30 petang. Lega sangat-sangat sebab aku sangkakan aku sampai di rumah pada sebelah malam. Kesian nanti suami aku, kalau kena jaga Hani sementara tunggu aku datang. Petang-petang biasanya Hani meragam sikit sebab mengantuk.

Macam aku kata di awal tadi, program di Batu Pahat dijadualkan berlangsung pada 26 April 2014, hari Sabtu. Batu Pahat..mu tunggu aku datang lagi..hehe

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Personal Tagged With: kerja luar, outstation, program luar pejabat

Comments

  1. Zaza

    15 April 2014 at 6:35 am

    Assalam Fand..
    sorry lama x dtg sini hehe
    kalau ikutkan date nampak mcm lama lg kannn..
    pejam celik pejam celik nnt dah tiba masa.. 😉

    Reply
    • ctfand

      15 April 2014 at 8:14 am

      Waalaikumussalam. Oh, tak pe zaza.. Sy pun tak sempat nak blogwalking sbb tak sihat hari tu.. Itula, ada lagi tak settle ni. Harap2 semua persiapan ok nanti. Tq vm zaza 😉

      Reply
  2. Anuar

    15 April 2014 at 9:59 am

    Dah dekat 3 tahun tak pergi Rengit dan batu Pahat.. Dulu saya selalu juga ke sana sebab saya belajar di Parit Raja selama 6 tahun setengah… Rindu Parit Raja, Rindu batu Pahat.. Rindu nak makan kerang Bakar area rengit… Boleh tengok kedai barang-barang terpakai..

    Reply
    • ctfand

      15 April 2014 at 10:21 am

      Oo..banyak ye tempat-tempat best kat situ. Kami tak sempat nak jalan2 sebab kejar masa. InsyaAllah, akan datang bolehlah pusing2.. 🙂

      Reply
  3. niesa

    15 April 2014 at 10:03 am

    hari yg sibuk ye kak..take care..niesa xpernah lgi sampai batu pahat..hihi
    envy dan colgate utk akak.. 😀

    Reply
    • ctfand

      15 April 2014 at 10:22 am

      Boleh tahan niesa..sibuk biasa hehe. Terima kasih ye..

      Reply
  4. azlanvai

    15 April 2014 at 11:02 am

    Apa tempat yang menarik kat Batu Pahat tu ye..

    Reply
    • ctfand

      15 April 2014 at 11:22 am

      Tak pasti pulak akak lan..kena tanya org batu pahat ni..hehe.. Lagipun semalam mmg tak sempat pusing2..

      Reply
  5. ema

    15 April 2014 at 11:04 am

    bila kerja di luar perlu tenaga yang lebih kan…

    Reply
    • ctfand

      15 April 2014 at 12:31 pm

      Betul kak ema..sangat2 perlu..

      Reply
  6. ct aman

    15 April 2014 at 1:02 pm

    bagus papan tanda tu..mmng tertarik kalu terpandang…kalau kena kerja luar…mmng ank dulu kite pkir baru suami..hehehe…

    Reply
    • ctfand

      16 April 2014 at 11:23 am

      selalu macam tu le ct..risaukan anak2 dulu baru bapaknye..hihi

      Reply
  7. Nurul

    16 April 2014 at 12:06 pm

    Waa… kwsn bebas asap rokok… memang menarik perhatian… x pernah sampai lagi Batu Pahat…

    Reply
    • ctfand

      16 April 2014 at 5:42 pm

      kan..hehe. dulu pernah jugak ke sini..tapi tak sempat ronda2 sebab atas urusan kerja. selalu macam tu.. 🙂

      Reply

Trackbacks

  1. Kerja Luar Di Batu Pahat, Johor Bahagian 2 | Inspired by Yanie says:
    12 May 2014 at 11:43 am

    […] entri kerja luar di Batu Pahat yang ni dulu, sepatutnya ada satu event yang dianjurkan oleh pejabat aku pada 26 April 2014. Hari […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d