ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Agama / Jangan Terlalu Bersedih Bila Ditimpa Masalah

Jangan Terlalu Bersedih Bila Ditimpa Masalah

18Apr | 2014

18 April 2014 By ctfand 20 Comments

ditimpa masalah

Sama-sama kita renungkan pengertian Hadis Rasulullah SAW ini:

Daripada Abu Hurairah RA katanya, “Telah bersabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebajikan, baginya ditimpakan penderitaan ke atasnya.”

Sumber: E-Hadith di Laman Web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Percayalah, ianya hanya ujian oleh Allah untuk menentukan sejauhmana tahap keimanan atau kepercayaan dan kebergantungan kita kepada Allah. Sedih itu perlu, tapi janganlah keterlaluan.

Mengambil sedikit tragedi dalam hidup aku. Jika aku bersedih semahu-mahupun, arwah Yanie tak akan kembali pada aku dalam masa ini. Jadi, perlukah aku menyalahkan diri sendiri? Atau menyalahkan ketentuan dan ketetapan Allah? Minta dijauhkan dari perasaan begini. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Itu semua rahsia Allah. Ada sebabnya. Dan aku tak perlu persoalkan tentang kejadian itu.

Jadi pengajaran untuk anda jika berhadapan dengan masalah, jangan terlalu bersedih bila ditimpa masalah. Tenangkan hati. Ingat Allah banyak-banyak. Seperti di dalam Surah Ar-Raad, ayat 28 ini:

jangan bersedih
Maksudnya: ‘(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan ‘zikrullah’. Ketahuilah! Dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Sumber: E-Hadith di Laman Web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Jadi..kalau ditimpa masalah, cepat-cepat ingat Allah kembali. Bukan bermakna sebelum itu kita langsung tidak mengingati Allah, cuma bila berhadapan dengan masalah, tingkatkan lagi “ingatan” itu…

Lagi satu..berfikiran positif juga membantu bila berhadapan dengan masalah. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW ini:

Daripada Jabir bin Abdillah RA bahawasanya dia telah mendengar nabi SAW bersabda tiga hari sebelum baginda wafat, “Janganlah mati seseorang daripada kamu melainkan hendaklah dia bersangka baik kepada Allah Azzawajalla.

Sumber: E-Hadith di Laman Web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Hanya Allah yang mengetahui..

* Image courtesy of Stuart Miles Image / FreeDigitalPhotos.net

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Agama Tagged With: hadis Rasulullah SAW, jangan bersedih, mengurangkan perasaan sedih, penawar sedih, surah ar-raad, yanie

Comments

  1. YobertParai

    18 April 2014 at 12:24 pm

    Tetap berpikiran yang jernih untuk menyelesaikan setiap masalah yang datang 🙂

    Reply
    • ctfand

      18 April 2014 at 1:00 pm

      Tahniah, tuan. Begitulah yang sebaiknya.. 🙂

      Reply
  2. Mycherita

    18 April 2014 at 2:50 pm

    Salam ukwah..salam perkenalan.. 1st Blogwalking time sampai sini.. salam dari MyCherita.

    Reply
    • ctfand

      18 April 2014 at 3:41 pm

      Terima kasih. Sebenarnya tuan pernah singgah sini dulu.. 🙂

      Reply
  3. Ririn

    18 April 2014 at 5:01 pm

    luar biasa kak posting nya. Kita seharusnya begitu ya kalau pas tertimpa sebuah musibah. Lebih baik kita sabar dan tabah menghadapi cobaan dan jangan terlalu menyesali. Sebaiknya kita tetap semangat agar kita bisa lebih baik dari sebelumnya. Terimakasih sudah share 😉

    Reply
    • ctfand

      18 April 2014 at 5:10 pm

      “Lebih baik kita sabar dan tabah menghadapi cobaan dan jangan terlalu menyesali.” sewajarnya begitu Ririn..
      terima kasih atas komentarnya dan terima kasih juga kerana sudi singgah ke sini.. 🙂

      Reply
  4. Mizz Aiza

    18 April 2014 at 6:47 pm

    terima kasih di atas perkongsian ini.. hanya Allah tempat kita berserah..

    Reply
    • ctfand

      18 April 2014 at 11:14 pm

      Betul Aiza, kerana semuanya perancangan Allah..

      Reply
  5. KelipKelip

    18 April 2014 at 10:29 pm

    Alllah kagum dengan org beriman… kalau beroleh kejayaan dia bersyukur(tidak terlalu gembira), kalau kalau ditimpa musibah dia tenang (tidak terlalu sedih)

    Reply
    • ctfand

      19 April 2014 at 12:21 am

      Moga kita semua sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang Allah..amiin.. Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog ini. 🙂

      Reply
  6. Aku Penghibur

    18 April 2014 at 11:41 pm

    Jangan terlalu memikirkan “masalah”, akan tetapi jalan penyelesaiannya.

    mohon izin untuk blog ini di letakkan dlm bloglist acik.. boleh ?

    Reply
    • ctfand

      19 April 2014 at 12:09 am

      Boleh acik..kecil tapak tangan..Dataran Gemilang Presint 4 akak tadahkan..hehe. Terima kasih acik.. Buat baik di balas baik, akak akan listkan juga acik dlm senarai bacaan.. 🙂

      Reply
  7. niesa

    19 April 2014 at 10:02 am

    la tahzan, innallah ma’ana.. sesungguhnya mesti ada hikmah disetiap kejadian kan kak..thanks for sharing kak…happy weekend..

    click tabung libress,colgate dan inti utk akak… 😀

    Reply
    • ctfand

      19 April 2014 at 7:36 pm

      Betul niesa.. No problem..

      Reply
  8. ct aman

    19 April 2014 at 12:14 pm

    redha dengan ketentuan…percaye ade hikmah di sebalik ape yang berlaku…hati akan lapang….percaye…tuhan x akan uji hambanya di luar kemampuan hambanya..bersangka baiklah kepadanye…..

    Reply
  9. ayu

    21 April 2014 at 4:04 pm

    dont be sad .. Allah know the best for us.

    Reply
    • ctfand

      21 April 2014 at 11:05 pm

      Couldnt agree more, ayu..

      Reply
  10. Lowongan

    15 May 2014 at 3:16 am

    keep smile aja dan selalu berpikir positif sih menurut ane

    Reply
    • ctfand

      15 May 2014 at 12:37 pm

      Betul..makasih ya kunjungannya..

      Reply

Trackbacks

  1. Buat Anda Yang Sedang Menghadapi Masalah, Hadapilah Dengan Senyuman | Inspired by Yanie says:
    9 May 2014 at 10:09 am

    […] selalu, jangan terlalu bersedih bila ditimpa masalah. Percayalah ada hikmah disebaliknya. Untuk meredakan kesedihan, aku cadangkan anda membaca dan […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d