ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Personal / Diserang Batuk Dan Selsema

Diserang Batuk Dan Selsema

10Apr | 2014

10 April 2014 By ctfand 15 Comments

Baru je Jumaat hari tu sembuh lepas batuk dan selsema selama 2 minggu. Semalam diserang lagi. Ini dah masuk minggu ketiga diserang batuk dan selsema. Sekali pakej dengan mild fever pulak. Badan rasa ‘tak sedap’. Nasib baiklah pejabat aku tu tak sejuk sangat. Kalau sejuk, susah nak bernafas sebab hidung akan tersumbat dan tekak akan rasa gatal.

Mula-mula batuk dan selsema hari tu, aku tak ambil ubat. Aku cuma rawat dengan cara “selamat” iaitu dengan meminum teh limau panas dan hidu wap rebusan bawang putih. Nak lagi mujarab, sepatutnya kena minum air bawang putih tu. Itu kata Doktor Oz:

Garlic may be known to ward off vampires, but it can also ward off colds and flu. Garlic contains the immune-boosting compound allicin, also know to relieve cold and flu symptoms. Chop or crush 1-2 gloves of fresh garlic and β€œsteep” them in hot water; then, drink it like a tea. – Dr. Oz.

Tapi, tak lalu aku nak telan..hihi. Rawatan cara ni pun, lega sekejap je. Bila dah tiba malam, batuk dan selsema menjadi-jadi. Bila masuk minggu kedua batuk dan selsema tu barulah aku beralah, dahΒ  tak larat sangat. Akupun ambil pil selsema, Mucinex dan minum ubat batuk herba, Woods. Off topic, sedap rasa ubat batuk Woods tu, berangin je bila lalu kat tekak..

Pagi tadi, batuk dah mula jadi balik..batuk memanjang.. Sebelah petang pulak, kena masuk meeting jadi wakil bos. Tak bercakap aku dalam meeting. Batuk-batuk je kerja. Tensi juga aku dibuatnya. Habis meeting, big boss aku merangkap chairman tanya, kenapa? Aku bagitau je dah dua hari tak sihat, dan memang batuk-batuk daripada pagi. Sudahnya, big boss suruh balik awal, pergi klinik. Balik lah aku awal tadi, jam 4.30 petang..sepatutnya 5.30 petang.

Jumpa doktor tadi, suhu badan dah nak naik, anak tekak dah merah. Doktor bagi antibiotik yang paling kuat dia kata. Kena makan selama 7 hari, kalau tak, takut berulang lagi batuk dan selsema aku ni. Yang kesiannya anak-anak aku, terutamanya Hani. Kesian dia. Dia pun dah terjangkit dengan aku tu..

Oh, esok doktor bagi mc, suruh rehat banyak-banyak kat rumah, katanya. Moga cepat-cepatlah sembuh..tekak rasa sangat perit, badan tak selesa. Sabar je lah..

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Personal Tagged With: batuk, rawat selsema, sakit tekak, selsema

Comments

  1. aisya ahd

    10 April 2014 at 9:55 pm

    get well soon ye.. rehat secukupnya.. πŸ™‚

    Reply
    • ctfand

      11 April 2014 at 7:53 am

      Terima kasih… πŸ™‚

      Reply
  2. SDK

    11 April 2014 at 7:38 am

    biasa kana tak selesa kan, tengok citer korea boleh merehatkan minda.

    Reply
    • ctfand

      11 April 2014 at 7:53 am

      Betul tuan.. Tapi saya tak minat tengok drama korea… πŸ™‚

      Reply
  3. niesa

    11 April 2014 at 8:49 am

    Banyakkan berehat kak..jgn lupa mkn eskrem vanilla dan minum air madu..get well soon…

    click inti,digi dan colgate kat sini…

    Reply
    • ctfand

      11 April 2014 at 10:42 am

      Itulah..bernafas pun semput. Rasa berat kat dada.. Terima kasih ye..

      Reply
  4. Aku Penghibur

    11 April 2014 at 4:04 pm

    jangan lupa makan ubaut kak, semoga cepat sehat

    Reply
    • ctfand

      11 April 2014 at 6:25 pm

      Baiklah acik.. Terima kasih k..

      Reply
  5. ayu

    11 April 2014 at 10:37 pm

    get well soon akak. πŸ™‚

    libresse di sini

    Reply
    • ctfand

      12 April 2014 at 10:37 am

      Terima kasih ayu… πŸ™‚

      Reply
  6. Pha Is

    12 April 2014 at 12:15 am

    smoga cepat sembuh.. πŸ™‚
    aik, saya cuti seminggu je, blog ni dah berubah template..? heheheh

    Reply
    • ctfand

      12 April 2014 at 10:40 am

      Aminn..terima kasih pha is…

      Hehe..akak sesaja tukar mood… πŸ˜€

      Reply
  7. ct aman

    12 April 2014 at 11:17 am

    ya Allah kak rase lame btul x dtg sini…klik tabung manyak2….bizi mngalahkan pm doh=,=”

    Reply
    • ctfand

      12 April 2014 at 11:27 am

      Hehe..tak apa ct. akak tak kemana pun ni.. πŸ˜€

      Reply

Trackbacks

  1. Ubat Selsema Yang Kuat | Inspired by Yanie says:
    12 April 2014 at 11:26 am

    […] Hari Khamis tu aku jumpa doktor bila kena batuk dan selsema yang masuk minggu ketiga. Aku sebut dalam entri diserang batuk dan selsema ini. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,606 spam blocked by Akismet

Copyright © 2026 ctfand.com Β· Sitemap Β· Powered by WordPress Β· Built on Genesis Framework

%d