ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Personal / Bulan April Yang Menyentuh Jiwa..

Bulan April Yang Menyentuh Jiwa..

1Apr | 2014

1 April 2014 By ctfand 28 Comments

Menjelang bulan April ni, bercampur baur hati aku. Ada dua peristiwa besar dalam hidup aku yang berlaku pada bulan April. Pertama, hari kelahiran aku pada awal bulan April. Dan yang kedua, bulan April lah aku kehilangan anak aku yang kedua..Yanie. Sarah Izzyanie meninggalkan kami selama-lamanya pada 23 April 2012. Tarikh yang aku takkan lupa sampai bila-bila.

Aku masih ingat lagi, betapa gembiranya aku bila dapat puluhan ucapan Selamat Hari Lahir pada harijadi aku pada 5 April 2012. Rasanya tak pernah sebanyak itu kawan-kawan bagi ucapan pada aku. Memang sangat-sangat gembira. Aku sampai memuat naik kad yang mengandungi gambar anak-anak aku ini sebagai tanda ucapan terima kasih. Masa tu juga aku sangat-sangat happy sebab aku rasakan hidup aku pada umur 31 tahun masa tu telah lengkap dan sempurna dengan adanya Kimi dan Yanie. Sangat-sangat sempurna…

20140401-093053 am.jpg

Tapi, tiada siapa sangka..rupa-rupanya panas yang aku sangka hingga ke petang, hujan ditengahari. Diibaratkan, hanya sekelip mata kegembiraan dan kesempurnaan hidup yang aku rasa masa tu ditarik oleh Allah. Yanie yang sihat walafiat dan tiada tanda-tanda sakit telah koma selama tiga hari..dan tanpa menunggu lama, Yanie menyahut panggilan Ilahi meninggalkan kami sekeluarga. Aku tahu, Allah lebih sayangkannya..hanya Allah yang tahu apa rahsianya… Aku hanya mampu redha di atas ketentuan Allah itu. Sayang aku pada Yanie tak dapat menandingi sayang Allah padanya.. Wallahu’alam..

Aku ingat lagi macam mana aku rasakan masa tak bergerak selepas pemergian Yanie. Sampai bulan Jun 2012, aku masih menulis tarikh bulan April. Rakan sekerja aku pun perasan. Aku bagitau yang masa aku macam terhenti pada bulan April. Tak tahulah kenapa. Mungkin aku tak nak tarikh pemergian Yanie tu berlalu… Hanya Allah yang tahu hati aku macam mana masa tu. Kalau diikutkan hati, aku rasa, aku ni bukanlah aku yang sekarang, yang menulis catatan demi catatan diblog ini..yang korang boleh baca setiap hari seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.. Tapi aku sedar..aku buat macamanapun, Yanie tak akan datang balik dalam hidup aku sekarang.. Tak mengapalah. Biarkan kenangan jadi kenangan..insyaAllah, tiba saatnya aku berjumpa semula dengan Yanie ku di alam yang satu itu nanti…hanya Allah yang mengetahui..

Hari ni, bulan April yang menyentuh jiwa ini datang lagi. Aku tak nafikan, setiap tarikh-tarikh yang dilalui pada bulan April, aku terkenang balik apa yang berlaku pada tarikh yang sama di bulan April 2012 , semasa hari-hari terakhir Yanie bersama kami.. Mungkin sampai bila-bila pun jadi begini… Harapan aku cuma satu, moga Allah terus berikan kami sekeluarga kekuatan untuk menjalani hidup tanpa Yanie bersama kami…

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Personal Tagged With: hari lahir, kisah sedih, yanie

Comments

  1. Sally

    1 April 2014 at 9:58 am

    sabar la ye kak…semoga akak kuat dah terima qada dan qadar daripada Allah…kita kena ingat semua yg kita ada ni pinjaman daripada Allah…

    semoga akak tabah ye…dan semoga kegembiraan jadi milik akak kembali :’)

    Al-Fatihah.

    Reply
    • ctfand

      1 April 2014 at 10:07 am

      InsyaAllah.. Begitulah yg diharap2kan sally.. Terima kasih ye.. Sedih bila terkenangkan apa yg berlaku pada tarikh2 yg makin hampir ni..

      Reply
  2. Anuar

    1 April 2014 at 10:19 am

    Diharap puan dapat bersabar dengan dugaan yang puan hadapi… Maaf kerana bertanya.. Boleh saya tahu apa yang berlaku kepada Yanie?

    Reply
    • ctfand

      1 April 2014 at 2:20 pm

      Terima kasih.. Yanie diketahui menghidap brain tumor hanya setelah dia koma. Tiada simptom dan tanda2. Wallahu’alam..

      Reply
  3. niesa

    1 April 2014 at 10:29 am

    semoga sentiasa tabah menghadapi semua ni kak.. Allah maha mengetahui apa yg terbaik.. InShaAllah bidadari kecil akak setia menunggu…

    Reply
    • ctfand

      1 April 2014 at 2:20 pm

      Terima kasih niesa..

      Reply
  4. Mizz Aiza

    1 April 2014 at 2:15 pm

    al-fatihah.. semoga tabah dan redha menghadapi ketentuan dari Allah.. tentu Allah lebih sayangkan yanie.. insya-Allah pasti yanie akan menunggu ibu dan ayahnya di pintu syurga.. menabung digi, churp2, digi..

    Reply
    • ctfand

      1 April 2014 at 2:22 pm

      Amiin..terima kasih ye Aiza..

      Reply
      • Mizz Aiza

        1 April 2014 at 11:07 pm

        amin.. pasti ada hikmahnya.. menabung lagi digi, churp2, digi..

        Reply
        • ctfand

          2 April 2014 at 5:11 pm

          betul tu….hanya Allah yang tahu….

          Reply
  5. azlanvai

    1 April 2014 at 4:28 pm

    Kenanglah Yanie melalui doa kak.. Bertemu juga di syurga nanti.. Perancangan Allah S.W.T itu lebih baik dari perancangan kita..

    Reply
    • ctfand

      1 April 2014 at 5:40 pm

      Betul tu, azlan.. Mmg setiap degup jantung akak ni ada Yanie diingatan.. Apapun, Allah juga yg maha tahu apa yg terbaik untuk hambaNya.. Tak mengapalah..insyaAllah akak redha selalu. Terima kasih ye..

      Reply
  6. azwar

    1 April 2014 at 9:26 pm

    Al-fatihah..Moga akak sekeluarga tabah menghadapi dugaan. Allah lbih menyayangi Yanie.

    Reply
    • ctfand

      1 April 2014 at 11:08 pm

      Betul tu, azwar..terima kasih ye..

      Reply
  7. ayu

    2 April 2014 at 8:04 am

    sebak ayu baca. 🙁
    be strong kak. yanie di sana dijaga rapi. dan menanti akak dan suami di pintu syurga

    Reply
    • ctfand

      2 April 2014 at 10:53 am

      begitulah ayu..ingatan takkan padam..sampai sekarang akak masih boleh termenung lama bila teringatkan Yanie…nak buat macamanakan…

      terima kasih kerana memahami, ayu..

      Reply
  8. ema

    2 April 2014 at 1:11 pm

    banyakkan bersabar ctfand… syurga adalah tempatnya…

    Reply
    • ctfand

      2 April 2014 at 2:56 pm

      terima kasih kak ema..

      Reply
  9. Nurul

    2 April 2014 at 5:06 pm

    Bila baca pasal ni, nrl sekali bergenang airmata… Alfatihah buat arwah Yanie… Syurga tempatmu, wahai anak kecil…

    Reply
    • ctfand

      2 April 2014 at 5:13 pm

      terima kasih kerana memahami..nurul…

      Reply
  10. Denaihati

    2 April 2014 at 5:24 pm

    Al-Fatihah. Allah lebih sayangi beliau dan insyaAllah ada hikmah disebalik pemergian beliau.

    Reply
    • ctfand

      2 April 2014 at 5:27 pm

      terima kasih tuan..hanya Allah mengetahui rahsianya…

      Reply
  11. lailinor

    13 June 2014 at 5:58 pm

    Comel wajah arwah. Buat Ctfand, anda memang seorg yang kuat kerana itu Allah memilih anda. Semoga terus bahagia bersama keluarga tersayang 😉

    Reply
    • ctfand

      13 June 2014 at 7:17 pm

      Hanya Allag yg mengetahui.. Terima kasih, Laili..

      Reply
  12. Nur

    12 August 2018 at 4:12 am

    Mencari surah lau anzalna, terbaca entri puan ctfand. Sedih sebak pilu semua bersilih ganti tatkala membaca kisah c anak kecil yg sgt comel ni. Tak dapat bayangkan kehilangan anak sendiri. Tambah lagi masih kecil. Paling takut dalam keadaan sihat Allah menjemput pergi.sedangkan kita masih perlukan dia.maaf bertanya bagaimana tiba2 yanie koma? Tiba2 dia terjatuh atau bagaimana? Sbb sy ada anak seusia dia skrg. Sy fhm prsaan puan.ramai yg boleh nasihatkan tabah dan sabar.tp kenangan yg menghimpit mmbuatkan kita sukar utk lakukan smua tu walaupun sbnrnya kita sdh tahu hakikat sebuah pmergian pasti ada hikmahnya. Apapun sy doakan puan sekeluarga sentiasa dilindungi Allah s.w.t. dan diberikan kekuatan dalam menempuh dugaan seberat ini. Amiinn..

    Reply
    • ctfand

      13 August 2018 at 11:47 am

      rasanya saya pernah kongsi di dalam blog ini juga. cuba puan cari tag “Yanie”.

      Saya kongsikan sedikit…anak saya itu ada brain tumor dan tiada simptom yang jelas. Hanya selepas 3 hari dia collapse, tumor dikesan, dan dia pergi menemui Ilahi..sakitnya tak lama..dia tak nampak menderita…

      terima kasih atas keprihatinan puan.. sama-sama kita menyayangi anak2 dengan sepenuh jiwa…

      namun segalanya ketentuan Allah jua..wallahu’alam..

      Reply
  13. Ramlah

    24 September 2018 at 8:35 am

    saya mencari surah al hasyr ini dan terjumpa blog ini. mengalir air mata sambil membaca entri ini.satu perasaan yang sukar diterjemahkan. hanya Allah yang Maha Mengetahui rasa di hati. Semoga kita diberikan ketabahan dan keredhaan atas apa yang di lalui. terkenang peristiwa November 2009. hampir sama. kehilangan anak yang disayangi.

    Reply
    • ctfand

      24 September 2018 at 8:43 am

      Semuanya ketetapan Allah jua.. Hanya Allah yg mengetahui.. Semoga kita sentiasa tabah..aminn..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d