ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / TOMNOD Untuk Membantu Pencarian MH370

TOMNOD Untuk Membantu Pencarian MH370

13Mar | 2014

13 March 2014 By ctfand 24 Comments

Laman Web TOMNOD.

Laman Web TOMNOD.

DigitalGlobe melalui TOMNOD  telah melancarkan kempen untuk membantu pencarian MH370 pada Isnin (10 Mac 2014) lepas. Kempen ini adalah dimana orang ramai atau masyarakat dunia umum dijemput untuk mengimbas sendiri secara online, gambar yang diambil atau dirakamkan oleh satelit DigitalGlobe untuk mengesan pesawat MH370 atau mencari sebarang image yang mungkin boleh menjawab misteri kehilangan pesawat itu.

Method pengesanan dan pencarian adalah, jika ternampak sebarang objek berkaitan seperti debris atau serpihan kapal terbang (minta dijauhkan..na’uzubillah..), bot keselamatan atau apa juga yang boleh dikaitkan dengan MH370, hanya tag objek tersebut atau copy link address image dan paste kan di Facebook TOMNOD. Pendaftaran sebagai pengesan image secara sukarela ini adalah percuma.

Facebook TOMNOD Dan Pesanan Mengenai Pencarian MH370

Facebook TOMNOD Dan Pesanan Mengenai Pencarian MH370

Pihak DigitalGlobe memberitahu bahawa sambutan yang diberikan oleh masyarakat umum ke atas kempen ini adalah amat luar biasa. Mengikut DigitalGlobe di dalam blognya, sehingga 12 Mac 2014 (Rabu) sahaja, terdapat sebanyak 2 juta sukarelawan yang telah men’tag sebanyak 645,000 image. Buat masa ini, DigitalGlobe sedang menggandakan usaha untuk menyimpan lebih banyak image di kawasan yang berkaitan, yang sehingga kini telah menjangkau keluasan 24,000 kilometer persegi.

Pihak DigitalGlobe juga memaklumkan yang mereka berhadapan dengan isu kemasukan trafik ke laman web TOMNOD yang sangat tinggi sehingga menyebabkan server laman itu telah crash pada penghujung hari pertama (10 Mac 2014) dan hanya pulih sepenuhnya pada hari kedua (11 Mac 2014). Pada hari pertama sahaja, TOMNOD menerima sebanyak 500,000 unique visit!

Walau apapun, aku selaku rakyat Malaysia menghargai usaha yang diambil oleh pihak luar ini dalam membantu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Boieng 777-200, MH370. Berdasarkan angka yang dilihat di atas, masyarakat dunia sebenarnya prihatin, dan kita tidak keseorangan dalam menghadapi situasi ini. Cuma, janganlah kita membuat spekulasi yang tidak logik, atau membuat kenyataan yang tidak sah kebenarannya, atau menyebarkan maklumat yang tidak betul. Anda tahu apa sebabnya.

Untuk melihat gambar penuh ruang lingkup image yang telah diliputi oleh TOMNOD, anda bolehlah masuk ke Laman ini. Kenapa keluasan liputan masih agak terhad, persoalan itu aku tak dapat menjawabnya.

Untuk menjadi sukarela (jika anda mempunyai kelapangan masa), masuk ke Laman TOMNOD di sini. Untuk melaporkan sebarang objek yang dirasakan berkaitan, masuk ke Facebook TOMNOD ini.

Sumber artikel adalah bacaan diinternet melalui carian GOOGLE termasuk Laman TOMNOD dan Facebook TOMNOD di atas, Laman Web DigitalGlobe, MercuryNews.Com, DenverPost.Com dan Laman Borgmann.me.

*terus mendoakan keselamatan MH370 dan mereka yang berada di dalamnya….

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info, Techie Tagged With: digital globe satelite, kehilangan MH370, tomnod

Comments

  1. Mizz Aiza

    13 March 2014 at 12:18 pm

    ternyata masyarakat dunia juga berusaha membantu kita.. doakan semoga usaha pencarian berjalan lancar..

    Reply
    • ctfand

      13 March 2014 at 12:19 pm

      Amin..aminn… Moga ada petunjuk nanti..

      Reply
  2. Zaza

    13 March 2014 at 12:22 pm

    terbukti semua peralatan canggih manggih dah usaha utk misi pencarian MH370
    Masih menanti dgn penuh debar setiap kali dgr news kat tv & radio =(

    #PrayForMH370

    Reply
    • ctfand

      13 March 2014 at 12:28 pm

      betul zaza..boleh dikatakan semua dah all out..tapi ada jugak yg bagi ulasan negatif… yg penting kita teruskan je lah berdoa moga ada keajaiban nanti.. 🙁

      Reply
  3. ct aman

    13 March 2014 at 12:37 pm

    ikhtiar…in shaa Allah ade jalannye….usahe2 jugak….tp berdoa n berserah…Allah maha mengetahui…

    Reply
    • ctfand

      13 March 2014 at 12:42 pm

      Moga Allah bagi petunjuk dalam masa terdekat…

      Reply
  4. Pha Is

    13 March 2014 at 1:23 pm

    Alhamdulillah.. ramai yg prihatin terhadap kes ini.. lebih baik tolong membantu macam ni, dari cipta spekulasi yg bukan2 di laman sesawang..

    Reply
    • ctfand

      13 March 2014 at 1:26 pm

      Sangat betul, pha is.. Janganlah menambah kesedihan keluarga penumpang yg terlibat..

      Reply
  5. Norhasniza Khalid

    13 March 2014 at 2:34 pm

    harap dapatlah jumpa kan….

    Reply
    • ctfand

      13 March 2014 at 2:43 pm

      kita berharap yang positif sajalah..mama.. mudah-mudahan MH370 kembali nanti..amiinn… 🙁

      Reply
  6. aku penghibur

    13 March 2014 at 4:22 pm

    alhamdulilah ramai yang prihatin .. moga usaha ini berjaya jejak MH370.. sama kita berdoa ..

    Reply
    • ctfand

      13 March 2014 at 10:28 pm

      Amiinn..itulah yg kita harap-harapkan…

      Reply
  7. ayue

    13 March 2014 at 11:59 pm

    thumbs up ct fan! tq for info~~

    Reply
    • ctfand

      14 March 2014 at 11:03 am

      thanks, ayue.. 🙂

      Reply
  8. Juan

    14 March 2014 at 12:00 am

    wah satu usaha yang baik dan menarik nih

    Reply
    • ctfand

      14 March 2014 at 11:05 am

      betul..tak sangka pula usaha ini mendapat sambutan luar biasa. ramai yang prihatin sebenarnya…

      Reply
  9. Nurul

    14 March 2014 at 10:48 am

    Sentiasa menanti berita terbaru MH370 …

    Reply
    • ctfand

      14 March 2014 at 11:06 am

      betul Nurul..hari-hari yg berlalu tanpa berita positif amat mengecewakan.. sama2 kita terus mendoakan keselamatan mereka di MH370….

      Reply
  10. Denaihati

    14 March 2014 at 8:50 pm

    Nak masuk laman web tomnod ni sesak sikit tapi usaha yg sangat baik. semoga dipermudahkan usaha mencari pesawat MH370.

    Reply
    • ctfand

      14 March 2014 at 11:02 pm

      Betul tuan. Dah berapa kali crash dah website dia. Apapun, sama kita doakan moga ada petunjuk nanti.. Terima kasih krn sudi berkunjung ke sini, tuan..

      Reply
  11. cik lisa

    15 March 2014 at 1:34 pm

    satu dunia prihatin & turut rasa kehilangan, semoga dengan cara ini boleh membantu & memudahkan lagi pencarian. Teruskan berdoa 😀

    Reply
    • ctfand

      15 March 2014 at 3:15 pm

      Betul lisa..terkini dlm press conf. Pm tadi (jam 2.30pm, 15/3/2014), pesawat tu mungkin dirampas… Wallahualam..

      Reply
  12. profhariz

    16 March 2014 at 8:32 pm

    InshaAllah boleh juga join group Carian MAS MH370 Dengan Imej Satelit di https://www.facebook.com/groups/mh370satelitmencari/

    Reply
    • ctfand

      16 March 2014 at 11:13 pm

      Terimakasih tuan prof. DigitalGlobe pula makin luas kawasan yg perlu dicover..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,606 spam blocked by Akismet

Copyright © 2026 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d