ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia, Putrajaya

Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia, Putrajaya

22Mar | 2014

22 March 2014 By ctfand 17 Comments

Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia (PBBR) merupakan inisiatif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). PBBR ini telah mula beroperasi pada 30 Januari 2012, dan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 Februari 2012. Lokasi PBBR adalah terletak di kawasan blok Perumahan Penjawat Awam 8R3, Presint 8, berdekatan dengan Jambatan Wawasan.

Perkhidmatan yang ditawarkan di PBBR ini adalah:

  • Menyediakan kemudahan bersalin untuk ibu mengandung yang berisiko rendah sahaja;
  • Dikendalikan oleh pegawai perubatan dan jururawat yang terlatih dalam bidang perbidanan; dan
  • Memberikan pengalaman kelahiran dalam suasana selesa dan kondusif yang bersifat kelahiran di rumah.

Pra-syarat kemasukan ke PBBR adalah dikhaskan kepada semua ibu mengandung yang telah datang ke fasiliti jagaan kesihatan negeri sahaja (pemeriksaan di KK Ibu dan Anak atau KKIA). Manakala bagi pesakit dari klinik/ fasiliti jagaan kesihatan swasta, anda hendaklah disaring terlebih dahulu di klinik kesihatan / Hospital Kerajaan sebelum dimasukkan ke PBBR.

Kriteria utama kemasukan ke PBBR pula adalah hanya bagi mereka yang BERISIKO RENDAH iaitu seperti berikut:

  1. Berumur antara 20 tahun sehingga 39 tahun;
  2. Kandungan ke-2 hingga ke-5;
  3. Ketinggian ibu melebihi 149cm;
  4. BMI kurang 30; dan
  5. Tidak mempunyai sebarang:
  • Sejarah penyakit perubatan seperti kencing manis, darah tinggi, asma dan penyakit kardiovaskular;
  • Sejarah pembedahan; dan
  • Sejarah kelahiran buruk seperti berikut:

– Kelahiran terakhir melebihi 5 tahun;
– Keguguran berulang;
– Pembedahan Caeserean terdahulu; Sejarah penggunaan ubat kesuburan;
– Sejarah kelahiran bayi 4kg atau lebih; dan
– Penggunaan alatan / instrumen seperti vakum atau forcep pada kelahiran lepas.

Carta aliran proses kemasukan ke PBBR adalah seperti di dalam gambar di bawah ini:

20140322-062907 pm.jpg

Anda boleh melihat dengan jelas proses pengurusan ibu bersalin oleh PBBR di atas ini. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku sebarang peningkatan risiko semasa bersalin seperti bayi lemas, pesakit akan dirujuk ke wad bersalin utama Hospital Putrajaya.

Kos / Caj bersalin di PBBR adalah seperti berikut:

Jenis Caj

Orang Awam

Warga Asing

Penjawat Awam / Pesara Kerajaan

Deposit

RM15

RM800

Percuma

Caj Wad Sehari

RM3

RM60

Percuma

Caj Bersalin Biasa

RM10

RM500

Percuma

Caj Rawatan Sehari

Percuma

RM10

Percuma

Caj Bilik Bersalin

Percuma

RM250

Percuma

Semua caj di atas adalah berdasarkan caj Kelas 3.  Pesakit yang dirujuk ke Hospital Putrajaya akan dikenakan bayaran / caj Kelas Pertama. Kos bayaran yang disenaraikan ini adalah belum termasuk lain-lain caj seperti ujian makmal, ultrasound dan CTG.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui secara lanjut mengenai Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia atau jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan, anda boleh lah menghubungi talian ini: 03-88924333. Alamat penuh / lokasi PBBR adalah: Pusat Bersalin Berisiko Rendah, No. P8G 1/3, Blok F, Jalan p8H, Presint 8, Putrajaya.

Sumber maklumat yang dicatatkan adalah dari Laman Web Hospital Putrajaya.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info Tagged With: caj bersalin, hospital bersalin putrajaya, kos bersalin, pusat bersalin putrajaya 1 malaysia, rawatan bersalin

Comments

  1. Pha Is

    22 March 2014 at 8:25 pm

    bersalin kat rumah ke..?

    Reply
    • ctfand

      22 March 2014 at 8:46 pm

      Rumah yg diubahsuai jadi wad.. Satu rumah ada 3 bilik = 3 wad..

      Reply
      • Pha Is

        23 March 2014 at 9:15 pm

        owh.. kira bukan kat rumah sendiri, tapi kat tempat lain, tapi nampak macam rumah, bukan wad.. macam tu..?

        Reply
        • ctfand

          24 March 2014 at 8:23 am

          a’ah..bukan kat rumah sendiri. kat wad, yang asalnya dari rumah, dijadikan wad. suasananya je yg macam dirumah sendiri.. 🙂

          Reply
  2. cik lisa

    22 March 2014 at 9:29 pm

    banyak jugak ye kak, kriteria yang diperlukan, tapi berbaloi 😉

    Reply
    • ctfand

      22 March 2014 at 10:43 pm

      Betul tu..sbb nak mengelakkan risiko.. Jadi kena betul2 pasti..

      Reply
  3. Mizz Aiza

    22 March 2014 at 10:43 pm

    hospital putrajaya antara yang terbaik.. khidmat urutan tradisional untuk ibu lepas bersalin juga terdapat di hospital putrajaya..
    aiza membawa mak untuk rawatan susulan dengan doktor pakar di hospital putrajaya walaupun aiza tak tinggal di putrajaya..
    menabung visa, churp2, inti.. selamat malam.. 😀

    Reply
    • ctfand

      22 March 2014 at 10:46 pm

      Betul aiza..mmg terbaik.. Bukan utk warga putrajaya je, dari luar pun bole.. 🙂

      Reply
  4. Ammar

    23 March 2014 at 2:14 am

    Tiba-tiba pulak rasa tak sabar nak kahwin ni. Hehehe. Bestnya kalau ada baby

    Reply
    • ctfand

      23 March 2014 at 7:25 am

      Kalau dah ada calon, elok jgn dilambatkan..

      Reply
  5. Mimie

    24 March 2014 at 8:06 am

    Untung penjawat awam serba percuma..kire bersyukur la kan krajaan sediakan pusat bersalin nih

    Reply
    • ctfand

      24 March 2014 at 8:26 am

      betul tu mimie..syukurlah kerajaan dah bagi macam2.. kalau kat philipina tu, 2 katil digabungkan jadi 1. Disitulah diletakkan sebanyak 6 orang ibu yang baru bersalin dengan bayi mereka.. 🙁 kita ni patut bersyukur..

      Reply
  6. khairul asri

    9 December 2014 at 12:16 pm

    Salam, isteri saya berkeje sseparuh kerajaan, adakah kos rawatan & bil-bil adalah percuma? mohon pencerahan.

    Reply
    • ctfand

      9 December 2014 at 12:44 pm

      Maaf tuan, saya kurang pasti bagi separa kerajaan. Untuk maklumat lanjut, saya sarankan tuan berhubung dengan PBBR di talian 03-88924333. Terima kasih..

      Reply
  7. Umay

    17 July 2017 at 8:27 pm

    Maaf, nak tanya doktor nya ade lelaki ke?

    Reply
    • ctfand

      18 July 2017 at 6:10 pm

      Ada.

      Reply

Trackbacks

  1. Pengalaman Bersalin Di Hospital Putrajaya | Inspired by Yanie says:
    24 March 2014 at 10:04 am

    […] Makumat mengenai Full Paying Patient (FPP) di sini. Maklumat mengenai Pusat Bersalin Berisiko Rendah Presint 8 di sini. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2026 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d