ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Pemeriksaan 6 Bulan Hani

Pemeriksaan 6 Bulan Hani

26Mar | 2014

26 March 2014 By ctfand 15 Comments

Hari ni adalah hari temujanji pemeriksaan 6 bulan Hani. Temujanji akhir adalah pada 18 Februari 2014. Masa tu Hani sepatutnya menerima suntikan 5 bulan, tapi terpaksa ditangguhkan sebab dia demam.

Bila temujanji hari ni, Hani pun diberi suntikan yang dah tertangguh sebulan. Untuk mengelakkan Hani meronta-ronta semasa disuntik, aku kena memeluk dia dan menekan lututnya supaya dia tak bergerak-gerak. Aku juga kena pegang rapat tangannya supaya dia tak menepis tangan nurse masa disuntik. Meronta-ronta Hani sebab tak selesa dipegang rapat. Masa kena suntik, apa lagi, meraung sekejap cik Hani.. Sekejap je la. Bila dah dicabut jarum suntikan tu, Hani dah senyap..

20140326-082800 pm.jpg

Selain dapat suntikan, rutin pemeriksaan lain yang perlu dibuat ke atas Hani adalah timbang berat, ukur ketinggian, ambil ukur lilit kepala dan ukur lilit dada. Untuk pemeriksaan berat badan Hani, baju Hani hinggalah ke diapersnya perlu dibuka. Kalau ada diapers, nanti tertimbang sekali pula berat bahan buangan Hani kat situ..tak betul la jadinya ukuran berat tu. Hihi.

Berat Hani kali ni tak naik. Tak berubah macam temujanji akhir lepas. Cuma 6.3 kg je. Graf mendatar sampai kena tanda merah dengan nurse. Jadi aku dinasihatkan oleh nurse supaya menjaga rutin pemakanan Hani dan bagi dia makan secukupnya. Mungkin juga sebab dia demam lama hari tu membuatkan berat badan dia tak bertambah. Tengoklah gambar di bawah ni, ada dituliskan “demam” di situ sebagai alasan berat tak naik. Lama jugak kot Hani demam on off hari tu, dekat sebulan! Nasib baiklah cuma mendatar..kalau menurun, lagi susah..

20140326-082808 pm.jpg

Lain-lain pemeriksaan Hani, tiada yang membimbangkan. Semua ada peningkatan. Cuma, nurse pesan supaya jangan bagi Hani naik walker  dulu pada umur sekarang ni. Nurse kata nanti bahaya pada tulang belakang dia kalau di beri duduk bukan pada masanya. Nurse bagitau, tulang bayi pada umur Hani ni lembut lagi. Jadi, jangan letakkan di walker dulu. Err..aku dah letak pun.. Kena hold dulu la Hani masuk walker.

Itulah dia cerita pemeriksaan 6 bulan Hani. Harap-harap lagi sebulan berat Hani boleh naik. Kalau tak, memang sah aku kena ceramah free dengan nurse.. 😀

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: Hani, pemeriksaan 6 bulan

Comments

  1. Pha Is

    26 March 2014 at 10:11 pm

    alhamdulillah.. smoga hani dapat membesar dengan sihat..

    Reply
    • ctfand

      27 March 2014 at 12:26 pm

      alhamdulillah.. terima kasih, pha is..

      Reply
  2. cik lisa

    26 March 2014 at 10:54 pm

    alhamdulillah, kak 🙂 semoga hani sihat selalu, comel betul dia, hehe.

    Reply
    • ctfand

      27 March 2014 at 12:26 pm

      hehe..terima kasih lisa..

      Reply
  3. profhariz

    26 March 2014 at 11:00 pm

    alhamdulillah semoga baik-baik saja ya hani..

    Reply
    • ctfand

      27 March 2014 at 12:27 pm

      amiinn..terima kasih prof hariz..

      Reply
  4. Mizz Aiza

    26 March 2014 at 11:54 pm

    alhamdulillah.. semoga hani membesar dengan sihat.. menarik juga dibuat graf begitu untuk mengukur tumbesaran kanak-kanak.. menabung inti, churp2, lazada..

    Reply
    • ctfand

      27 March 2014 at 12:28 pm

      graf tu memang disediakan oleh pihak kementerian kesihatan. senang kan nak tengok perlkembangan bayi..turun naiknya boleh nampak jelas..
      terima kasih aiza..

      Reply
      • Mizz Aiza

        27 March 2014 at 1:06 pm

        betul tu, senang nak melihat perkembangan bayi dengan graf begitu.. satu tabung je muncul, menabung ford..

        Reply
  5. niesa

    27 March 2014 at 9:30 am

    baby hani yg comel!!semoga membesar dgn sihat dan sentiasa comel.. *hugs!*

    click ford,digi dan kfc kt sini.. heee

    Reply
    • ctfand

      27 March 2014 at 12:29 pm

      amin..aminn… terima kasih niesa,, 🙂

      Reply
  6. Nurul

    27 March 2014 at 5:02 pm

    Semoga Hani baik2 saja yer… Comellll… ^__^

    Reply
    • ctfand

      27 March 2014 at 8:00 pm

      Terima kasih nurul.. 🙂

      Reply
  7. Mimie

    27 March 2014 at 6:45 pm

    Hehehe..jap je dh 6 bulan princess nih

    Reply
    • ctfand

      27 March 2014 at 8:01 pm

      Tak terasa betul..jap lagi dah gaduh ngn mama dia 😀

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2026 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d