Mencari-cari berita dan perkembangan terbaru mengenai MH370, mata aku tertumpu sejenak kepada headline berita mutakhir oleh Berita Harian ini.
Pelawak Ali Mamak meninggal dunia hari ini
2014/03/27 – 09:35:13 AM KUALA LUMPUR: Pelawak era 80an, Datuk Ali Mamak atau nama sebenar Osman Jantan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada jam 4.30 pagi tadi kerana komplikasi paru-paru.
Sumber: Mutakhir – Berita Harian
Innalillaahi wa inna ilaihi roojiuun.. Dari Allah kita datang, kepada Allah lah kita kembali. Tersentuh jugak hati ku sedikit. Sebagai anak yang dilahirkan pada 80-an, boleh dikatakan aku membesar seiring dengan kemunculan beliau di kaca tv masa tu..
Siapa tak tahu rancangan tv popular zaman 80-an dan awal 90-an dulu, Santan Berlada. Gabungan di antara Allahyarham bersama Khairul Azhar dan Accapan. Ini adalah antara sitkom yang aku gemari pada zaman kanak-kanak. Rancangan yang disiarkan oleh RTM TV1. Pada masa tu, di kampung aku di Sabah, kami hanya boleh menerima dua siaran, iaitu TV1 dan TV2 oleh RTM. Tiada astro, tiada internet. Rancangan tv beliau inilah antara yang menjadi penghibur kami sekeluarga ketika bersantai pada sebelah malam di rumah.
Jarang juga sebenarnya mendengar khabar mengenai Allahyarham akhir-akhir ini. Sekali-sekala, ada juga terdengar lagu Apa Dah Jadi semasa dalam perjalanan menaiki kereta ke pejabat. Lagu asal dibawakan oleh Tan Sri SM Salim, yang dinyanyikan dan diolah semula oleh beliau. Kelakar. Ada nasihat dalam hiburan.
Macamanapun, begitulah kehidupan kita di dunia. Mati itu pasti. Masanya, hanya Allah yang mengetahui. Moga Allah ampunkan dosa-dosa Allahyarham dan moga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman… amiinn..
ha???bia betul.. Innalillah..dari Allah kta datang kepada Allah kita kembalil…alfatihah buat arwah…
tak sangka juga kan… moga beliau dalam rahmat Allah di sana..
oh yeke?innalillah…xtgk tb n x dgr radio…sibuk sikit blog pon x terurus….kecelaruann nak menghias blog..bloglist pon semua ilang…adoi!
itulah..tak pernah dengar dia ada sakit ke apa…
oo..hias pelan2…ok lah nanti tu.. tp memang pening kot nak hias blogspot banding wordpress..bako sket..hehe..
Alfatihah buat arwah… Semoga roh beliau dicucuri rahmat…
Btul tu ct, saper yang lahir thn 80-an, mmg biasa sgt tgk Santan Berlada…
Tinggal kenangan…
Al-Fatihah. Lama juga tiada khabar dia…
Betul..bila tau je, dah meninggal dunia…
Innalillahi wainnailaihinraajiuun
🙁
yeke kak, baru tahu, inanillah, sedekah al fatihah
semoga arwahnya di tempatkan di kalanga orang yang beriman
Amiinn..amiinn..
Innaa Lillaahi Wainnaa Ilaihi Raaji’uun, Allaahumma Aajirnii Fii Musiibatii Wahluflii Khairan Minha
🙁
aiza pun baru tahu juga.. al-fatihah dan semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman..
Amin ya rabb…
Al-Fatihah. Semoga ahli keluarga arwah tabah. Muda atau tua, sudah pasti kembali pada Allah 😉
Setuju…bila2 masa bolh dipanggil Allah..
inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..