ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / Nombor Telefon Format Lama Yang Menyusahkan

Nombor Telefon Format Lama Yang Menyusahkan

1Feb | 2014

1 February 2014 By ctfand 4 Comments

Nombor telefon format lama yang aku maksudkan di sini ialah nombor telefon bimbit 3+7, contohnya 012-3456789. Bagi yang terlupa, format nombor telefon baru 3+8 mula diperkenalkan pada Disember 2010 apabila format lama tidak lagi dapat menampung jumlah kapasiti penggunaannya. Boleh dikatakan, nombor-nombor dari format lama telah di recycle dan dijual semula.

Berdasarkan maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, terdapat telco yang terus recycle nombor yang tidak digunakan selama 3 bulan.

Di sinilah masalah aku bermula. Aku telah membeli satu nombor dari format lama pada Jun tahun lepas. Bila activate je, banyak sungguh call dan sms masuk dari orang yang tidak aku kenali. Bila ditanya siapa yang mereka cari, Dorsa Eliana nama yang mereka bagi. Kot kot korang kenal, meh bagitau aku. Banyak sungguh hutang pemegang lama nombor ni.

Beberapa kali juga aku bagitau mereka-mereka ni (Astro pun ada) yang aku bukan Dorsa Eliana. Sampai satu hari tu aku tak tahan, aku cakap macam ni, “berapa kali nak bagitau? saya bukan Dorsa Eliana! Saya dah beli nombor ni dari **tuut**. Jangan telefon saya lagi!“. Ada macam kakak tiri cinderella tak? Hihi. Sejak itu, panggilan dan sms dari mereka yang tak dikenali dah semakin berkurangan.

Jadi, aku nasihatkan korang, kalau nak beli nombor telefon tu, belilah nombor dari format baru. Gerenti baru dan fresh. Tak ada orang kacau.

Walau bagaimanapun, semua pilihan terletak ditangan masing-masing. Lebih kurang do at your own risk la. Aku sekadar berkongsi pengalaman.

*Entri ini sekadar perkongsian pengalaman dan tiada niat memburukkan mana-mana pihak.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info Tagged With: nombor recycle, nombor telefon

Comments

  1. Aqilah Azmi

    2 February 2014 at 8:51 am

    alaa yeke kak fand? 🙁 Hmmmm baru je beli phone ni cmaneeee hehheheehe
    thanks share ni tau kak fand!
    Kalau qila taktahan nnt qila tukar hiks

    Reply
    • ctfand

      2 February 2014 at 8:54 am

      Cuba dulu..harap-harap tak de la gangguan… Tapi Qilah, kemungkinan tu tetap ada… Kalau handphone bole block number, senang..

      Reply
  2. niesa

    3 February 2014 at 12:29 pm

    betul tu kak, henfon kat ofis ni pun byk betul orang tak dikenali call tanya si fulan dan si fulan padahal tu no baru. penat je nak bg tau silap no.haisss

    Reply
    • ctfand

      3 February 2014 at 11:25 pm

      Akak da banyak kali kena..ni nombor backup ketiga dah ni dari telco berlainan. Kali ni akak fight gitu..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d