ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Musim Demam

Musim Demam

18Feb | 2014

18 February 2014 By ctfand 15 Comments

Hari ini bawa Hani ke klinik untuk pemeriksaan 5 bulan. Sepatutnya kena jarum hari ni. Tapi disebabkan Hani masih demam, injection tu ditangguhkan sampai Hani betul-betul sihat.

Bila aku bagitau yang demam Hani on off selama 2 minggu, nurse refer Hani kepada Doktor untuk pemeriksaan lanjut. Apa lagi, ambil darah lagi lah..

Masa tiba turn Hani untuk ambil darah, aku sempat bertanyakan nurse, ramai ye baby demam?. Ramai nurse kata. Musim kot.. sambungnya lagi. Seorang lagi nurse bagitau, dari pagi sampai jam 11 tadi, seramai 60 orang pesakit ambil darah. Macam-macam kes la kot..yang pastinya, kebanyakan sebab demam.

Waktu Klinik Dipanjangkan
Disebabkan musim demam dan banyaknya kes denggi, waktu operasi Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya telah dipanjangkan hingga jam 11.00 malam, bermula sejak 6 Februari lepas. Tapi, waktu pendaftaran terakhir adalah pada jam 10.00 malam. Sapa-sapa orang Putrajaya diminta alert dengan waktu ini..manalah tahu, kan…

Keputusan Ujian Darah Hani
20140218-053900 pm.jpg

Keputusan ujian darah Hani, tiada apa yang kronik. Cuma jangkitan virus saja, pada tahap yang kurang membimbangkan. Jadi, tak perlu on antibiotik sebab Hani masih kecil. Doktor ada juga advice, yang kalau kat taska memang bayi mudah terkena jangkitan. Seorang sakit, seorang sembuh, kemudian terjangkit, sakit lagi jadinya.

Pilihan paling senang, Doktor kata, berhenti sementara hantar ke taska. Tunggu sampai betul-betul sembuh baru hantar balik. Masalahnya..sapa nak jaga pulak, kan. Aku bukannya ada saudara mara kat sini..semua kat Sabah tu ha..hihi. Sabar je lah.

Jadi Hani akan terus on ubatan yang sedia ada dan kena pantau demamnya supaya tidak menjadi teruk.. Hmm..sabarlah Hani..dan sabarlah hati.. Moga Hani cepat-cepat sembuh dari demamnya..amiinn..

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: Demam Panas, Hani

Comments

  1. Mizz Aiza

    18 February 2014 at 5:52 pm

    semoga hani cepat sembuh dari demamnya.. sekarang ni mudah dapat demam dengan cuaca panas..

    Reply
    • ctfand

      18 February 2014 at 5:54 pm

      Betul tu aiza..budak2 la kesian sebab antibodi mereka belum kuat lagi. Ni saya tengah pening dgn Hani yg masih demam on off ni..huhu. Tq ye Aiza.. 🙂

      Reply
  2. Kisah Si Dairy

    18 February 2014 at 5:54 pm

    sekarang nie perlu berhati hati dengan cuaca yang panas…kat tempat saya pun ada kes denggi yang banyak..

    Reply
    • ctfand

      18 February 2014 at 5:57 pm

      Betul ida…sejak mula musim panas ni, senangnya nak nampak nyamuk berterbangan kalau kat rumah saya ni. Tp dekat area rumah setakat ni belum ada kes denggi dilaporkan.. Ya Allah, moga kita semua dilindungi..

      Reply
  3. Aqilah Azmi

    18 February 2014 at 11:52 pm

    get well soon <33333

    Reply
    • ctfand

      19 February 2014 at 4:29 pm

      tq qila..

      Reply
  4. Niesa

    19 February 2014 at 8:25 am

    Mmg musim kot sekarang ni…niesa pun demam jugak..hehe…
    Kesian baby hani…semoga cepat sembuh baby!amin…

    Kak!niesa click mcd!yeay!nuff ada gak klua.. ^^,

    Reply
    • ctfand

      19 February 2014 at 8:27 am

      Tq niesa..oh nuffy ada kluar ye? Kak on9 guna phone ni..tak nampak… InsyaAllah jasa akan dibalas.. 🙂

      Reply
  5. Sheila Salim

    19 February 2014 at 10:02 am

    Assalamualaikum kak, semoga hani cepat sembuh ye. kesiannya tengok budak kecik sakit T___________T

    Reply
    • ctfand

      19 February 2014 at 4:28 pm

      w’salam..tq sheila..

      Reply
  6. Pha Is

    19 February 2014 at 10:30 am

    smoga cepat sembuh.. amiin..

    Reply
    • ctfand

      19 February 2014 at 4:30 pm

      aminn..terima kasih pha is..

      Reply
  7. Norhayati Suaib

    25 August 2014 at 1:08 pm

    Sekarang pun banyak kes demam denggi.kena lebih berhati-hati dan berikan full attention kepada anak kita.

    Reply
    • ctfand

      25 August 2014 at 4:42 pm

      Betul…nyamuk skg nampak macam lalat…senang nak nampak walaupun siang hari… Hati2 semua..

      Reply

Trackbacks

  1. Pemeriksaan 6 Bulan Hani | Inspired by Yanie says:
    26 March 2014 at 8:40 pm

    […] ni adalah hari temujanji pemeriksaan 6 bulan Hani. Temujanji akhir adalah pada 18 Februari 2014. Masa tu Hani sepatutnya menerima suntikan 5 bulan, tapi terpaksa ditangguhkan sebab dia […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d