ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Kimi Ziarah Kubur Yanie

Kimi Ziarah Kubur Yanie

9Feb | 2014

9 February 2014 By ctfand 15 Comments

20140209-071402 pm.jpg

“Mama, nah!”..Kimi menghulur bunga pada aku. “Apa ni?..” aku tanya dia. “Bunga adik tadi. Yang ni Imi bawak balik untuk Mama“. Tersenyum aku tengok dia.

Tengahari tadi suami ajak Kimi ziarah kubur adiknya, Yanie. Mula-mula suami nak pergi seorang. Tapi, sebelum bergerak tu, suami tanya Kimi “Kimi, nak ikut bapa pergi tengok adik Yanie?”. Sepantas kilat Kimi berlari ke pintu, tak nak ketinggalan.

Lama dah tak ziarah kubur Yanie. Aku tak pergi sejak Ogos tahun lepas.. Tunggulah Hani besar sikit, aku bawak dia sekali.

iphone4s 050
Sampai je tadi, aku tanya Kimi..”Kimi cerita apa dengan adik tadi?“. Dia jawab “Kimi tak cerita apa-apa, Kimi baca doa je untuk adik.” Doa maksudnya baca al-Fatihah untuk adik dia. Selalunya, kalau kami bertiga ziarah kubur Yanie, Kimi akan bercerita tentang mainan dia, cerita tentang tadika dia dan macam-macam lagi..seolah-olah adik dia ada di depannya… Sebelum balik dari ziarah pun, selalunya dia akan bagitau..”Abang balik dulu, adik Yanie. Nanti abang datang lagi..“

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga, Personal Tagged With: Kimi, yanie

Comments

  1. BM

    9 February 2014 at 10:13 pm

    Syukur dapat anak yg memahami…semoga ikatan mereka terus berkekalan. Takziah dan Al-Fatihah buat arwah Yanie.

    Reply
    • ctfand

      10 February 2014 at 10:17 am

      Mmg itula diharap2kan.. terima kasih BM..

      Reply
  2. Aqilah Azmi

    9 February 2014 at 11:57 pm

    comelnya kimii <3
    Hmm. <333333

    Reply
    • ctfand

      10 February 2014 at 10:18 am

      Terima kasih Qila..

      Reply
  3. niesa

    10 February 2014 at 9:27 am

    sebak lak niesa baca,sungguh kimi memahami…alfatihah utk arwah yanie kak…

    Reply
    • ctfand

      10 February 2014 at 10:20 am

      Mula2 susah jugak nak terangkan..masa kebumi tu, Kimi siap tanya..”kenapa adik masuk dalam tanah mama..”..masa tu mmg tak mampu akak jawab..

      Reply
      • niesa

        10 February 2014 at 11:40 am

        bila dh besar mesti kimi paham kenapa kan kak…
        Kak!nivea dah klua..dh klik2 utk akak.. 😀

        Reply
        • ctfand

          10 February 2014 at 2:27 pm

          itu lah..skg ni, dia pun da mula terima hakikat yg adik dia tak akan datang lagi..kesian jugak.. 🙁
          *tq niesa..

          Reply
  4. Azhafizah

    10 February 2014 at 2:24 pm

    Al fatihah untuk arwah Yanie..sedih baca T_T

    Reply
    • ctfand

      10 February 2014 at 2:26 pm

      terima kasih, Fiza.. dan terima kasih kerana memahami..

      Reply
  5. mamasaly

    10 February 2014 at 5:30 pm

    aduh sedih plak baca n3 ni.. memahaminy kimi….. besar kasih seorang abg.. alfatihah juga buat adik yanie…selamat berbahgia disana sayang……

    Reply
    • ctfand

      10 February 2014 at 5:42 pm

      betul mamasaly… awal2 adik dia pergi tu mmg susah juga nak tenangkan kimi.. insyaallah, masa2 akan datang saya selit kisahnya.. terima kasih krn sudi datang ke sini..dan terima kasih atas doa..

      Reply
  6. sabihah

    30 April 2016 at 7:30 am

    Allah saja yg tau perasaan saya membaca kisah awak. ni hari trakhir dln bulan april. smoga allah bgi awk kekuatan untuk terus tabah. smoga yanie dapat menarik awak ke syurga Allah bila sampai masanya.. saya kagum dgn kekuatan awak.

    Reply
    • ctfand

      30 April 2016 at 7:43 am

      Amin…insyaAllah.. Terima kasih kerana memahami..

      Reply

Trackbacks

  1. Kasut Sukan Pilihan Kimi | Inspired by Yanie says:
    9 May 2014 at 4:43 pm

    […] juga keletah dan cerita mengenai Kimi di entri Kimi Ziarah Kubur Yanie dan Rakan Sepermainan […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d