Kisah ni berlaku semalam..semasa aku bawa Hani checkup 5 bulan di Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya. Selepas checkup dengan nurse, nurse refer Hani kepada Doktor untuk pemeriksaan lanjut akibat demam panas yang berlanjutan. Kamipun menunggu giliran dipanggil di ruang menunggu.
Kemudian, Kimi ajak bapa dia pergi beli makanan dekat kaunter utama pemeriksaan, di sebelah kanan lobi. Agak jauh juga jaraknya dari ruang menunggu pemeriksaan bayi, tempat aku dan Hani menunggu giliran. Sebelum beredar nak pergi beli makanan tu, suami kata nak pergi solat Zuhur sekejap kalau sempat. Aku kata, sempat, jadi aku suruh mereka pergi.
Selang 10 langkah Kimi dan suami meninggalkan kami, tiba pula giliran Hani untuk masuk ke bilik Doktor. Jadi, aku pun bawa Hani masuk. Ada dalam 5 ke 7 minit juga kami di bilik Doktor. Doktor periksa badan Hani dan interview aku sikit tentang demamnya. Keputusannya, Doktor minta darah Hani diambil untuk diuji. Jadi aku diarahkan ke makmal untuk daftarkan Hani untuk tujuan ambil darah.
Selesai pemeriksaan dengan Doktor tu, akupun keluar. Tiba-tiba aku nampak Kimi tengah berlegar-legar dengan langkah yang seakan-akan takut..jarak dia dalam 20 langkah dari aku. Dalam hati aku “kenapa Kimi ni?”. Akupun panggil dia, lembut. “Kimi…?”. Cepat-cepat dia menoleh kepada aku. Dia macam seolah-olah nampak segunung intan bila dia melihat aku dan adiknya. Tapi, wajahnya muram, matanya berkaca. Cepat-cepat aku minta dia duduk. “Kimi cari mama ye? Bapak mana?” Aku tanya dia. Dia mula menangis, suaranya tidak kedengaran, hanya airmatanya mengalir laju. . Tangan dia masa tu penuh dengan plastik makanan dan minuman, dua di kanan dua di kiri… Sayu hati aku masa tu tengok dia…
Rupa-rupanya, selepas beli makanan dengan suami aku tadi, suami minta Kimi datang balik ke tempat aku dan Hani menunggu giliran, sementara dia pergi solat. Bila dia sampai, aku dan Hani dah masuk ke dalam bilik doktor. Dia dah tak nampak aku..itu yang buat dia jadi takut. Dahlah ramai orang masa tu. Kimi ni jenis takut dengan orang-orang yang dia tak kenal…. Sebenarnya, mula-mula tadi aku fikirkan, suami nak bawak dia ke surau…rupa-rupanya…
Aku layan Kimi menangis semahunya. Aku peluk dia…”Kimi takut sebab Kimi tak nampak mama ye..?” Aku tanya dia..dia angguk dan menangis lagi. Dia mengesat mata dengan belakang tangannya. Aku bantu juga..sambil gosok-gosokkan belakangnya, untuk melegakan dia. Beberapa kali aku peluk dia dari tepi supaya dia tenang. Hani di sebelah tangan lagi..diam-diam je, tak faham. Bila dia dah tenang sikit, aku ajak dia pergi ke makmal untuk pemeriksaan darah Hani. Kami menunggu lagi di sana.
Beberapa ketika selepas tu, suami datang. Aku ceritakan kepada suami apa yang berlaku. Kesal sungguh suami sebab biarkan Kimi pergi ke tempat aku menunggu seorang diri. Tapi dia pun tak tau yang giliran Hani akan sampai begitu cepat. Suamipun minta maaf kat Kimi..”Lain kali bapak bawa Kimi pergi surau je, ya..” Kata suami. Kimi angguk je.
Itulah dia, salah faham. Aku faham macam ni, suami faham macam tu. Last-last, Kimi tertinggal keseorangan di ruang menunggu pemeriksaan bayi dan ibu mengandung tu.. hmm. Nasib baik tak lama kan..kalau tak, kesiannya kat Kimi.
Ambil pengajaran dari kisah ini. Nasib baik perkara berlaku di dalam klinik yang kecil saja, kalau di shopping kompleks…tak sanggup aku bayangkan. Pastikan perbualan, tujuan dan destinasi pasangan masing-masing jelas..jangan main agak-agak je…
Sedih aku bila teringat balik peristiwa ni..
ct aman
alahai…..slh phm…ksian kimi…pngajaran ni….blh d jdikn iktibar pd sy jgak….
ctfand
Itulah.. Memang rasa bersalah sangat kat Kimi..hmm
niesa
kesian kimi..nasib baik la kt klinik…
niesa
kak!ada nivea..hehe..click cepat2..
ctfand
Oit..akak singgah blog niesa awal2 pagi tadi..berehh ok..hehe
ctfand
Betul niesa..pertama kali pulak terjadi mcm ni…jgnlah berlaku lagi..
Raziten
Aww, stuff like that happens, we should be more caution and when we are taking our kids outside ^^
ctfand
Betul tu..ambil pengajran dari kisah akak ni tau…
ema
sebagai pengajaran… sekarang tak boleh biarkan anak-anak seorang..ada saja peluang jahat di depan mata.
ctfand
Betul tu ema…memang pengajaran sangat… Terpukul dihati bila kimi menangis ketakutan dalam pelukan saya..
Mizz Aiza
mujurlah tiada kejadian buruk yang berlaku..
ctfand
Itulah..alhamdulillah saya tak lama kat bilik doktor, dan kimi berlegar di situ je… Mmg kena lebih teliti dan berhati2 lepas ni…. 🙁
Dira
Salam, kali pertama kunjung kesini. Sebak sangat baca…kesiannya Kimi. Alhamdulillah semua ok..jd pengajaran untuk saya juge
ctfand
Salam kenal Dira.. Sayapun kalau teringat balik peristiwa tu mmg sedih sangat..menyesal sbb tak teliti dulu..