ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Personal / Kembali Bertugas Di Tempat Asal

Kembali Bertugas Di Tempat Asal

28Feb | 2014

28 February 2014 By ctfand 8 Comments

Aku pernah cerita macamana peningnya aku sebab ditukarkan tempat bertugas 2 minggu sebelum cuti bersalin, sampai aku anggap aku kena pool. Aku juga pernah cerita macamana aku jadi pengumpul kertas yang berjaya sebab dah 4 tahun bertugas di tempat lama.

Lain pulak kisahnya kali ni. Akuย  ditukarkan kembali bertugas di tempat asal aku dulu. Sebabnya, kekosongan tu memang “dirasai” oleh Jabatan, dan khidmat serta pengalaman 4 tahun aku tu diperlukan pada saat-saat genting ni. Apa yang gentingnya, janganlah ditanya..

Kalau ikutkan, masuk Mac ni, baru 2 bulan setengah aku di tempat kerja yang baru sekarang ni. Banyak benda yang aku belajar, ada yang masih akuย  belum faham lagi. Suasana kerja pulak tidaklah sesibuk yang aku pernah gambarkan. Setakat panggilan telefon dan kunjungan dari orang luar tu semua, boleh lah aku handle. Hubungan dengan rakan sekerja pun semua dah baik, termasuklah dengan bos baru aku. Aku pernah cakap bos baru aku tak best dulu..he he. Maafkan saya bos…

Kita punyalah susah nak build up banyak perkara di tempat baru, tiba-tiba ditarik balik pulak. Nasib lah.. Dan, bersyukur jugalah sebenarnya bila khidmat dan usaha dihargai dan diperlukan. Yang penting, jabatan puas hati..dan sistem penyampaian dapat dimantapkan..kira dah memadai bagi aku. Lain-lain belakang kira..

Hari ini adalah hari terakhir aku di tempat kerja sekarang. Bermula minggu depan (3 Mac) aku akan kembali bertugas di tempat asal dan meneruskan legasi perkhidmatan di sana..ewah ayat.. ๐Ÿ˜†

ukiran kek

Kek hari lahir dan perpisahan. Bintang tu bukan hiasan sebenar ๐Ÿ™‚

Baru je selesai jamuan meraikan pertukaran semula dan perpisahan. Sedih jugalah sebenarnya..sebab aku dah mula selesa bekerja di tempat baru ini. Nak buat macamana..kan..

Apapun, semoga terus cemerlang dan semoga dipermudahkan segala apa juga urusan aku nanti..aminn.. tolong doakan ye.. ๐Ÿ™‚ Sekian perkongsian hari ni..

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Personal Tagged With: bertukar tempat bertugas, Kerja, pejabat baru

Comments

  1. Mizz Aiza

    28 February 2014 at 2:33 pm

    selamat bertugas di tempat baru (tempat asal).. semoga terus cemerlang menjalankan tugas.. ๐Ÿ˜€

    Reply
    • ctfand

      28 February 2014 at 2:41 pm

      hehe..pelikkan… btw, terima kasih Aiza… ๐Ÿ™‚

      Reply
  2. Anuar

    28 February 2014 at 2:38 pm

    Selamat kembali bertugas di tempat asal… Dan kembali berkeja bersama rakan sekerja lama… ๐Ÿ˜‰

    Reply
    • ctfand

      28 February 2014 at 2:41 pm

      terima kasih tuan.. ๐Ÿ˜€

      Reply
  3. Aku Penghibur

    28 February 2014 at 5:14 pm

    selamat kembali ke tempat kerja asal yer kak ^_^

    Reply
    • ctfand

      28 February 2014 at 5:49 pm

      Terima kasih acik.. ๐Ÿ˜€

      Reply
  4. Pha Is

    1 March 2014 at 11:29 am

    smoga doa termakbul.. amiin..

    Reply
    • ctfand

      1 March 2014 at 2:57 pm

      Terima kasih pha is.. ๐Ÿ™‚

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com ยท Sitemap ยท Powered by WordPress ยท Built on Genesis Framework

%d