ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Hani Demam Panas

Hani Demam Panas

5Feb | 2014

5 February 2014 By ctfand 8 Comments

20140205-105155 am.jpg

Buat pertama kali pada umur 4 bulan dan 3 minggu, Hani demam panas. Hani demam pada cuti panjang Chinese New Year (CNY) dan Cuti Hari Wilayah baru-baru ni. Aku kan duduk Putrajaya, dapatlah cuti wilayah  dan menjadikan jumlah cuti umum selama 4 hari. Jangan maraa…

Sudahnya, kami tak keluar sangat masa cuti tu. Ye lah, takkan nak usung jugak Hani ke sana ke sini masa dia demam. Kesian.. Sedangkan kalau kita orang-orang dah dewasa ni pun kalau demam memang kepala berat dan pening je..dan rasa nak tidoooo je…lagikan budak-budak kecik.

Aku ada jugaklah bawak Hani keluar ke AEON Cheras Selatan masa tu, itupun sebab nak beli baju dan barang-barang dia dan pergipun tak lama. Dalam 1 jam setengah je. Express ok. Pertama kali keluar shopping balik cepat.. Hani punya pasal, aku tak kesah.

Hari terakhir dia demam pada subuh hari Isnin tu, risau jugak kalau demam naik balik. Alhamdulillah, setakat semalam dan malam tadi, Hani dah tak demam. Teacher dia bagi tau dia ok je semalam kat taska. Aktif macam biasa. Moga sihat terus ye Hani. Risau mama kalau Hani demam lagi….

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: Hani

Comments

  1. Raziten

    5 February 2014 at 2:37 pm

    Hahah one hour and a half is the most fastest one? xD
    Hopefully Hani will get better soon..

    Reply
    • ctfand

      5 February 2014 at 2:56 pm

      Dik, 20 minit pergi, 20 minit balik. Do the math 😉
      *terima kasih atas kunjungan..

      Reply
  2. Nina Maslizza

    5 February 2014 at 4:38 pm

    alala,ciannya dia.mesti sangat tak selesa. Saya pun demam panas juga recently. cuaca sekarang ni dah pelik2

    Reply
    • ctfand

      5 February 2014 at 4:47 pm

      itulah dia..tak senang tido. tapi betul tu, memang cuaca sekarang pelik. kalau kat putrajaya ni, pagi sejuuukk, petang haa..panas membahang..
      *tq singgah sini nina..

      Reply
  3. niesa

    7 February 2014 at 3:00 pm

    cm ne keadaan hani kak?harap2 hani cpt sembuh..

    Reply
    • ctfand

      7 February 2014 at 3:03 pm

      masih on off. last demam petang semalam. kena pantau lagi.. terima kasih niesa..

      Reply
  4. cik lisa

    7 February 2014 at 10:35 pm

    halamakkkk kesianyer. Semoga hani cepat sembuh ye kak 😀

    Reply

Trackbacks

  1. Hani Demam Membuatku Teringat Arwah Yanie | Inspired by Yanie says:
    6 February 2014 at 10:57 am

    […] aku ceritakan yang Hani demam buat pertama kali pada umur 4 bulan 3 minggu. Hani demam membuatku teringat arwah […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d