ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Hani Demam Di Taska

Hani Demam Di Taska

11Feb | 2014

11 February 2014 By ctfand 5 Comments

Tengahari tadi, jam 12.30, aku dapat panggilan dari taska. Pengasuh Hani call. Dia bagitau yang suhu badan Hani 38 Celcius! Panas tu. Kelam kabut aku dengan suami pergi ambil Hani di Taska untuk dibawa ke klinik. Masa dalam perjalanan tu, aku pesan pengasuh dia supaya lapkan badan Hani dengan tuala basah dan pakaikan baju pendek supaya suhu badan Hani tak naik lagi..

Sampai kat pintu taska, aku boleh dengar suara Hani merengek. Kemudian, pengasuh Hani  bawa Hani ke pintu. Mula-mula nampak muram je muka Hani. Nak tido, tapi tak selesa, Pengasuh dia kata. Bila aku ambil Hani, bukan main sengih lagi dia! Lebar betul senyuman dia masa dia tengok Kak Siti..hihi. Aku rasa dahinya..masih panas, tapi dah kurang.

Aku dan suami pun bawa Hani ke Poliklinik An-Nur, Presint 15. Masa jumpa doktor, doktor bagitau kecuali selsema yang Hani ada, Hani sihat. Tekak ok, telinga ok, ruam takde, cirit birit takde, bunyi dada ok.. Doktor pun cadang untuk ambil darah Hani untuk diperiksa. Kesian Hani..menjerit-jerit kesakitan.

Semasa tunggu keputusan blood test, badan Hani dah tak panas. Boleh main-main lagi kat luar dengan bapak dia.. 🙂

20140211-074748 pm.jpg
Dalam 40 minit macam tu kami menunggu. Kemudian sampailah saat dipanggil masuk semula oleh Doktor. Cuak jugak aku. Doktorpun bagitau mesin ujian darah mungkin rosak, katanya. Sebab, keputusan ujian darah Hani macam teruk sangat, tapi tak sepadan dengan keadaan Hani yang ceria dan masih boleh bermain-main. Contohnya sel darah putih tinggi, semua tinggi, doktor kata. Doktor kata, kalau test result tu tepat, Hani tak akan boleh main-main, dan ceria macam tu. Dia akan jadi very very ill, doktor kata.

Doktor bagitau lagi yang sejak pagi tadi memang mesin tu macam tak betul. Betul sekejap, dan tak betul lagi. Jadi doktor kata, keputusan darah Hani tu tak boleh nak dipercayai.

Sudahnya, doktor buatkan je surat refer. In case of anything, doktor minta supaya bawa Hani ke mana-mana hospital atau klinik. Kalau keputusan memang sama (tapi doktor kata mungkin tidak), Hani akan diberikan antibiotik. Antibiotik sebenarnya tak elok diberi kepada bayi di bawah 1 tahun..

Kamipun balik ke rumah. Sampai rumah, Hani ok je..ish3.. bukan nak mintak2lah.. Agaknya dia cuma nak manja-manja dengan mama dia kot..hihi. Tengoklah, kalau Hani demam lagi, esok aku bawak ke klinik lain pula… Moga cepat sembuh Hani..

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: Hani, poliklinik annur

Comments

  1. Sheila Salim

    12 February 2014 at 10:15 am

    Assalamualaikum kak, semoga hani cepat sembuh. Allah.. risaunya dengar bila baby kecik demam dan sakit. kesiannya T_____T

    Reply
    • ctfand

      12 February 2014 at 4:18 pm

      Salam Sheila.. Tq ye.. Itula, kalau baby demam bahaya sikit..kena pantau lebih…

      Reply
  2. Azhafizah

    12 February 2014 at 4:14 pm

    dia nak berkepit dengan mama kot tu..get well soon hani sayang.

    Reply
    • ctfand

      12 February 2014 at 4:19 pm

      A’ah..kot..hihi. Tq ye Fiza… 🙂

      Reply
  3. Mai

    14 February 2014 at 10:02 am

    Semoga cepat sembuh Hani..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d