ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / Berjaya Downgrade S2 Dari Jelly Bean Ke Ice Cream Sandwich

Berjaya Downgrade S2 Dari Jelly Bean Ke Ice Cream Sandwich

3Feb | 2014

3 February 2014 By ctfand 15 Comments

20140203-110656 am.jpg

Satu pencapaian peribadi yang membanggakan diri sendiri..he he. Aku telah berjaya men’downgrade’kan telefon Samsung Galaxy S2 suami dari Android 4.1 Jelly Bean ke Ice Cream Sandwich 4.0. Itupun selepas percubaan kali ketiga. Nasib baik S2 suami tak jadi brick..umpama jadi bata yang hilang fungsi telefon dan tak boleh dipakai langsung.

Berpeluh jugak jari jemari semasa proses downgrade. Hanya berbekalkan dan berilmukan Google, proses downgrade aku mulakan. Mula-mula tanya suami, betulka nak biar aku buat ni? Katanya, kalau hantar ke kedai nanti ntah berapa kena charge. Kena keluar lagi. So dia kata, baik buat sendiri.

Bukan apa kan..aku rasa keyakinan suami untuk membiarkan aku downgrade sendiri ni sebab aku dah pernah buat upgrade rom dan firmware sejak pakai Nokia N73 dulu dan HTC Touch Pro slide ber’qwerty board yang berat tu. Edisi pertama lagi..hihi.

Yang S2 tu pun sebenarnya aku pernah upgrade dari GingerBread ke ICS, dari ICS ke Jelly Bean dengan melalui “jalan belakang”. Bila dah ke Jelly Bean tu, umpama pakai enjin Lotus kat kereta Kelisa kot..selalu hang, lag, bateri cepat habis..dan pelbagai lagi yang menyukarkan penggunaannya.

Rujukan utama aku masa dowgrade hari tu adalah Hero and Linda Site di herohl.blogspot.com dan forum XDA Developers. Dari blog Hero and Linda aku dapat kaedah step by step atau cara-cara untuk downgrade dari A hingga Z. Manakala dari XDA Developers pula aku dapatkan firmware..dan segala macam permasalahan yang dihadapi oleh mereka-mereka yang downgrade.

Percubaan pertama gagal sebab salah pilih Version Odin, yang kedua pun gagal sebab salah firmware..i9100 dan i9100G ada beza rupanya..baru aku tau. Masa failed 2 kali tu, aku minta suami cabut je terus USB cable dari laptop. Hang dan freeze dah screen S2 tu. Dalam mode download pulak tu. Memang cuak sangat-sangat. Bila aku terbaca yang pada tahap ini, mustahil untuk handphone jadi brick..dan masih boleh diselamatkan lagi. Lega sikit. Akupun cuba lagi kali ke-3..dan..PASS! dekat screen ODIN..lega sangat-sangat! Proses Downgrade dalam 10 minit je. Nak cari “tools” dan cara dia tu makan masa setengah hari..haha. Sabar je lah.

20140203-110730 am.jpg
Demikianlah catatan pencapaian peribadi aku..jangan marah aa. Bukan nak menunjuk..tapi nak jugak aku rekodkan di sini. Moralnya adalah, usaha escalator kejayaan! Dan jangan sekali-kali putus asa untuk mencuba. Memang aku ni suka mencuba-cuba kot.. Syok dapat ilmu baru.. 😀

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info, Techie Tagged With: downgrade firmware, samsung galaxy s2

Comments

  1. niesa

    3 February 2014 at 12:03 pm

    wahhh..mmg terer la kan leh downgrade fon sendiri..jimat sikit cos …

    Reply
    • ctfand

      3 February 2014 at 11:22 pm

      Gamble jugak tu..hehe

      Reply
  2. Norhasniza Khalid

    3 February 2014 at 8:51 pm

    hebat tu.. cayalah!!

    Reply
    • ctfand

      3 February 2014 at 11:26 pm

      Nasib baik kot mama..hehe..

      Reply
  3. Aqilah Azmi

    3 February 2014 at 8:57 pm

    kenapa downgrade kan kak fand? 😀 heeeee betul.
    Mesti best kan hihihi ilmu baru best gila kot <3 heheeee

    Reply
    • ctfand

      3 February 2014 at 11:29 pm

      Kiranya kembali ke firmware asal gitu..Jellybean macam ‘berat’ sikit utk S2 bawak..

      Anyway..syok bila cuba2 dan berjaya..heheh

      Reply
  4. ayue

    4 February 2014 at 3:29 pm

    waaa..hebat gle! klu sy da penin2 lalat da bnd2 ni..huhu

    Reply
    • ctfand

      4 February 2014 at 3:35 pm

      pokoknya..kena membaca.. lagi satu, sahut cabaran dan jangan putus asa..heheh

      Reply
  5. cik lisa

    4 February 2014 at 5:22 pm

    kalau lisa, ‘hantar kedai hantar kedai’ hehe, kene cuba sendiri dah ni.

    Reply
    • ctfand

      4 February 2014 at 5:34 pm

      Kalau rajin, bole la cuba sendiri… Kalau tak, takut tah apa jadinya..

      Reply
  6. Nurul

    5 February 2014 at 12:56 pm

    Wow, hebat tu boleh downgrade sendiri hp… ^__^

    Reply
    • ctfand

      5 February 2014 at 1:32 pm

      takde lah hebat mana kot..cuba2 je tu..hehe

      Reply
  7. amirul

    10 May 2014 at 3:03 pm

    Salam boleh bg link utk download firmware utk ICS? odin mana yg sesuai utk s2? Terima kasih

    Reply
    • ctfand

      10 May 2014 at 3:09 pm

      Bg saya sikit masa utk cari semula link tu ye.. dan saya akan reply melalui emel.

      Reply
    • ctfand

      10 May 2014 at 5:05 pm

      odin yg sesuai bole cuba version 1.8.5. saya masih belum menemui link download.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d