ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / Sebab Menggunakan Dua Telefon Bimbit

Sebab Menggunakan Dua Telefon Bimbit

31Jan | 2014

31 January 2014 By ctfand 11 Comments

20140130-123240 pm.jpg

20140130-123216 pm.jpg

Sejak kebelakangan ini, penggunaan dua telefon bimbit sudah semakin menjadi keperluan atau mungkin juga trend. Dan aku tidak ketinggalan. Gambar di atas adalah dua telefon bimbit yang aku pakai sekarang. Jadi, aku nak berkongsi kenapa aku menggunakan dua telefon bimbit. Sesetengah orang mungkin fikir, “alah..pakai dua telefon bimbit tu membazir” atau “nak action la tu”. Tapi ini adalah sebab aku tersendiri:

1. Pakai dua nombor untuk asingkan nombor kerja/pejabat dan nombor keluarga/peribadi.

Nombor kerja adalah juga nombor lama yang telah aku pakai sejak tahun 2006. Nombor ini agak diketahui oleh ramai orang. Di sini jugalah aku setkan emel pejabat, jadual mesyuarat dan sebagainya. Kalau malam, biasanya handphone dengan nombor ini aku tak akan bawak masuk ke bilik tidur dan hanya tinggalkan di ruang tamu. Apa-apa urusan kerja yang masuk pada sebelah malam, aku akan tengok dan fikirkan pada esok hari. Selepas jam 10 malm, memang aku tak tengok dah handphone dengan nombor kerja ni.

Nombor kedua pula dikhaskan untuk keluarga saja. Nombor ini memang aku beri keutamaan dan aku bawa ke mana saja aku pergi.

2. Sebagai Alternatif

Kedua telefon ini aku letakkan simkad yang berlainan telco. Satu Digi dan satu Maxis. Kedua-dua telco ni aku lihat line dia memang tak boleh nak diharap sangat. Jadi, kalau salah satu line tak bagus, ada telefon satu lagi. Kerja aku ni juga kadang-kadang memerlukan aku membuat site visit atau event kat merata tempat..dari Johor sampai lah ke Perlis. Sesetengah site tu, lokasi dia takde line samada Maxis, Digi atau Celcom. Masa ni lah nombor-nombor backup ni berguna.

3. Untuk Backup Jika Kehabisan Bateri

Opsyen lain selain memakai power bank. Sebenarnya, kalau aku tengah sibuk lebih-lebih lagi bila terkejar-kejar, handphone yang bersambung dgn power bank amatlah tidak selesa. Jadi kalau satu handphone tengah charge, handphone satu lagi free untuk digunakan.

Demikianlah sebab mengapa aku menggunakan dua telefon bimbit. Apa pun sebab yang diberikan, semuanya terpulang kepada setiap individu. Ia juga bergantung kepada keperluan, kehendak dan mungkin ekonomi kita. Korang pula bagaimana?

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info Tagged With: pakai dua telefon, telefon alternatif

Comments

  1. Aqilah Azmi

    31 January 2014 at 4:08 pm

    heee~
    untunglah kak fand heheehhhe

    Reply
    • ctfand

      31 January 2014 at 8:57 pm

      Ada rezeki lebih….alhamdulillah..hehe

      Reply
  2. ct aman

    31 January 2014 at 4:10 pm

    oo mcm tu ea….tp bgus jgk tau…at least 1 no tu tuk family…..idea y bgus tu….

    Reply
    • ctfand

      31 January 2014 at 8:58 pm

      Begitula kiranya ct…aman sikit pakai dua ni 😀

      Reply
  3. Denaihati

    31 January 2014 at 9:39 pm

    dah boleh bertukar pada smart phone yang ada dual sim kad dah ni mudah sikit dah usung mana-mana dan takut tertinggal.

    Reply
    • ctfand

      31 January 2014 at 9:55 pm

      Alamak…teruja dan terharu bila blogger otai Denaihati sudi berkunjung dan tinggalkan komen di blog tak seberapa ini.. terima kasih…

      Anyway, buat masa ini insyaAllah amat berhati2 kerana sudah selesa dengan kombinasi 2 telefon ini..

      Reply
  4. sukma

    1 February 2014 at 3:27 pm

    Selalu guna 1 telefon sahaja walaupun ada 2 handphone, ada kebaikan kalau guna 2 sekali….datang singgah sini…

    Reply
    • ctfand

      3 February 2014 at 12:38 pm

      terima kasih sudi singgah..

      Reply
  5. niesa

    3 February 2014 at 12:39 pm

    sama la kak, niesa pakai 2 fon pun sbb nak asingkan yg peribadi sbb no yg biasa guna mmg byk dh guna utk mntk kerja dan sbgainya..mungkin sekarang dan menjadi kepentingan ada 2 fon kan?tp tu ikut kemampuan masing2 jgak la..

    Reply
    • ctfand

      3 February 2014 at 11:25 pm

      Betul-betul..

      Reply

Trackbacks

  1. Dikunjungi Oleh Blogger Otai Denaihati | Inspired by Yanie says:
    4 February 2014 at 12:52 pm

    […] Di dunia nyata, jika VVIP turun melawat kawasan, boleh lah dibentangkan red carpet atau semat bunga didada.. Tapi, kalau di alam siber ini pulak bagaimana? Kerana itulah aku hanya mampu menerbitkan entri ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Blogger otai  Denaihati yang sudi singgah, malah meninggalkan komen beliau di blog seorang newbie dan amat-amat tidak seberapa ini. Beliau meninggalkan komen pada entri aku yang bertajuk Sebab Menggunakan Dua Telefon Bimbit. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d