ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Techie / Pindahkan Gambar Dari iPhone Ke Flickr

Pindahkan Gambar Dari iPhone Ke Flickr

25Jan | 2014

25 January 2014 By ctfand 2 Comments

20140125-020312 pm.jpg

Selepas kes laptop aku terformat  hari tu, aku tercari-cari opsyen di mana lagi tempat aku boleh menyimpan data dari iPhone, especially gambar arwah Yanie, dengan lebih selamat dan boleh diakses “on the go”. Kalau korang nak tau, iPhone 4S aku ni ada 1300 gambar, dan 60 video, yang mana 80% darinya adalah kenangan dengan arwah Yanie.. Ini memakan sebanyak 12GB internal storage iPhone aku.

Opsyen pertama yang aku terfikir, Google+ dengan storan percuma sebesar 15GB. Hmm..lagi setahun memang tak cukup ruang ni. Kemudian aku teringat Flickr dan mula cari maklumat tentangnya. Terkejut aku bila tahu yang Flickr menyediakan ruang storan imej sebanyak 1 Terrabyte. Yang paling menarik, gambar-gambar dari iPhone boleh disimpan secara automatik ke dalam Flickr. Bagi kes aku, gambar-gambar terkini, bolehlah save secara automatik di aplikasi Flickr.  Tapi, ada 1000 lebih gambar sedia ada dalam iPhone ni, aku kena pindahkan secara manual.

Jadi, berikut adalah cara untuk pindahkan gambar dari iPhone ke Flickr secara manual:

Pertama

Install aplikasi Flickr ke iPhone terlebih dahulu dan aktifkan.

Kedua

20140125-020541 pm.jpg

Buka album Camera Roll dalam iPhone, dan pilik Select seperti di atas.

Ketiga

20140125-020807 pm.jpg

Pilih gambar yang ingin disimpan, seperti nombor satu di atas, kemudian touch ikon yang ditunjukkan di nombor 2.

Keempat

20140125-021211 pm.jpg
Kemudian, skrin di atas ini akan terpapar dan pilih Flickr.

Kelima

20140125-021440 pm.jpg
Paparan ini akan muncul. Nombor 1, isi deskripsi gambar. Nombor 2, masukkan ke set / album yang sedia ada. None kat situ bermaksud tidak masuk ke mana-mana set album. Nombor 3, tetapkan siapa yang boleh melihat gambar anda. Option lain adalah Public, Friend, Family. Selesai semua, klik Post di nombor 4. Proses upload gambar bermula di sini.

Keenam

20140125-022442 pm.jpg
Upload complete menandakan gambar anda telah selamat di simpan di Flickr. Selesai..

Nota Tambahan

Dalam satu-satu masa, gambar yang boleh dipindahkan terhad kepada 8 hingga 10 bergantung kepada saiz gambar. Korang akan tahu yang jumlah had gambar telah lebih jika logo Flickr tidak keluar pada langkah Keempat di atas.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Techie Tagged With: Aplikasi iphone, Flickr, iphone

Comments

  1. Aqileh

    25 January 2014 at 11:10 pm

    BESTNYAAAAAA PAKAI IPONG HIKS

    Reply
    • ctfand

      25 January 2014 at 11:13 pm

      Amboi…excited qilah..hihi. Tak best mana pun, sama je.. Apapun fon kita, yg penting maksimakan penggunaannya dgn cara sendiri..sure best punya.. 😉

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d