ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Makan-Makan / Resepi Mudah: Macaroni Cheese

Resepi Mudah: Macaroni Cheese

14May | 2015

14 May 2015 By ctfand 45 Comments

Macaroni cheese ni adalah kegemaran Kimi dan Hani. Kimi gelar resepi ni “Rockaroni Cheese”.. ๐Ÿ˜€

Resepi ini sesuai di makan pada bila-bila masa. Persiapannya mudah dan hidangannya sedap..

Cara aku buat simple je. Cara aku ni tak berpandukan kepada mana-mana resepi, tapi hanya bersandarkan sense dan rasa sendiri, sambil-sambil cuba meniru rasa Macaroni Cheese dari Restoran Kenny Rogers Roasters.. Ibarat falsafah masakan yang Chef Gordon Ramsey belajar dari Malaysia.. “agak agak aje” .. ๐Ÿ™‚

Bahan-Bahan:

2 cup macaroni
1 kotak Dutch Lady / setengah kotak susu
3 keping kepingan keju (cheese slice) apa juga jenama, seperti Kraft, Cheesedale, Cowhead dsb
2 sudu makan atau secukup rasa susu pekat

Cara Membuat Macaroni Cheeseย 

1. Rebus macaroni sehingga macaroni lembut. Jangan terlalu kembang atau terlalu lembut. Takut hancur masa menggaulnya dengan cheese nanti.

2. Setelah macaroni lembut, kecilkan api dan masukkan setengah kotak susu dulu dan gaul.

Tips: Kalau macaroni sangat berair semasa macaroni dah lembut, toskan lebihan air. Akan tetapi, elok biarkan sedikit air untuk elakkan macaroni terlalu kering. Dalam gambar di atas, aku tak toskan air.

macaroni cheese

3. Seterusnya masukkan kepingan cheese dan susu pekat. Kacau lagi sehingga cheese cair.
Tips: Kadangkala pada peringkat ini macaroni menjadi melekit dan sangat kering bila cheese mula mencair. Di sinilah susu Dutch Lady tadi memainkan peranan. Masukkan baki susu sedikit demi sedikit hingga cheese cair dan adunan tidak terlalu melekit.

4. Siap! Beginilah rupa homemade Macaroni Cheese yang siap dimasak.

Tips: Kalau nak rasa cheese yang lebih, tambahkan kepingan cheese.

Mudahkan? Hani cukup suka dengan macaroni cheese ni. Abang dia jangan cakaplah… Mak dia pula tumpang sekaki..he he.

Selamat mencuba!

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Makan-Makan Tagged With: cheesy macaroni, keju macaroni, macaroni cheese, resepi macaroni cheese, resepi mudah

Comments

  1. Kisah si Dairy

    14 May 2015 at 8:40 am

    boleh la buatkan awfiyah macaroni cheese ni.selalu buatkan dia sup macaroni je..

    Reply
    • ctfand

      14 May 2015 at 8:41 am

      Haa..awfiyah mesti suka nanti…

      Reply
    • Farha

      29 July 2016 at 3:22 pm

      AS SALAM nak tanya susu kotak tu, yg besar or kotak kecik ?

      Reply
      • ctfand

        29 July 2016 at 3:25 pm

        Pakai yg kecik je utk basahkan macaroni atau supaya tak melekit sangat..

        Reply
  2. Anuar

    14 May 2015 at 3:33 pm

    Tengok sis masak nampak macam mudah jer… Tapi tak saya belum pernah buat lagi… Jadi tak tahulan hasilnya nanti, sama macam ni ataupun tidak…

    Reply
    • ctfand

      14 May 2015 at 3:53 pm

      Takpe..practice makes perfect..he he

      Reply
  3. Imaa

    15 May 2015 at 4:35 pm

    Wah sedapnyaaa..nanti nak try…tenkiu for resepi… ๐Ÿ™‚

    Reply
    • ctfand

      15 May 2015 at 8:07 pm

      Terima kasih..cubalah..

      Reply
  4. titan

    21 May 2015 at 9:18 am

    tak biasa makang makaroni ni.

    tak tahu kenapa tak leh terima tekak ni. haha..

    Reply
    • ctfand

      22 May 2015 at 9:58 pm

      Ye ke tak biasa..haha

      Reply
      • titan

        24 May 2015 at 7:43 pm

        tak biasa.

        kalau kambing bakar ka..lembu bakar ka..daging kobe grill ka..lamb chop ka..lamb ribs ka..

        itu biasalah.

        Reply
      • Nurhaziqah

        6 January 2017 at 1:17 am

        Nice Sharing sis..?x sbar nak cube… hehe.. btw sis nak tnye kalau ikot resepi ni.. untk berape org mkn ye?

        Reply
        • ctfand

          11 January 2017 at 11:42 pm

          2 orang besar 2 budak kecik.. ๐Ÿ™‚

          Reply
  5. muliani

    30 May 2015 at 6:55 pm

    wahh makaroni and cheese.. mmg bestt hehe

    Reply
  6. Ros

    9 June 2015 at 1:12 pm

    sedap kali ya?

    Reply
  7. Mama-Bella

    12 August 2015 at 5:01 pm

    Mohon share ye sis..tq???

    Reply
    • ctfand

      12 August 2015 at 5:03 pm

      Boleh…terima kasih..

      Reply
  8. nisah

    27 November 2015 at 7:15 am

    boleh cuba nampak macam sedap je……..kalau tak jadi tu tak tahu latu

    Reply
    • ctfand

      27 November 2015 at 7:31 am

      Cuba je..ubahsuai sikit2… ๐Ÿ™‚

      Reply
  9. Mummy Adam

    6 March 2016 at 7:46 am

    Susu kotak tu yg 1litre ke sis? Maaf baru nk belajar western..

    Reply
    • ctfand

      6 March 2016 at 9:05 am

      Ye..tapi tak adalah pakai semua. Agak2 untuk melembabkan dan bagi rasa pada macaroni saja.

      Reply
    • ctfand

      24 March 2016 at 3:25 pm

      Minta maaf..susu kotak 250ml sebenarnya..yg saiz kecil. Pakai semua atau separuh bergantung kpd tekstur macaroni yg diminati..

      Reply
  10. Neeta

    24 March 2016 at 2:07 pm

    Tumpang tanya kak. Susu yang akak guna tu kotak besar or kecil.?

    Reply
    • Neeta

      24 March 2016 at 2:09 pm

      Sory kak. Kat atas akak dah jawab. Hehe saya tak perasan

      Reply
      • ctfand

        24 March 2016 at 2:52 pm

        Ok.. :))

        Reply
      • ctfand

        24 March 2016 at 3:27 pm

        Rujuk reply terbaru ye.. ;))

        Reply
  11. rozini

    24 July 2016 at 8:26 pm

    kak kalau x guna susu ducth lady boleh dak ?

    Reply
    • ctfand

      24 July 2016 at 8:29 pm

      Boleh je..pakai susu lain, ikut kreativiti dan selera.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  12. Fathin Farhana

    25 September 2016 at 12:05 am

    Mcm mne nk bg dye nmpk creamy?

    Reply
    • ctfand

      25 September 2016 at 12:07 am

      Lebih cheese dan susu.

      Reply
  13. Malaysia Sentral

    28 October 2016 at 1:35 pm

    nk kena try gak ni, tq share resepi ek

    Reply
  14. erysya yanna

    24 April 2017 at 4:09 pm

    Sis,nk tnye sukatan untuk makaroni tuu besar cawan rm2 tuu ker atau cawan air yg rm1 tuu…i mean cawan mane yg nak gune untuk 2 cup yg di mksdkn tuu…?

    Reply
    • ctfand

      24 April 2017 at 4:12 pm

      Alamak. Tak sure kalau saiz rm. tapi cup standard size, tak kecik dan tak besar macam mug. Anggaran cup 180-210ml (6-7 oz/auns).

      Reply
  15. mrhanafi

    27 April 2017 at 11:17 am

    rasa macaroni macam kuay tiaw juga kan..

    jarang ada peluang untuk makan benda nie

    Reply
    • ctfand

      27 April 2017 at 11:38 am

      Ya..lebih kurang..

      Reply
  16. Dalili

    9 May 2017 at 7:36 pm

    assalamualaikum..nak tanya..susu pekat tu susu jenis apa ye?

    Reply
    • ctfand

      11 May 2017 at 11:10 am

      Apa-apa jenama saja puan, F&N ke, Marigold ke, dan lain-lain.

      Reply
      • Nurdalili Sharifuddin

        11 May 2017 at 12:50 pm

        Owh..maksudnye susu pekat manis ye..ok terima kasih ๐Ÿ˜Š

        Reply
  17. syaa๐Ÿ˜›

    21 May 2017 at 2:56 pm

    Nak tanye susu manis tu agak agak brape sudu ye?..๐Ÿ˜•

    Reply
    • ctfand

      21 May 2017 at 3:38 pm

      Sebenarnya terpulang kepada rasa masing2. 1 table spoon dah cukup. Kalau nak manis lagi, tambah ikut citarasa.. Jangan tension-tension๐Ÿ˜‚

      Reply
      • ctfand

        21 May 2017 at 3:43 pm

        Oh..btw, kat atas tu sy dah sebut berapa sudu nak letak..

        Reply
  18. ain

    8 July 2017 at 6:56 pm

    lepas dah rebus makaroni tu, kena tos dulu ke atau boleh guna air rebusan tu untuk buat kuah cheese tu?

    Reply
    • ctfand

      8 July 2017 at 7:01 pm

      Tos dulu

      Reply
  19. liya

    25 October 2017 at 4:34 pm

    assalam. nk tanya macaroni cheese kt krr tu kan kaler kuning camner nk buat jd kaler mcm tu eh? lebih cheese ker? anak saya cukup suka mkn itu jer dah kenyang. maknya lah kene habiskan ayam krr tu

    Reply
    • ctfand

      14 December 2017 at 10:43 pm

      yang tu kalau tak silap saya mereka adun serbuk cheese dan beberapa bahan lain. try google, rasa macam pernah terbaca resepi macaroni cheese ala kenny rogers tu..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com ยท Sitemap ยท Powered by WordPress ยท Built on Genesis Framework

%d