Awas: Graphic Content! Jangan baca semasa anda sedang makan..takut hilang selera nanti.
Cuak jugak berdepan dengan situasi anak berkudis sampai dijangkiti kuman. Hani sampai dapat mild fever sebab kudis dikaki dia hari tu.
Disebabkan alergik kepada gigitan serangga, Hani akan mengalami gatal yang melampau (severe itchiness) bila dia digigit nyamuk. Bila macam tu, Hani akan garu kesan gigitan nyamuk tadi sampai luka. Luka yang terdedah inilah bila lambat dirawat, atau tak perasan, boleh dijangkiti kuman dan membengkak.
Ceritanya macam ni. Satu hari Sabtu tu, selepas aku mandikan Hani pada waktu pagi, aku perasan yang suhu badan Hani panas sedikit. Aku hairan sebab Hani tak batuk atau selsema, gusi dia okay. Kemudian aku pun buat inspection kat badan dia.
Rupanya, luka kecil di kaki Hani yang aku nampak pada hari Khamis sebelum tu dah membesar, bengkak dan dah mula bernanah. Sekitar kulit juga dah kemerahan. Ini menandakan yang kudis Hani tu dah dijangkiti kuman dan mula merebak. Sebab itulah sistem pertahanan tubuh Hani diaktifkan melalui demam.
Sebelum aku bercerita lebih lanjut, demam panas sebenarnya menunjukkan antibodi semulajadi badan kita sedang menyerang kuman atau bakteria. Itulah kebaikan demam. Menandakan sistem pertahanan tubuh kita masih aktif. Tapi, jangan dibiar pula demam tu. Kenalah kawal suhu badan supaya tidak melonjak naik.
Sambung cerita. Bila dah macam tu..aku agak panik juga mula-mula. Tiada pengalaman kaki anak berkudis sampai infection ni. Kimi dan arwah Yanie dulu tak pernah kena.
Akupun mula mencari maklumat diinternet tentang cara untuk merawat kudis yang dah infected.
Jadi hasilnya, begini cara rawatan yang aku jumpa untuk merawat dan meredakan jangkitan kuman pada kudis Hani:
1) Kaedah Rendaman Air Suam:
Untuk kudis yang terbuka (luka) yang dah dijangkiti kuman, kaedah pembersihan yang betul adalah sangat penting untuk proses penyembuhan.
Mula-mula, lalukan kudis yang dah infected tadi pada air paip dalam 2-3 minit. Lepas tu, basahkan kapas dengan air suam dan tempekkan pada kudis selama 15 hingga 20 minit. Ataupun, boleh juga kalau anda nak rendam kawasan berkudis tadi di dalam air suam, dalam tempoh 15 hingga 20 minit. Lakukan aktiviti rendaman air suam ini sebanyak 3 kali sehari.
Berdasarkan pembacaan aku, kaedah ini bertujuan untuk:
- melembutkan kawasan kudis supaya senang dibersihkan (dressing)
- mengaktifkan atau merangsang antibodi di kawasan kudis untuk aktif. Kiranya macam untuk menghantar “signal” kepada antibodi yang ada kudis perlu diberi perhatian di situ..gitu.
2) Ubat antiseptic Povidone iodine
Sesudah tu, aku sapukan ubat povidone iodine ini untuk membunuh kuman pada kudis dan sekitar kudis. Sapukan bukan saja di kawasan terdedah, tapi juga di kawasan yang dah dijangkiti kuman, iaitu pada kulit yang nampak kemerahan dan bengkak.
Povidone iodine ni adalah cecair antiseptik berwarna kuning yang biasa digunakan oleh doktor sebelum pembedahan. Biasanya ia digunakan untuk membersihkan kulit pesakit sebelum pembedahan dibuat.
2) Tutup kudis untuk elak terdedah
Sesudah ubat disapu, tutupkan kudis dengan pembalut “boleh bernafas” untuk menggalakkan peredaran udara. Kalau udara terkurung, nanti kawasan kudis tu lembab atau berpeluh, yang menjadi kegemaran bakteria untuk membiak.
Dalam kes Hani, cuma 2 hari aku balut kudis tu hanya sebab nak elakkan dia garu. Selepas dah nampak sedikit kering, aku tak balut lagi, cuma kerap sapukan povidone iodine tadi dan pakaikan Hani seluar panjang untuk elakkan kawasan kudis terdedah dan untuk mengelakkan Hani garu.
Bila bengkak dah nampak reda, aku gunakan krim antibiotik Foban pada kudis Hani.
Kekerapan sapuan ubat adalah bergantung. Lagi kerap lagi bagus. Nampak kering atau hilang je krim antikuman atau antibiotik, letak lagi.
Alhamdulillah, selepas rawatan pada hari pertama aku buat, Hani dah tak demam, dan kudis terus menyusut, mengecil dan mengering, serta tak bengkak lagi.
Dalam hari keempat, jangkitan kuman pada kudis Hani berjaya dikawal sepenuhnya..tiada lagi cecair kekuningan atau nanah yang keluar dari kudis, sampailah kudis mengering sepenuhnya pada hari ketujuh. Lama jugak ye.
Alhamdulillah usaha berjaya dan kudis Hani tak merebak teruk.
Untuk kali itu juga, Hani hanya dirawat dirumah tanpa perlu dibawa berjumpa doktor..
Tapi, kalau masa tu keadaan kudis makin bertambah teruk dan demam tak turun, memang akan dirujuk ke doktor juga..
Demikianlah pengalaman aku handle kudis dikaki Hani yang dah dijangkiti kuman ….
*Pesanan penting: Jika anak anda berumur setahun ke bawah, dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan ubatan yang dinyatakan di atas.
niesa
alahai..kesian hani..nasib baik dh sembuh..ibu2 kat lua sana boleh lah take note kan.. 😀
ctfand
He he..betul tu niesa.. 🙂
blogger lelaki
kena salin nama ubat ni nanti senang nak gi beli dekat farmasi nanti..hu3
ctfand
betul tuan..terima kasih..
yana
salam, kak, povidone iodine tu sama dgn ubat kuning yg kt first aid tu tak ?
ctfand
Ha..dia la tu.. 🙂
yana
ohhh, ok kak…noted
ivan
terimakasih buat infonya..sangat bermanfaat buat saya..saya juga penderita dan saya sudah berangsur sembuh…
as
anak saya kena enzema.. daripada kecil kudis nya merebak ke kawasan kulit yang lain.. pergi farmasi disarankan krim econozine + foban krim… campur skali pastu sapu kawasan yang berkudis.. Alhamdulillah cepat kering dan baik… kena rajin sapu krim..
ctfand
Alhamdulillah. Moga anak puan sihat selalu..
asha
sangat membantu.. anak sy mengalami keadaan y sama.. kiulit sensitif.. tq ats info nie..
ctfand
Sama-sama.. kalau teruk, make sure bawak jumpa doktor ya