Masalah hidung tersumbat di kalangan bayi berlaku bila bayi diserang selsema, atau flu. Ini boleh menyebabkan bayi sukar bernafas yang seterusnya membuatkan bayi sukar menyusu atau makan. Bila dah macam tu, mestilah meragam si bayi comel kita kan..
Hidung tersumbat ni juga selalunya sepakej dengan bayi yang batuk-batuk. Dan ia lebih teruk pada bayi yang batuk berkahak, macam yang pernah berlaku pada Hani.
Ada banyak cara untuk melegakan hidung tersumbat di kalangan bayi. Samada cara tradisional ataupun menggunakan ubatan moden.
Cara tradisional yang biasa kita dengar adalah menyapukan kunyit pada pangkal hidung bayi, atau memberikan bayi menghidu wap air panas (hati-hati ye) yang diletakkan minyak tertentu dan bawang putih.
Yang aku nak kongsikan panjang lebar di sini adalah ubatan moden yang dipreskripsi Doktor untuk melegakan hidung tersumbat di kalangan bayi.
Cecair Iliadin Decongestant Nasal Drop For Infants
Cecair Iliadin ini tiada bau dan tiada rasa. Ia memang dirumus khas untuk bayi yang berumur di antara 1 bulan hingga 1 tahun. Boleh dikatakan, cecair ini adalah yang menjadi pilihan dan disarankan para doktor untuk melegakan hidung tersumbat di kalangan bayi.
Cara Penggunaan
Penggunaan cecair Iliadin ini sangat mudah. Caranya adalah, pastikan bayi dalam kedudukan berbaring (dengan bantal di kepala pun tak apa), dan halakan muncung Iliadin ke dalam nostril bayi (agak-agak cecair boleh masuk je), kemudian tekan ย atau picit botol Iliadin seperti kita menekan picagari atau syringe. Senang saja.
Yang tak senang tu adalah bila bayi meronta atau memalingkan kepala kerana nak mengelakkan cecair dimasukkan dalam hidung mereka..he he.
Picit satu kali pada setiap nostril / lubang hidung bayi.
Penting untuk diingati bahawa penggunaan cecair ini hendaklah tidak lebih dari 5 hari. Takut nanti ada kesan sampingan atau bayi kena bergantung sepenuhnya pada bahan ini untuk membuang hingus..
Untuk bacaan lanjut mengenai cecair Iliadin ini, anda boleh masuk ke laman web Our Health Mart ini. (*Website tu memang menjual Iliadin..tapi entri ni bukan promosi. Apa yang nak ditunjukkan adalah maklumat terperinci mengenai Iliadin ini.)
Kebiasaannya, beberapa ketika iaitu antara 5 hingga 10 minit selepas hidung bayi diletakkan cecair Iliadin ini, hingus atau mucus pekat yang menyumbat hidung bayi akan cair.
Kalau bayi dah boleh duduk, hingus atau mucus akan mengalir keluar, tapi tak semua. Malah,ย bagi bayi yang masih belum pandai duduk, kita kena usahakan agar hingus atau mukus tadi keluar.
Kaedah memicit lembut hidung bayi untuk mengeluarkan hingus atau mukus boleh membantu tapi tidak sepenuhnya.
Oleh itu, disarankan agar ibu bapa mempunyai nasal aspirator syringe atau nose bulb seperti di bawah ini. Alat ini sangat berguna untuk membantu mengeluarkan hingus atau mukus pekat pada hidung bayi.
Nose bulb yang aku gunakan ini adalah dari jenama Anakku. Sangat-sangat membantu bila Hani selsema.ย Nose bulb ini juga senang dibersihkan. Hanya pisahkan 2 bahagian nose bulb, basuh dengan sabun dan keringkan untuk penggunaan seterusnya.
Sebenarnya di pasaran terdapat pelbagai jenis lagi nasal aspirator yang ada. Ada yang memerlukan kita hisap pada penghujung tiub nasal aspirator atau ada juga yang didatangkan dengan muncung yang panjang. Pilih saja mana yang kita berkenan atau selesa penggunaannya.
Cara Penggunaan Nasal Aspirator / Nose Bulb
Jika anda memilih untuk menggunakan nasal aspirator seperti yang aku gunakan di atas tu, picit terlebih dahulu nose bulb untuk mengeluarkan semua angin di dalamnya.
Kemudian masukkan ke dalam nostril / lubang hidung bayi, serentak dengan itu tangan sebelah menutup nostril bayi lagi satu, dan lepaskan picitan atau tekanan pada nose bulb. Anda akan dengar bunyi nose bulb menarik hingus bayi, yang bunyinya sama seperti bunyi orang dewasa membuang hingus!
Lakukan ini dengan pantas untuk mengelakkan bayi meronta.
Ulang hingga hingus berjaya dikeluarkan atau hingga agak-agak bayi selesa untuk bernafas.
Jangan keringkan sepenuhnya hidung bayi sebab cecair dalam hidung juga perlu untuk melindungi hidung bayi dari terlalu kering. Ia juga sebagai lapisan semulajadi untuk memerangkap debu halus dan untuk menghalang jangkitan kuman. Lagi satu, kalau terlalu kering takut hidung bayi jadi pedih, luka dan berdarah..
Demikian perkongsian kali ini. Perkongsian ini semestinya dari pengalaman aku sendiri. Di harap kita sama-sama mendapat manfaat darinya.. ๐
Baca juga ubat untuk mengatasi alahan di sini.
Kisah si Dairy
lepas nie takde masalah la kan kalau hidung bayi tersumbat
ctfand
Betul..ada penyelesaiannya..
Hero Borneo
memang berbahaya dan anak kecil juga tidak selesa jika hidung mereka asyik tersumbat!
ctfand
Kita pun pening kalau anak2 meragam
Norhasniza Khalid
yang gambar atas sekali tu bagus, doktor pun syorkan yang itu…
ctfand
Masa Hani baru saya kenal benda ni.. ๐
Sweet Amanee
Selalunya kalau baby kami selsema, kami akan sedut sendiri guna mulut pada hidung baby. Ada juga cuba guna Nasal Aspirator tapi tak boleh sebab baby lasak . meronta-ronta. Alhamdullillah, baby jarang terkena selsema.
ctfand
Bergantung kepada mana yg mudah dan yg kita selesa.. ๐
puanbee
haa puas hati hehe … saya bertuah sebab anak jarang sangat demam …
ctfand
Alhamdulillah… Tahniah puan bee. Mesti ada tipsnya.. ๐
Helmi Aliarit
Buat masa ni tak pernah lagi guna ubat-ubat macam ni… Insya-Allah lepas ni boleh cuba sebagai ikhtiar.
musadun
selalu nampak ibu-ibu guna ubat yang namanya “vicks” tu..
Noraizah mohd
selsema memang haru kalau anak kene , sebab derang tak reti nak hembus kan .. sebab risau , kita terpaksa guna penyedut untuk keluarkan .
ctfand
Betul tu..nanti dia nak makan, menyusu atau nak tido semu susah.
Ira
Tq for the tips?
ctfand
Sama-sama…
Farhana
Yup.Ubat ini memang sangat berkesan untuk mencairkan selsema. Tambah2 kalau selsema anak tu pekat. Klinik yang saya pergi juga recommendkan ubat ini.
ctfand
Saya masuk anak ketiga baru kenal iliadin ni..
Wani
Assalam. Tadi br beli iliadin ni. Tp cemana nk bukak ek? Bukak tutup kaler ijau tu, tp cecair tak keluar pon. Tekan2 yang macam pocagari tu stil takde cecair keluar. Acaner nak pakai sebenarnye? Please help
ctfand
Bukak penutup hijau, halakan muncung iliadin ke bawah, macam nak suntik kat lengan dan picit2 (iaitu tekan bawah botol seperti picagari) sampai cecair keluar. Kadangkala cecair lambat keluar sampailah beberapa kali cuba.
Wani
Owh..okok. thx. Da bole da. Rase nak ketuk2 pale seniri sebab kurang bijak. Lahaii
ctfand
Eh..Tak mngapa.. Biasala tu. Sayapun mula2 pakai tak reti sangat.. ๐ Moga anak cepat sembuh ye.. ๐
yatiesalleh
Dkt farmasi ada jual x bnd tu?
ctfand
Saya kurang pasti, sebab saya saya dapat dulu pun diprescribe oleh doktor. Yatie boleh cuba tanya farmasi, kalau ada minta mereka explain cara dan tempoh penggunaan.
Redha
Sy baca artikel ni sbb nak tau cara guna iliadin. Memang kena tebuk lubang sendiri ke botol nya? Puas picit2 pump2 x ada air pun keluar. ๐๐๐
ctfand
Slow dan steady..mula2 pakai mmg ubat tu tak keluar..buat lama sikit.. Pegang macam pegang picagari/syringe untuk injection tu..
Ummi adam
Berapa kali sehari pakai iliadin ni?
ctfand
2 hingga 3 kali sehari. Spray 1-2 kali pada setiap nostril anak. Tapi, kalau keadaan teruk atau membimbangkan mengikut naluri puan, eloklah bawak anak berjumpa doktor utk pemeriksaan lanjut dan dapatkan advice.
jamaliah
risau bila anak selsema ni.malam mesti takleh tido
Fisya
Penyedut hingus memang wajib ada kt rumah kalau ada baby.Kesian kalau baby selsema.Mesti meragam je