Asalnya entri ini aku nak berkongsi pengalaman aku semasa mula-mula berpindah dari Blogger / Blogspot ke WordPress Self Hosting, pada 2 Januari 2014 lepas. Tapi sebelum ke situ, aku rasakan yang aku perlu berkongsi sedikit mengenai apa itu WordPress self hosting berdasarkan pemahaman aku yang tak seberapa ni. Niat aku adalah sekurang-kurangnya dapat memberikan gambaran dan berkongsi maklumat dengan sesiapa yang terniat untuk bertukar dari Blogger ke WordPress atau mungkin tertanya-tanya apa itu WordPress. Kalau ada kenyataan yang salah, mohon dibetulkan..
WordPress ada dua jenis, satu WordPress.Com dan satu lagi WordPress.Org. WordPress.com pula terdapat 2 versi, iaitu versi percuma seperti blogger dan kedua, versi upgrade atau berbayar tetapi kuasa modifikasi yang masih terhad.
WordPress Self Hosting yang dibawakan oleh WordPress.org adalah di mana kita sebagai pemilik blog bebas mengendalikan atau me’modifikasi blog mengikut apa yang kita mahu. Di sini, kita bertanggungjawab seratus peratus ke atas semua perkara, antaranya seperti berikut:
- Hosting – Host atau platform untuk meletakkan semua data blog termasuklah bandwidth dan diskspace. Kita perlu membuat pilihan hosting yang dirasakan sesuai dengan citarasa dan kemampuan berblog masing-masing. Contoh pembekal hosting ialah NetKL, Exabytes, BlueHost dan ServerFreak. Jangan salah faham, jika anda membeli domain di Blogger / Blogspot, maknanya Hosting blog masih lagi di bawah Blogspot yang merupakan milik Google.
- Keselamatan / Security – wordpress adalah antara platform yang menjadi kegemaran para hackers dan kerap menjadi sasaran hacking. Jadi kena banyak mencari dan mengkaji macamana hendak meminimumkan ancaman terhadap keselamatan blog.
- Bandwidth – kadar trafik yang keluar masuk ke blog memerlukan bandwidth. Jika bandwidth terlebih limit, maka blog tidak akan boleh di layari / di akses sehingga bandwidth diperbaharui secara automatik pada bulan berikutnya. Kadar bandwidth biasanya dipakejkan di dalam hosting.
- Disk space – adalah kadar memori atau storage yang digunakan dalam blog kita yang dikira pada kandungan data blog seperti artikel, gambar, video, mp3 dan sebagainya. Diskspace juga dipakejkan sekali di dalam pembelian hosting.
- Penampilan blog – contohnya pemasangan tema / theme dan plugin. Di Blogger, tema adalah template dan plugin adalah widget/gadget. Salah plugin, plugin yang tidak up to date atau terlalu banyak plugin atau juga pemakaian tema yang tak tepat boleh membuatkan blog jadi berat. Selain itu ia juga boleh jadi “lubuk” penggodam untuk memecah masuk blog. Ibarat kata otai, boleh di inject. Jadi perkara ini perlu dipantau ketat oleh kita sendiri.
- Bayaran Sewaan – iaitu bayaran yang perlu dikeluarkan untuk menyewa hosting tadi.
Ini adalah 6 perkara utama ini semua perlu dikawal sendiri oleh kita jika bertukar ke WordPress Self Hosting. 100% perlu dibuat sendiri. Kiranya kita mempunyai kuasa mutlak ke atas semua perkara. Tapi, kalau tak mampu nak buat sendiri, ada saja pakar yang menawarkan khidmat penyelenggaraan WordPress Self Hosting pada kadar bayaran yang munasabah.
Setakat ini saja yang aku boleh huraikan. Mungkin sebab aku pun kurang ilmu serta kepakaran tentang perkara ini. Sekadar berkongsi apa yang telah aku lalui dan fahami melalui pembacaan. Ada banyak perkara lagi yang perlu diketahui sebenarnya, seperti CPanel, apa itu .htcaccess, PHP, child theme dan keperluannya dan macam-macam lagi. Memang 180 darjah perbezaan dengan blogspot..
InsyaAllah, akan datang aku ingin berkongsi perkara-perkara yang perlu sedia dihadapi semasa berpindah dari Blogger ke WordPress Self Hosting. Terima kasih kerana sudi membaca.
Mizz Aiza
aiza kurang faham mengenai wordpress.. apa kelebihannya berbanding blogspot? kadar bayarannya berapa untuk sekali self hosting tu?
ctfand
Kelebihan utama wordpress (wp) selfhosting ni adalah “keempunyaan” atau hak milik yg 100% milik kita..insyaAllah kalau sy dah rasa yakin sikit, sy nak berkongsi juga ttg perkara ni nt. Kadar bayaran selfhosting pula bergantung kpd kapasiti diskspace dan bwidth, dan juga kemudahan lain yg di tawarkan di dalam satu2 pakej. Sy ambil contoh netkl, pakej paling murah rm60 setahun, dengan free domain, tp kapasiti data dan storage agak kecil. Ada juga pakej yg mencecah rm450 setahun, dgn kapasiti storage dan bwidth yang besar dan pelbagai tawaran sampingan menarik yg lain.
niesa
kalau guna wordpress xde problem ke kak?kiranya kalau wordpress blakang kita pnya link .com la kan?mmg kurang ilmu sikit pasal wordpress ni…
isi tabung akak..ada mcd klua..heee
ctfand
problem mmg sentiasa ada, niesa.. asalkan kita byk bertanya dgn mereka yg berpengalaman, atau banyak cari jawapan dr google..insyaAllah problem bole dikurangkan atau ditiadakan terus… 🙂
yang jadi “.com” tu tak semestinya di wordpress. di blogspot pun boleh, tetapi masih memakai hosting blogspot milik Google. ada opsyen yang bolehkan kita beli domain “.com” tu di blogspot.
mcm akak ni, akak beli hosting dan percuma domain (ctfand.com), kemudian akak pakai wordpress.org sebagai platform untuk memaparkan blog akak di internet..bahasa ITnya dipanggil ‘content management systems”..hah lagi pening. hihi. selain wordpress, CMS lain yang biasa dipakai untuk memaparkan web di internet ialah Drupal dan Joomla..
apapun, memang perlukan persediaan mental dan fizikal bila berpindah dari blogspot ke wordpress self hosting. kenapa…? insyaAllah akak share dalam entri lain..
ema
ema pun baru belajar..masih blur lagi tentang wp ni…
ctfand
tak pe sis..kita sama-sama belajar… 🙂
cik lisa
pewit pewit! 21/2/2014 sudah bertukar pada WordPress sepenuhnya, hehe..
ctfand
tahniah dan selamat maju jaya di WordPress.. 🙂
Entri Popular
saya suka perkongsian ini..terima kasih!
Nuri S Joseph
saya dari Indonesia, salam kenal.
sudah lama saya kenal WordPress, biasanya menggunakan blogspot. tapi baru sekarang saya memilih untuk beralih ke WordPress. sebab bagi saya sekarang WordPress lebih menarik, hanya saja saya harus mempelajari tips dan trik nya lagi dari awal.
permisi anti, saya mau tanya bagaimana cara import artikel lama ke akun baru via apps?
mohon bimbinganya, terima kasih ?
ctfand
Salam kenal. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini..
Untuk import artikel lama dari blogspot ke WordPress, saya menggunakan plugin Blogger To WordPress dari rtcamp.com. Buat saja carian atas nama plugin ini. Moga berhasil.. 🙂