Seperti di dalam entri Kisah Kelahiran Hakimi, aku ada sebutkan yang aku ada beberapa pengalaman menarik semasa mengandung dan selepas aku bersalin Hakimi. Kisah kali ini berlaku semasa aku mengandung Hakimi 8 bulan. Kisah ini sebenarnya pernah aku kongsikan di board Misteri, Paranormal dan Sakti (MPS), di Forum Cari / Cari Forum dan mendapat pelbagai respon dari warga forum dan bod MPS..termasuklah forumner yang terbilang, encik Ashna..hehe. Sapa2 kaki Forum Cari taula dia ni.
Kisah ini berlaku pada 13 Disember 2007, masa tu malam Jumaat. Lepas solat maghrib, aku dan suami bergerak dari rumah untuk makan kat restoran. Sampai di destinasi yang dituju, kami terpaksa parking kereta agak jauh dari restoran sebab parking kereta dah penuh. Lot kedai tempat lokasi restoran ini sebenarnya panjang, dan terbahagi kepada 2 blok. Parking kereta di tengah-tengah dua blok bangunan tu, tapi ke belakang sikit. Harap korang boleh dapat gambaran. Dihujung blok bangunan sebelah tu pulak ada jugak satu restoran makanan Cina. Dan ada beberapa ekor anjing, tak sure liar ke bertuan, yang tengah melepak-lepak di tepi-tepi restoran tu. Untuk ke restoran yang kami nak pergi, memang kena lalu tepi restoran makanan Cina ni.
Dipendekkan cerita, selesai makan, aku dan suami pun melangkah macam biasa nak ke parking kereta, sambil kami bercerita-cerita. Tiba-tiba..ada 2 ekor anjing tadi ni yang pada mulanya aku nampak ‘lepak-lepak sambil rilek-rilek’ dekat restoran makanan Cina kat blok bangunan sebelah tadi menyalak garang ke arah aku dan suami. Mula-mula tu aku buat relaks je. Aku dan suami berhenti melangkah untuk tunggu anjing-anjing tu cooldown.
Lepas dah berenti menyalak tu, aku dan suami melangkah lagi. Kali ni anjing-anjing tu memang berubah ganas, sangat garang dan nampak macam nak terkam kami. Aku terus rasa lain macam masa tu. Aku berhenti melangkah. Suami pula meneruskan langkah, dah 1 meter di depan meninggalkan aku. Aku pun cuba melangkah lagi untuk mengikut suami. Bila aku bergerak je, anjing-anjing tu jadi buas, menyalak-nyalak pada aku. Yang hairannya, masa suami aku lalu, diorang macam tak nampak je. Tapi bila nampak je aku nak mengorak langkah, anjing-anjing tu memang nampak sangat nak terkam aku Akhirnya, aku patah balik ke blok sebelah. Aku bagi signal kat suami supaya teruskan ke parking untuk ambil kereta dan aku tunggu kat depan restoran tempat kami makan tadi.
Masa dalam kereta, suami aku bagitau yang dia pelik sesangat..hairan. dia kata, tak pernah2 jumpe anjing garang gile macam tadi tu. Dia bagi tau lagi yang memang nampak sangat yg anjing tu mmg nak terkam aku dah. Lepas tu, kami terdiam sejenak..layan fikiran masing-masing. Tetiba, suami aku kata..”ada apa2 ke ngan baby kita??” Aku terkedu kejap..dalam hati aku.. “ada kena mengena ngan baby aku ni ke??
Sampai rumah, selepas solat Isyak, aku terus baca yasin dan doa minta aku baby aku dijauhkan dari sebarang musibah. Alhamdulillah, sampai melahirkan Hakimi, tiada sebarang perkara buruk berlaku.
Sampai sekarang, kalau aku teringat balik kisah ni, aku masih sangat-sangat pelik… Apa yang anjing-anjing tu nampak kat aku sampai nak terkam aku pun aku tak tau. Atau ada benda mengikut aku kot. Maklumlah..tengah pregnant..maghrib pulak tu. Aku pulak masa keluar tu tak baca apa-apa doa yang patut..hmm.
Sekian perkongsian pengalaman kali ini..
orang kata kalau perempuan mengandung ni, bau dia harum sampai dua tiga bukit, makhluk makhluk yang kita tak nampak pun suka mendekati kita, memang kena banyak doa & baca surah surah yassin… kak ipar lisa dulu pun ada juga kejadian pelik macam ni, sama-sama berhati-hatilah kan, ewah! 😀
Betul tu Lisa..wallahu a’lam..
patut la. akak keluar waktu maghrib rupanya. saya pernah buat research sikit. kalau anjing bertindak macam akak ceritakan tu, jerit “Qitmir”. insyaAllah dorang (anjing) takkan kacau. mungkin juga ada benda yang tak patut mengikut. waktu maghrib kan.
Oh..insyaAllah dipraktikkan kalau berlaku lagi di masa hadapan. Biasanya, akak amalkan ayat dr surah al-Baqarah..bunyi dlm rumi lebih kurang mcm ni “thummun, bukmun ‘umyun fahum laa yarji’uun..”. Wallahu’alam..
Terima kasi sudi tgglkan komen.. 🙂
Memang x elok keluar waktu maghrib kalau orang pregnant ni… Time nrl pregnant yang sulung, dok kat rumah mertua… mertua mmg x bg keluar langsung time nak senja ke malam tu… kecuali kalau ada emergency… katanya takut ada yang mengikut… 🙂
Betul nurul… Pengajaran.. Skg ni pun mmg tak nak keluar masa maghrib dgn baby hani.. Thx ye..