Gambar di atas ini adalah gambar Kimi, beberapa ketika selepas dilahirkan pada 22 Januari 2008, jam 6.30 petang. Kimi lahir setelah 10 jam aku menahan kesakitan. Maklumlah anak sulung..memang lama sikit nak keluar katanya.. 🙂
Aku bersalin di Hospital Umum Sarawak. Aku masa tu kerja kat Kuching, Sarawak. Ada aku ceritakan di entri pengalaman aku dengan Maxis/Hotlink dan Digi.
Tarikh due aku sebenarnya adalah pada 31 Januari 2008. Tapi, aku bersalin awal dari tarikh yang dijangkakan. Nasib baik semua persiapan dah aku sediakan lebih awal. Mana tidaknya, hanya aku dan suami saja di Kuching masa tu dan tiada saudara mara.
Kebetulan pada 22 Januari 2008 tu, keluarga suami aku datang melawat dari Sabah. Perancangan Allah di situ.. 🙂 Aku ingat lagi, sehari sebelum bersalin tu, pada Hari Jumaat (21 Januari) aku cuti rehat sebab nak buat persiapan untuk menyambut keluarga suami, iaitu mak mertua, bapak mertua, kakak ipar dengan anaknya dan adik ipar. Sempat lagi aku pergi shopping pada petang Jumaat tu. Tapi memang tak larat dah la. Ada jugak rasa braxton hicks sekali-sekala.
Subuh 22 Januari 2008, hari Sabtu, aku nak menunaikan solat Subuh. Masa membersihkan diri, ada cecair dan darah keluar. Apa lagi..aku mula-mula rasa panik jugak. Ye lah..aku dengan suami je masa tu. Tapi, rasa panik tu tenggelam dengan excited untuk menyambut anak pertama. Kami pun bergegas ke hospital.
Kat Hospital, macam biasalah..aku disiapkan untuk bersalin. Samala macam prosedur yang aku cerita dekat pengalaman bersalin di Hospital Putrajaya tu. Keluarga suami sampai dalam jam 12 tengahari. Memang sangat-sangat tak sangka nak bersalin masa keluarga suami ada.
Lama jugak ok..aku bersalin Kimi. Sakit toksah cakap. Aku pun tak tau apa-apa. Normal lagi. Hanya doa dan tawakkal je. Jauh beza masa aku bersalin arwah Yanie dan Baby Hani. Yang gegirl berdua tu mudahhh sangat…alhamdulillah.. 🙂
Tepat jam 6.30 petang lahirlah Kimi..sempat aku ambil gambar kat atas tu. Masa tu pakai Nokia N73 lagi..nasib baik gambar clear..hihi.
Lepas dah bersalin, aku dan Kimi stay dalam 3/4 hari jugak kat hospital sebab Kimi tertelan air ketuban. Kesian dia..muntah berlendir. Selang beberapa hari baru kami dibenarkan balik..dan aku pun memulakan pantang 60 hari (masa tu) di rumah, di Kuching, Sarawak, dekat area Batu Kawa. Sapa orang Sarawak atau yang pernah pergi Kuching mesti tau tempat ni.
Sekarang..ha..tengoklah gambar Kimi di bawah ni. Dah besar panjang.. alhamdulillah..
Sebenarnya aku ada banyak kisah lagi nak kongsi sebelum dan selepas Kimi dilahirkan. Cerita sekali kat sini kang jenuh pulak nak scroll panjanggg ke bawah. InsyaAllah aku cerita di entri akan datang. Setakat ni dulu… 🙂
Sekejap je kan dah 6 tahun… Kimi sebaya ngan anak nrl no. 2, Sofia…
oh..kita sama2 ada anak 6 tahun ye nurul..hihi.. tu lah..tak terasa masa berlalu..rasa baru je ambik gambar tu kat bilik bersalin tu.. 🙂
alhamdulillah.. dah besar kimi.. suka baca pengalaman orang mengenai anak, aiza baca pengalaman orang je la.. aiza sendiri takde anak lagi..
takpe aiza..insyaAllah satu masa nanti..dan semua pengalaman itu bole dijadikan panduan… 🙂
cepat betul masa berlalukan
sama cam anak2 Sop gak .. sedar2 cam dah beso
Tu dia sop..kita kena betul2 “hayati” pembesaran anak-anak..kan. Kalau tak, sedar2 dah beso.. 🙂
*tu la dia…. Tertinggal “la”.. Hihi
Akak duduk batu kawa rupanya b4 ni..rumah makcik niesa kt batu kawa gak..kpg segedup..hehe.. Cepat je masa berlalu..kimi dh besar dh pn kan…
a’ah..wisma saberkas tempat bertendang, pasar minggu kat batu kawa tempat cari barang makanan, pasar satok..tempat segala gala. hihi.. lama dah tak ke sana..rindu pulak..
da bsar n da jd hensemboy pon!=)
kan ct..hehe.. tak sedar masa berlalu..