Petang semalam masa suami aku nak ambil aku kat pejabat, kereta habis minyak. Dahla masa tu dia dah pun ambil Kimi dan Baby Hani dulu kat tadika dan taska. Kesian anak-anak aku. Menunggulah dalam kereta. Hujan pulak renyai-renyai masa tu.

Kelam-kabut aku call teksi. Nasib baiklah kemudahan teksi kat Putrajaya ni efisyen. Dari pejabat, aku minta tolong pakcik teksi singgah kat stesen minyak. Mula-mula kat Presint 18, tong pulak takde. Even pakcik tu pun takde tong kosong untuk isi minyak. Kemudian, aku minta pakcik teksi singgah dekat stesen minyak Petronas kat Presint 16. Alhamdulillah, dapat tong kosong dari bengkel kereta kat sebelah stesen minyak tu. Aku belilah minyak Ron95, RM9.00 satu tong penuh. Perjalanan kami teruskan. Seterusnya, nak mencari destinasi kereta suami tersadai. Jenuh jugak nak cari. Aku bawak je pakcik teksi lalu balik jalan menuju ke ofis aku. Rupa-rupanya suami dah dekat dah..lagi dalam 5 minit perjalanan ke pejabat aku di Presint 4. Kereta tersadai selepas flyover Presint 17 tu. Sampai kat situ, aku bayar tambang teksi dan sempat minta maaf kat pakcik teksi Β kerana melencong jauh dari tempahan awal teksi yang aku buat melalui panggilan telefon tadi. Dan sempat juga ucapkan terima kasih sebab sanggup ikut “arahan” aku.. πΒ Suami pun mengambil tong berisi minyak, dan mengisi minyak ke kereta.Β Aku kemudian cepat-cepat dapatkan Baby Hani. Kesian sangat muka dia..innocent. Alhamdulillah tak nangis walaupun dalam 20 ke 30 minit jugak dalam kereta. Tengoklah gambar kat atas tu.. Sesudah selesai semuanyanya, kami pun bergerak balik ke rumah. Lambat pulak balik hari ni. Semua minyak punya pasal. Aku dan suami pun decide, Sabtu ni MESTI hantar kereta pergi repair meter. Ini bukan pertama kali insiden ni menimpa kami. Sejak arwah Yanie masih ada lagi.. π InsyaAllah time to time aku cerita.. Terima kasih kerana membaca.
Assalmmualaikum kak..lama x snghh sini..comeynya baby hani..wah..tahniah kak dah ada domain sendri ni ^_^
tq sya..hehe. banyak yang nak kene buat kat webblog baru ni.. rajin2 datang ke sini ye..
Salam kak, blog akak dh tuka pg .com rupanya ptt la niesa xprasan ingtkan akak x update2 entry, baru malam ni tergerak nk menjenguk akak…
minyak punya pasal dh tpaksa lari sana lari sini kan kak..haha.. π
tu le dia niesa.. nasib baik niesa tergerak hati nak jenguk ye..akak siap tukar platform sekali, itu yang blogger takleh capture post baru tu… π
susah juga jika meter minyak tak berfungsi dengan baik.. mujurlah tidak berlaku perkara yang tak diingini.. comel baby hani..
memang susah sangat.. taubat dah.. tu yang nak pegi repair sabtu ni..
btw, tq Aiza.. π
comeynya lah sikecik tu, rasa nak cium….
hehe..tq mama. si jantung hati saya tu.. π
comelnye die…gram…
hihi..tq ct…
baby hani comel! geram la tengok….hihi
rasa macam nak gigit kan..hihi. bapak hani ambik masa tunggu akak datang.. π