Sejak berpindah dari Blogger ke WordPress pada 2 Januari 2014 hari tu, ada beberapa perkara lagi yang aku belum selesai di platform baru ni. Mana tidaknya ada banyak perbezaan ketara antara Blogger dan WordPress.. Antaranya aku kena sesuaikan entri-entri lama dari Blogger dengan WordPress. Kebanyakan panduan dan maklumat pun aku perolehi samada dari Google atau host provider aku. Selain tu, selalu jugak aku jenguk blog-blog otai ni, Bina Blog Dot Com Sendiri, Eizil.My, Eridy.com, Kujie2.Com, dan AffanRuslan.com.
Back to topic..Langkah seterusnya sekarang adalah memasukkan setiap entri kepada Kategori. Kat Blogger dulu mana ada kategori. Yang ada cuma tag atau label. Ada 170 kot entri yang masih tak ada kategori. Nasib baik 170 je..kalau dah 1700..macamana? 🙂
Nak tetapkan kategori satu hal.. Lagi satu nak masukkan/namakan kategori apa yang sesuai untuk setiap entri. Aku pun kadang-kadang keliru antara dua ni. Kalau korang nak tahu serba sedikit tentang beza kateori dan tag, jom baca sama-sama artikel Category vs Tag dari wpbeginer.com ni.
Ini je lah isi entri di petang yang damai nih.. 🙂
la..bertukar ke wordpress rupanya..mcm mna kak?mana lg best?blogspot ke wordpress?
ada pros n cons, niesa. cuma yg kat wordpress ni sendiri jaga..sendiri mau ingat…hihi. storage space, content, security..semua totally di bawah jagaan sendiri…bidangkuasa luas gitu.. 🙂
Baru berhijrah ke WordPress rupanya… Best kan WordPress? Rasa cam canggih sikit. Haha…
lebih kemas..kurang serabut. boleh modify tapi terkawal…code susah nak bersepah mcm dulu.. 🙂
baru berjinak-jinak dengan wordpress :)))
best