
Susahnya nak mencari barangan bayi di sini. Aku rujuk dalam direktori yang diletakkan berdekatan eskalator, hanya 5 atau 6 kedai barangan bayi yang ada. Itupun barangan setiap kedai tu tak menarik perhatian aku. Ada kedai Anakku, tapi limited sangat barang-barang dia. Tilam bayi yang aku jumpa di sini tidak menepati spesifikasi yang aku nak.
Tiba-tiba suami teringat, di tingkat atas lobi pintu masuk utama ada satu kedai bayi. Kami pun menuju ke situ.

Mula-mula masuk, nampak pakaian untuk anak-anak berumur 1 tahun ke atas. Aku kecewa jugak mula-mula tu..takkan baju bayi umur Hani tak de..

Akupun melangkah masuk ke sebelah dalam lagi. Rupa-rupanya kedai Baby Palace ni besar! Tak padan dengan pintu masuk dia. Kita kena masuk ke dalam baru nampak.

Macam-macam barangan bayi dijual di sini. Pakaian, makanan, mainan, peralatan tidur, mandi, aksesori dan macam-macam lagilah! Baju bayi pulak ada banyak sangat pilihan, cantik dan comel. Aku sampai terpaksa tahan hati untuk datang memborong lagi selepas gaji yang akan datang..hehe

Harga barang-barang dan pakaian tak mahal sangat. Sedang-sedang gitu. Baju Hani yang aku beli tadi range harga dia antara RM19(sepasang) hingga RM30. Sepasang maksudnya baju dan seluar. Oh ye, lagi satu barangan yang dijual, dari brand biasa sampailah ke branded item. Dari design biasa-biasa ke design yang cantik berhias! Faham tak maksud aku? ๐
Jadi kedai Baby Palace ni bolehlah masuk dalam list korang untuk mencari barangan bayi. Aku pula memang akan “tanda” sebagai kedai utama untuk aku cari baju-baju Baby Hani yang cantik-cantik dan comel-comel macam dia ๐
cantik bajunya dan harganya sangat berpatutan pula tu..
p.s: tahniah sudah beralih ke dot com.. semoga terus success.. ๐
tq Aiza… untuk Aiza pulak..teruskan memberi inspirasi… ๐
wahh..shopping utk baby hani la ni ye..mesti rambang mata tgk baju yg mcm2 jenis tu..
tu le pasal…banyakk sangat yang cantik2 lagi-lagi untuk baby girl.. ๐