Semalam aku bawak mak aku jalan-jalan kat Alamanda. Masa nak balik tu, Kimi nak aku belikan Dunkin Donuts. Aku ambik 9, free 3. Dapatlah 2 kotak.
Masa nak membayar, ada sorang perempuan kat depan aku dengan 2 anaknya. Akupun borak-boraklah dengan mak dan adik aku. Lama jugak orang depan aku tu kat kaunter. Tapi tak dengar sangat butir bicara dia dan cashier tu sebab suasana agak bising masa tu.
Kemudian, tibalah turn aku untuk membayar. Membebel-bebel adik cashier tu. Antara yang aku tangkap, “Kalau ye pun, cakap lah elok-elok!. Aku tanya je syiling 5sen ade tak. Kalau tak de tak payah la nak marah-marah!” Membentak-bentak dia.
Aku pun menyibuk la nak tau. “Kenapa dik“. Adik tu jawab, “Entah pompuan tadi tu, saya tanya dia ade syiling 5 sen tak. Boleh pulak dia marah-marah kat saya. Kalau takde bagitau jelah..” Aku cuba mengalihkan marah budak tu, aku kata kat dia “Hmm..biasa lah tu, dik. Kat mana-mana pun jumpa orang yang tak de angin takde ribut, nak marah-marah orang ni. Kalau kat ofis akak tu ha..hari-hari mengadap orang macam ni“.
Lepas tu adik tu jawab “Saya pun orang kerja Goverment jugak kak. Saya ni part time je kat sini. Jangan lah marah-marah macam tu kat saya. Dia ingat dia sorang je kerja Government.” Amboi..berapi-api tau budak tu. Last sekali dia minta maaf jugak kat aku. Tak pe lah kan, dia perlu jugak lepaskan marah dia kan..
Kita ni, dalam hidup bermasyarakat, janganlah asyik fikir hati kita je orang nak jaga. Fikir perasaan orang lain jugak. Tak salah kalau sentiasa manis muka dan bercakap dengan budi bahasa. Lontaran kata-kata dan perkataan yang kita ungkapkan adalah cerminan hati kita. Kesan kata-kata buruk itu juga akan mempengaruhi hati kita. Peringatan untuk diri aku sendiri juga.
bercakap jgn ikut sdap mulut jer..huhu
Marah punya pasal..
tiba2 kena marah siapa x bengang..hihi..biasala tu kan..budi bahasa budaya kita tp zaman sekarang budi bahasa tu mcm dh xda..
Susah nak cakapkan..kalau terkena kat kita, tak taulah..
orang tu tengah gaduh dgn husband dia kot. hahaha =D
Haha..agaknye. Tak nampak suami dia masa tu.. ^^
Kesiannya adik tu… Customer always right kannn….. Huhuhu…
tu lah..tension melayan customer yg tak berapa nak betul ..huhu
sabor je la.. biasa la tuh, kalau kerja jenis jumpa orang pelbagai jenis, pelbagai ragam la yg nk kena jumpa…
susah jugak kan..sbb sabar kita ni ada limit nye..hmm
sbb tu sebelum pilih kerja2 yg macam ni, kena pikir dulu, tanya diri, kita cukup sabar ke nk hadap org2 macam ni nnti.. hehehe
Hahaha, haritu lagi pelik. Org giant tu yang mengamuk sbb takde baki nk bagi dkt customer. Haih.
tu ngamuk kat manager kot..bagi change tak cukup..ish3x. macam-macam.. xD
betul tu.. sikap luaran kita mencermin siapa diri kita..
tula..self reminder jugak ni.. TT
mmng patut pon die marah…kdang2 org golongan atasan ni…pndang remeh sgt golongan bawahan…lebih2 lagi kalu cashier ni….mlampau btul….
sedangkan semua punya tujuan sama,..mencari rezeki yang halal.. tak payahlah pandang rendah orang lain..
rasa mcm kurang ajar sgt tu. xkan org tanya pasal syiling pun kena marah. aje la xbetul la tu.hahaha
tu lah..jawab je la elok2..bukan orang terus sangka dia tak BerWang kalau setakat cakap 5sen takde…haish laa..
aefa dah merasa jadi cashier kak.. mmg byk ragam customer kite kena hadap.. tahan hati n perasan je laa
Haiiiii..Cakkk!!
done follow sini no. 131
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)
http://tengkubutang.blogspot.com/
dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/