Semalam, tengah aku syok belek-belek dan teliti dokumen kerja, tetiba loceng kecemasan berbunyi. Perkara pertama aku capai handphone, wrislet (dompet bertali) dengan pass. Panik jugak mula-mula tu. Bila aku keluar bilik, semua staff dah berkumpul depan pintu kecemasan..masing-masing tertanya2, ni fire drill ke betul nih. Ye lah..nak turun, 30 tingkat jumlah nak dilalui! Berapa anak tangga tu?
Masa tengah fikir-fikir nak turun ke tak tu, tiba-tiba terdengar suara keluar dari speaker, “ini adalah kecemasan, sila kosongkan bangunan dengan segera.” Berulang-ulang. Apa lagi, aku dan beberapa staff lain cabut..dengan gigih menuruni tangga. Dahla aku pakai kasut tumit 2.5 inci. Akhirnya disebabkan tak tahan, separuh jalan aku bukak kasut. Nasib baik ada pakai stokin.
Sampai kat tingkat bawah..tengok-tengok je kat luar..cehhh..bomba tengah syok main air siram bunga hisan kat tepi-tepi bangunan. Fire drill rupanya… Gegar-gegar lutut masa kami dikumpulkan. Peluh jangan cakap lah.. dahlah semalam hari pakai baju batik. Lencun tau. Baju batik kan kain dia macam panas sikit. Sabar je lah. Kenapalah dalam banyak-banyak hari bekerja, hari Khamis yang dipilihnya..
Sekarang ni terasa sakit sangat kedua-dua belah kaki. Nak naik turun tangga punyalah payah. Nak melangkah pun kena slow-slow. Sakit sangat. Nampak sangat 9 bulan pregnant hari tu aku jadi penternak lemak yang berjaya.. ha ha. Elok jugaklah tu..walaupunn..
adehhh..fire drill rupanya..ingtkan btl2 td..haha..kesian akak..xpasal2 dh sakit kaki tu… salam jumaat kak.. ๐
hehe..tajuk baiiikkk punye kan…
btw, tulah pasal..dah lah esok nak bawak mak jenjalan nih…sabo je le.. ๐
saya kalau buat fire drill mesti ade staff merungut jugak.. tapi nak buat camne.. kene buat jugak.. kalau tak nanti tak prepare ๐
betul la tu.. kalau tak biasa, tak tau mcmana berdepan dengan situasi sebenar.. ๐
penat tu kena berlari turun tangga.. fire drill rupa-rupanya.. cuti hujung minggu ni kena rehatkan kaki yang sakit tu..
penat sangat..huhu..camne esok nak bawak mak gi jenjalan ni.. balik ni kena sapu minyak panas… ๐
ala….tajuk wat suspen je…hihi…igtkn btul la td….
He he.. i'm sorry..(pinjam kata amir..)
malang x berbau..
xpernah lg terbabit dalam kebakaran
firedrill je.. ๐
uiksss ini betul2 emergency ni.. tak ada notice kata nk buat fire drill terus kata bangunan terbakor hahaha.
Haritu opis sy pun ada buat fire drill, cekal turun dari tingkat 32.. last2 3 hari sakit kaki sebab turun tangga.. cissss
khennn…skg ni rasa mcm nak cramp.. T T
pakai kasut tinggi bahaya berlari kak. betul la tu mmg patut akak bukak kasut
tu le..dah jauh turun baru sedor diri..hihi..
Uishh… boleh tahan lah kena turun dr tingkat 30 tu… Mau 2 ke 3 hari sakit kaki x hilang lagi…
tu le..petang ni mcm dah kemuncak sakit dia..sikit lagi nak cramp.. T T
nasib tiada apa yang berlaku…..
takde apa yg berlaku mama..sebab firedrill je.. he he
alhamdulilah tiada pekara buruk berlaku
tu lah..walauun firedrill je..nasib baik tak terpeleot kat tangga..
walaupun aper kak..? hehehe
walaupun tertipu sebenornye..hehe..
Semoga aki akk cepat sembuh ya…snggh lewat mlm ke blog akk ^_^
tq sya.. ๐
30 tingkat? biar betul? anne hari tu nasib baik opis kat tingkat 4 je.. hehe..
semoga kaki akak cepat sembuh.. macam kureng ja bomba tu p main air siram2 bunga pulak kan time orang lain dah nebes ingatkan kebakaran betul2.. hehehe..
kann..punya gigih turun tangga ni..keluar2 bangunan bomab siram pokok2 bunga.. tekena sebijik..hihi
hehe.. nasib baik fire drill jer.. latihan nie mmg wajib buat kat opis.. sebagai persediaan…
betul tu..kalau tak de latihan susah jugak..takut semua panik dan tak tau nak buat apa kalau betul2 terjadi..