Aktiviti cuti sempena Krismas semalam bawak mak dan adik ke Plaza Metro Kajang. Nak cari lagi tudung, batik untuk babah dan kain ela katanya. Kami keluar dah dekat jam 12.00 tengahari. Sedih kejap sebab lalu Tanah Perkuburan Sungai Ramal Luar, kubur Yanie…
Tak pe..sambung cerita..kat Plaza Metro semalam kurang sikit orang. Parking kat tingkat bawah masih banyak yang kosong. Atau orang keluar lambat kot. Senang sangat nak dapat parking.
Butik Linani
Aku bawak mak terus ronda kedai kain dan baju yang ada. Kemudian singgah ke Butik Linani dekat Ground Floor (tingkat bawah), di sebelah belakang tu. Kat sinilah sangkut lama sangat..hehe. Banyak sangat choice. Kebetulan pulak Butik Linani tengah buat year end sale. Banyak pilihan tudung, baju kurung siap dan kain yang dijual dengan potongan harga 10 – 20%. Baju batik untuk lelaki pun ada diskaun jugak. Satu je yang kalau diskaun pun masih mahal jugak kat sini, baju ready made dari material batik crepe dengan batu tu. Mak aih..RM400 lebih..dekat-dekat RM500. Aku tak cukup kaya untuk semata-mata beli baju pada harga tu..kwang3x.
Ke Kedai Buku
Dari sini kami ke satu kedai buku yang baru dibuka kat tingkat 2, satu floor dengan Butik Gene Martino. Nama kedai tak ingat lah pulak. Aku nak cari buku catatan bertarikh dengan month view planner untuk dipakai dipejabat..sebabnya, yang pejabat bagi biasanya tak kena dengan spesifikasi yang aku nak. Terangkatlah satu pada harga RM30++. Tengok dekat Aeon Bdr Mahkota Cheras hari tu harga dia dalam RM50++.
Adik pun ambil kesempatan juga untuk beli kelengkapan sekolah dia. Adik tahun depan nak STPM. Yang Kimi pulak, pun ikut menyibuk. Boleh dia mintak nenek dia belikan plastisin dengan pembentuknya sekali. Mak pulak tak cakap kat aku. Sedar-sedar dah bayar kat kaunter..
Pak Hailam Kopitiam
Sebelum balik, kami singgah makan dekat kedai makan baru kat aras LG, Pak Hailam Kopitiam. Asalnya dulu kat situ kedai permainan video game rasanya. Iced White Coffee dia sedap. Set makan pulak aku order Sweet n Sour Fish..masin ikan dia. Tak disyorkan untuk penghidap darah tinggi. Suami ambil wantan mee, dia kata sedap. Mak order set Nasi dengan Barbique Chicken dan adik pula order set Nasi dan Blackpepper Chicken. Dua-dua tak komplen. Maknanya sedap la tu… ๐
Demikianlah aktiviti di hari cuti pada 25 Disember 2013..
โบ
wah… seronoknya, mama tinggal beberapa barang kakak untuk melengkapan persiapan kembali ke sekolah..
Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog
ok mama ๐
wah bestnya, akhir-2 tahun mesti banyak kan sale.. mesti rmbang nk pilih yg mna satu.:)
tu lah dia.. ๐
seronoknye brjalan…xde mase lg…ujung thun sibuk…nk close akaun bagai…ayyyo…..new year baru nk plan g jln….huhu
takpe..siapkan apa yg patut lepastu pulun cuti..hihi
seronok dapat keluar bersama keluarga.. aiza pula ditugaskan oleh kakak menemani anaknya di rumahnya di KL.. kakak dan abang ipar aiza balik kampung..
oo..patut aiza mention ada hal dalam satu entri hari tu.. ๐
itu la.. lusa baru mereka balik dari kampung..
Akak cuti krismas digunakan beli kelengkapan persekolahan anak… flat! letih betul.. last minute preparation…
Tak pe..nasib baik masih ada masa..kan.. yg penting persiapan dah beres.. ๐
Seronoknya berjalan… Nrl cuti krismas aritu x pegi mana… duk rumah jer.. keperluan anak2 nak sekolah pun x habis beli lagi… ๐
Tak pe nurul, ade masa lagi.. ๐
org yg ada planner ni mesti kehidupan dia lebih terurus..
Betul la kot.. he he
seronoknya boleh jalan2..hujung2 tahun ni mesti byk sale..lgi2 dh nk mula bukak skolah..