Entri ini adalah susulan entri Pengalaman Aku Dengan Maxis/Hotlink Dan Digi yang panjang lebar tu..^^ Maaflah, masa tu tak reti nak mengarang entri dalam blog lagi.
Pada bulan Jun lepas, aku telah membeli Digi Best Prepaid secara online di Digistore Online. Dalam banyak-banyak Digi Prepaid Plan, aku tertarik dengan Digi Best Prepaid Plan ni kerana adanya Super Long Life.
Hanya RM38 diperlukan untuk mendapatkan Super Long Life ini. Tapi pastikan korang mempunyai sekurang-kurangnya RM40 kredit sebelum pembelian dibuat. Cara mendapatkan Super Long Life ni adalah dengan mendail *128*1*7*3#.
Super Long Life menjadikan Digi Best Prepaid aktif selama 365 hari dari tarikh pembelian plan. Contohnya, belian Super Long Life dibuat pada 1.1.2013, maka tarikh aktif talian adalah sehingga 31.12.2013, tidak kira samada simkad tersebut mempunyai kredit atau tidak.
Prepaid plan yang sedia ada kebiasaannya perlukan kredit sebanyak RM30 untuk tempoh 30 hari sahaja atau RM60 untuk 60 hari. Tetapi, dengan Super Long Life, tempoh aktif adalah selama setahun (365 hari), cuma kita perlu masukkan kredit untuk tujuan panggilan, sms atau internet.
Kelebihan utama Super Long Life pada aku adalah, aku tak payah nak risau-risau access talian / simkad aku tamat. Yang aku perlu risaukan hanyalah jumlah kredit untuk membuat panggilan dan sms. Terbaru, aku topup sebanyak RM30 pada bulan September hari tu, dan sehingga ke hari ini, masih ada baki RM11 lagi. Jimat kan?
Untuk pembelian kali pertama pula, kiraannya macam ni:
Starter Pack = RM10++ (online)
Super Long Life = RM38
Internet = RM48 (1GB, 30hari..contoh kalau ambik internet prepaid)
Kredit (Call & SMS) = RM10
Jumlah keseluruhan = RM106, untuk permulaan.
Bulanan pula, RM58 (termasuk internet RM48 1GB), atau kalau tak ambil internet, RM10 je la! Amacam?
Jadi, kalau korang berminat dan nak tahu lebih lanjut tentang Super Long Life yang didatangkan hanya dengan Digi Best Prepaid ini, klik maklumat lanjut di Ruangan Pertanyaan Paling Kerap Digi Best Prepaid di sini.
** Update 9/10/2014
– Ruangan FAQ berkaitan Super Long Life telah dikeluarkan oleh DIGI. Anda akan dapat “Page Not Found” jika link di atas di klik.
– Walau bagaimanapun, opsyen *128*1*7*3# masih boleh digunakan untuk mendaftar Super Long Life.
nice review..baru je bercita2 nak beli sim digi utk tablet..hihi..thanks sharing…
Tqvm.. ๐
Hi nak tnya mcm mna nk convert celcom ke digi best ney ?? Perlukan yg long life la
Masuk ke link ini, pilih digi prepaid, dan ikut arahan lanjut. Good luck!
Salam sis tumpang tanya masih ada lagi ke digi super long life ni dan macam man nak buat tq sis?
Ada. Arahan masih sama. Dial *128*1*7#, kemudian pilih super long life.
nice sharing.:)
Thx ika
nice info ๐ aefa dh beralih arah hihi.. skrg guna tunetalk ๐
Takpe..takpe.. tq ๐
Murah pulak ya..dulu sya pakai pelan digi mahai..tu tkar yg lain..klu dah murah cmni..nnti leh try2 ni..jimat2..hehe
Kan.. kalau drpd dulu ada mmg akak ambik ni je.. ๐
Salam,sis klau nk upgradekn dri easy prepaid ke best prepaid ni bole ke?
Salam… Switching dari easy prepaid ke best prepaid vice versa tidak dibenarkan buat masa ini.. Bacaan lanjut boleh semak di link ini http://new.digi.com.my/ecomm_C/plan_family/default/Prepaid_Call_Plans ๐
Sorry, maklumat detail ada di FAQ (frequent ask question) di bahagian bawah page tu..
digi setahun sudah tiada masuk 2015, yang ada cuma super long life 30hari(rm5). why DIGI why!!! opsyen *128*1*7*3# hanya akan masuk ke paparan super long lifer 30hari di handphone. saya sangat berasa sedih. dan sakit hati terhadap digi.
Terima kasih atas update, Luqman Hakim. Saya akan update artikel selepas dapat pengesahan lanjut dari Digi.
Kalau betul hanya super long life 30 hari yg tinggal, tak rasional nampaknya sbb sama dgn plan biasa, dan tidak lagi “super”.
Yg pasti, Altel ada superlonglife setahun ini tp dgn nama yg berbeza.
Thanks again.
digi ni yang boleh call free lama tu ke?
Free call? Saya tak pasti pulak. Tapi mereka ada plan utk Family and Friends yg mana rate call dan sms lebih rendah.
Nice sharing, Zumal tengah cari camne akhirnya jumpa kat sini… Kat kedai dorang caj RM50…
Makk aih…sampai rm50 dia charge…
Alhamdulillah dapat membantu.. Terima kasih juga Zumal..
salam…saya nak buat superlonglife tapi dia…bila dah tekan code yang korang bagi keluar RM1 untuk tekan 1 superlonglife hahah mudah klu mcm tu…
Ya, rm1 untuk 1 hari. kalau nak dapat 365hari atau setahun, pilih No.3, RM38. Nak guna access superlong life kena ada cost, sekali je bayar je. Senang.
Macam mna ye nk stop yg rm1 ni?
Biasanya Digi akan hantar sms alert samada nak terus kan langganan sesuatu service.atau tak. Hanya ikut arahan sms yang tertera. Jika isu masih tak selesai, saya nasihatkan saudari berhubung dengan DigiCenter.
Kenapa sy buat tak boleh ye..Sy ada topup RM40.53 dn sy nak aktifkan super long life tak bole cuma ada RM1 untuk 1 hari je tapi untuk 365 tak ada pon…Tolong saya mcm mn nk buat ..
Cuba tambah topup RM10..mungkin sbb amaun baki selepas ditolak kelak tak mencukupi kadar yg ditetapkan.
Lepas dah topup, cuba dial lagi nombor yang sama. Kalau tak dapat juga, saya nasihatkan agar tuan berhubung terus dgn Digi.
skurg2 nya dg nak brpa bal kredit pas buat long life ?
Maaf, buat masa ini saya tiada maklumat. Kalau ada saya share.
sy tinggal di Ampang Selangor. bagaimana saya hendak sambung plan *DIGI SUPER LONG LIFE 365 DAYS * selain buat sendiri ada kah centre digi di kawasan Pandan dan Ampang yg boleh registerkan pelan ini.
Tuan boleh saja berhubung atau berkunjung ke DigiCenter terdekat. Saya pasti pigak Digi sedia membantu.
Maaf terlepas pandang pertanyaan tuan.