Baby Hani jenis bayi yang amat mudah takut atau nurse gelar ‘gayat’. Dia amat berbeza dari abangnya, Kimi dan arwah kakaknya, Yanie. Masa awal kelahirannya, agak sukar untuk aku menukar baju, diapers atau memandikan dia. Saat-saat tu memang amat mencabar bagi aku. Memang kena keras hati masa buat benda-benda tu semua pada dia sebab dia akan menangis semahu-mahunya. Silap gaya, panik jugak dibuatnya.
- Semasa menukar diapersnya atau memakaikan baju, bawa bayi ber’cakap2′, sambil wajah kita didekatkan sedikit ke wajahnya. Ini kerana, jarak penglihatan bayi adalah amat terhad terutama semasa minggu terawal kelahirannya. Jadi biar dia tahu mama dia ada dekatnya melalui suara dan penglihatan walaupun terhad.
- Pastikan ada tuala atau kain yang menutup di atas dada bayi semasa kita bukakan bajunya. Bila terdedah tu lagilah dia mudah terkejut, takut dan menangis.
- Kalau dapat, sebelah tangan kita memegang tangannya. Kalau susah sangat minta siapa-siapa tolong pegang. Jangan biar tangannya tergapai-gapai.
- Boleh juga buatkan bayi mengiring semasa menukar pakaiannya. Macam Hani, terlentang lama juga membuatkan dia takut.
- Pastikan bayi memakai sarung tangan / mittenย sepanjang masa, termasuk semasa memandikan! Bayi akan kerap mengejapkan atau menggenggam tangan untuk mencapai sesuatu. Dengan memegang sarung tangannya, akan membuatkan dia sedikit lega, dan dapat mengelakkan tangannya dari luka terkena kuku akibat genggaman yang kuat.
- Kalau boleh, semasa memandikan, jangan biar bayi dalam posisi terlentang terlalu lama. Usaha untuk membersihkan bahagian depan badan bayi dengan cepat tapi lemah lembut. Setelah itu, segera alihkan untuk bersihkan bahagian belakang badan. Posisi ini biasanya disukai bayi.
- Buka sarung tangan / mittenย semasa hampir habis memandikan. Dan pakaikan segera yang baru setelah badan bayi dikeringkan.
- Diapers adalah benda terakhir dibuka semasa nak buka pakaiannya dan benda pertama dipakaikan semasa hendak memakaikannya baju. Ini untuk mengelakkan bayi rasa ‘kosong’.
- Uruslah bayi dengan lemah lembut. Kalau kasar-kasar dia akan mudah terkejut dan takut!
- Kalau semua tak jalan dan bayi masih menangis tak henti-henti, pastikan anda berhenti seketika menguruskan bayi dengan memeluk dan memujuknya. Kalau biar dia terus-terusan menangis sampai hilang suara, takut bayi kena sawan! Ini juga adalah untuk memulihkan sebentar pernafasan bayi yang tercungap-cungap semasa menangis. Ambik nafas orang kata..
- Akhir sekali yang paling penting, sabar, sabar, sabar dan tawakkal. Semakin bayi membesar, semakin kurangkah rasa takut dan gayatnya. Jadi, ‘enjoy’ je lah saat-saat itu dan positif selalu. Ini untuk elakkan kita rasa tertekan yang sememangnya kurang elok untuk ibu-ibu yang baru melahirkan..
rupanya gayat tu bukan cuma istilah takut tinggi je la kan?hehe..baru tau.. (Y)
(niesa xpasti td niesa dh post yg komen 1 lg ke x..kalau ada 2 komen kt entry ni maaf la ye..hehe)
Itu la.. first time dgr masa nurse cakap tu. Agaknya sama keadaannya, bila baby baring telentang..dia akan nampak view depannya jauh ke atas..tu yg disebut gayat tu.. Masa demam panas kecik2 dulu akak penah rasa mcm nii, bila pandang siling lama2, rasa makin menjauh..
nice sharing..:)
Thx ika..ilmu ๐
oh.. macam tu.. aefa suka kalau baby genggam jari aefa.. rasa cam ada connection between us ๐
Kuatkan baby genggam? Sbb dia rasa secure.. ๐
perkongsian pengalaman dan panduan yang bermanfaat.. mungkin ianya berguna pada satu hari nanti (sekarang ni takde anak lagi)..
Tq aiza.. ๐
hehe comel jer entry nie .. walaupun belum kawen, nak baca jugak haha ingatkan nurse tuu salah sebut >< btw, saya gayat -.-
sharing is caring kan.. ๐
assalam. suka sgt blog ni. alhamdulillah. byk info2 parenting yg berguna boleh apply for my baby, fateh. almaklum la sy baru je 2bulan jd mommy with zero experience. tq for sharing info. ๐
Salam azyyati… Alhamdulillah..terima kasih juga..
Semuanya hasil dr pengalaman sendiri..utk perkongsian dgn rakan2 ibu semua. Kot2 boleh jadi panduan..
Selamat berpantang dan enjoy tugas baru sebagai ibu… ๐