Terkenang saat pemergian Sarah Izzyanie..anakku yang kedua.
Yanie dilahirkan pada 20 November 2010, di HKL. Cuma 10 minit aku rasakan kesakitan yang amat-amat sangat saat melahirkan Yanie. Kelahirannya membawa keceriaan. Dengan adanya Yanie, aku rasakan keluarga kecil ku telah lengkap..adanya seorang anak lelaki dan adanya seorang anak perempuan..
![]() |
Yanie beberapa jam selepas dilahirkan pada 20.11.2010 |
Penjagaan Yanie semasa bayinya pun amat mudah. Yanie tak banyak meragam. Cukup kenyang, cukup selesa, Yanie tido.. begitulah setiap hari.Tiada perkara yang lebih menggembirakan ibu bapa bila anak-anak membesar dengan sihat dan ceria di depan mata….
![]() |
Kenangan terindah dengan Yanie |
Segala-galanya adalah normal.. Kami sama seperti keluarga-keluarga lain yang memiliki 2 orang anak. Rutin harian seperti hantar anak ke Taska jam 7.00 pagi, masuk kerja jam 8.00 pagi, balik kerja jam 5.00 petang, ambik anak di Taska jam 5.30 petang, balik ke rumah, sampai dalam jam 7.00 malam, masuk tidur sekitar jam 10.00 malam, semuanya berjalan seperti biasa. Inilah rutin harian kami dari Isnin hingga Jumaat. Weekend pulak, kami akan keluar jam 10.00 pagi atau jam 2.00 petang, atau jam 8.00 malam, itupun kalau nak keluar. Kalau tak kami di rumah je.. Aku buat rutin sebagai seorang ibu dan isteri, dan suami pun sama, ditambah dengan rutin kegemarannya, surfing internet…..
![]() |
Kenangan Hakimi bersama Yanie |
Begitulah kehidupan kami. Segala indah untuk diikuti dan dihayati. Tiada yang pelik, tiada yang memeningkan kepala..kami 4 beranak gembira, ceria dan bahagia bersama..
Sehinggalah pada satu hari…..
Sabar ye ๐
insyaAllah..selalu.. Thx Dayat..
Byk bersabar ya.
tq dear..
singgah jugak n menabung ๐
tq..tq ๐
insyaAllah semoga yanie tenang di sana. syurga buatnya…Aminnnn..
amin… terima kasih eira..
akak dah bersalin anak ketiga ke? anak ape? sabar banyak2 ye kak.. pasti ada hikmahnya..
alhamdulillah, akak dah selamat bersalin anak ke3 11 September hari tu. Ada dalam entri bulan September…
Terima kasih nurul…
Allah berhak memberi n mengambilnya bila2 masa kan.bersabarlah ..
itulah kenyataannya.. terima kasih najiah..
kuatkan semangat akak ๐
terima kasih dik..
sabar ye akak.. InsyaAllah ada hikmah disebalik setiap aturan-Nya untuk akak sekeluarga.. Semoga yanie tenang disana.. ๐
betul tu..terima kasih aefa…
kuatkan semangat kak….syurga tmpatnye kak….ade hikmah di sebalik ape yang berlaku…..;')Allah x kan menguji hambanye di luar kemampuan hambanye….
betul… terima kasih ct..
sabarlah kak.. setiap yg berlaku ada hikmahnya..
Betul tu, fiza.. Terima kasih ye..
kawan saya pernah jadi begini,memang sebak bila mendengar tapi dia nampak tenang sahaja.
dia ada cakap begini…..dia pergi dulu kita akan menyusul….tapi nak menanggung
nya susah…kenangan….masa lalu….
Takpela.. Dah begitu takdir Allah.. Moga saya sentiasa sabar menghadapinya..
Terima kasih, ye…
semoga semakin tabah dari hari kehari..jangan sedih2 lagi tau..akak doakan semoga berbahgia selamanya bersama keluarga..:)
Amiin..terima kasih kak sura..
sarah tunggu akak di syurga. insha allah..
InsyaAllah..tq ayu..
semoga akak sentiasa tabah dan sabar.. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita.. =)
Betul tu..terima kasih reen..