Beberapa hari yang lepas, dalam banyak-banyak entri terkini rakan-rakan blogger yang aku follow, hatiku terusik bila membaca entri IntanBerlian yang bertajuk Status FB Ibu Anak Ahli Syurga.
Kisah ini membuatkan aku terkenangkan kembali peristiwa duka yang aku tempuhi pada 23 April 2012. Pada tarikh ini..anakku Sarah Izzyanie pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Pada tarikh inilah..tepat jam 10.48 pagi, Yanie menghembuskan nafasnya yang terakhir, di dalam dakapanku..diiringi dengan bacaan kalimah Laailaaha illallah, ku bisikkan lembut ditelinganya.. Pada tarikh ini seluruh jiwaku terbang seketika..namun hidupku berubah selamanya..
Tak mengapa..aku pasti ada hikmahnya. Allah tidak akan saja-saja mendatangkan dugaan itu kepada aku. Aku hanya perlu redha dan sabar…
tabahkan hati,…Allah maha mengetahui atas stiap ape yang belaku….stay strong….
terima kasih…
be strong sis. she's waiting you at heaven.. al-fatihah.. and happy eid adha..
thank you so much dear..salam aidiladha..
kak…be strong ya… yanie happy di syurga dan tunggu akak di jannah…. 🙂 in sha allah…. alfatihah
terima kasih ayu..insyaAllah….
sedih saya baca coretan ni akak..walupon kite x mengenali..tapi sya doakan roh Yanie dicucuri rahmat Allah…Allahuakbar..walaupun dintubate tapi arwah seperti tidur dalam senyuman..
sedih saya baca coretan ni akak..walupon kite x mengenali..tapi sya doakan roh Yanie dicucuri rahmat Allah…Allahuakbar..walaupun dintubate tapi arwah seperti tidur dalam senyuman..
terima kasih kerana memahami..
innalillahiwainnailaihirajiun :')
al fatihah buat bidadari kecil, mama sangat sedih membaca, ya allah,.. anak ini akan menunggu ibu bapanya di syurga nanti…
InsyaAllah..terima kasih mama…
alfatihah..semoga tabah kak..niesa dtg follow sini..syurga buat bidadari kecil kakak ni..
terima kasih kerana memahami.. terima kasih juga kerana sudi follow ye…
walaupun lambat, salam takziah daripada sally ye kak…semoga yanie akan menjemput akak di pintu syurga nnt… 🙂
insyaAllah…tak mengapa sally.. terima kasih ye..
ya Allah . sedihnyaa . banyakkan bersabar akak . deeya ada terbaca , banyak kes berlaku brain tumor dalam kalangan kanak-2 sebab baby tuu selau , kena timang , main lambung-2 , atau buai laju sangat . sebab , otak baby masih lembut , so bila kena shake , akan effect pada otak . kat Amerika dah banyak kes macamni terjadi , Shake Baby Simptom (SBS) . ni cuma perkongsian yang deeya pernah baca laa .
mmg tak sama.. brain tumor lain..takkan berlaku akibat hentakan dsb. kedudukan brain tumor arwah Yanie di bahagian brain stem (google) dan tidak mungkin berlaku akibat faktor luaran.
anyway, terima kasih..
sedihnya bila baca rentetan hidup yanie.. smoga akak tabah menghadapi dugaan ini.. comel sgt yanie kak..
Takdir Allah..kak kena terima.. Terima kasih Fiza..
sedinnya..baca n3 ni pun akak dah mengalir air mata…harap ketabahan menjadi milikmu..
Amin…terima kasih kerana memahami… Sy redha pemergian Yanie, kak…
salam…baru melawat blog puan ni n sy juga rasa sedih membaca kisah puan ni. Sy harap puan bersabar dgn dugaan Allah swt ni. Sya punyai 5 anak n yg bongsu ialah perempuan. Insyallah anak puan ni akan tunggu puan n suami puan di syurga nanti…sy hadiahkan al faithah kepada anak puan.
Terima kasih puan Alya…
sy bkk blog akk..bce entry yanie….mngalir air mate..ya Allah kak…kuatkn ati….die mnnti di syurga….ssgguhnya mati itu pasti….
Betul tu ct.. Takpelah..insyaAllah akak sentiasa pujuk hati untuk kuat.. Terima kasih ye..
Sayu hati baca cite ni.
Terima kasih kerana memahami.. InsyaAllah saya redha dengan takdir ini..
saya terharu baca kisah yanie kak, memang kalau hal itu sudah menjadi kehendak Allah, kita harus bisa mengikhlaskan kepergiannya. Semoga yanie bisa diterima disisi Allah amin 🙂
terima kasih, Ririn..
Salam takziah..saya kagum sgt ngn akak..tabah menghadapinYa..saya baru baca entry akak ni..n tibe2 sebak sgt rasa..terbayang sy berada di tempat akak..n yanie sgt2 cute..she is adorable..tapi disebalik kesedihan akak, Allah dah kurniakan 1001 hikmah..dan InsyAllah, janji Allah itu pasti..Yani akan tolong akak di sana nanti..sebab dia masih suci tanpa secalit dosa..
Ketentuan Allah… Terima kasih kerana memahami, syarina..
Baru ternampak entri ni, Fand. Aduh, tak boleh saya nak membayangkannya betapa hancur luluh hati seorang ibu terpaksa menghadap pemergiaan darah daging sendiri. Makin bergenang air mata bila melihatkan gambar-gambar Yanie di sini. Semoga Fand tabah sentiasa. Al-fatihah buat arwah Yanie. Damailah hendaknya di sana!
Rasa sebak membaca nya…. Sbb ank syurga ni hmpir sebaya dgn ank saya… Semoga ctfand tabah n redha menghadapi nya….. Sesungguh nya syurga buat nya…..
Terima kasih kerana memahami..memang perit bila terkenang..tapi ada hikmahnya..