Masa aku pregnantkan ketiga-tiga anak aku, Kimi, Arwah Yanie dan Hani, aku langsung tak boleh telan ‘tambah’ tak minat telan susu-susu untuk ibu mengandung yang biasa kita nampak kat TV. Contohnya Enfamama, Anmum Materna dan sebagainya. Tekak aku memang tak boleh terima.
Susu S26 Mama Yang Sedap!
Aku ingat lagi, masa aku pregnantkan Kimi, aku sampai beli 2 jenis perisa susu, coklat dan vanila. Aku ingatkan selera aku ngam dengan perisa coklat..rupanya tak juga. Sayang je susu tu aku tak minum sampai Kimi lahir. Kena buang ajelah akhirnya.
Masa mengandungkan Yanie pun sama, begitu juga Hani. Masih tak boleh telan susu yang berkaitan.. Sedih juga aku. Aku nak juga bekalkan nutrien tambahan untuk baby dalam perut dengan minum susu..penting untuk perkembangan tulang baby dan yang sewaktu dengannya.
Satu hari, masa mengandungkan Hani dalam 4 ke 5 bulan, aku dapat 2 sample susu S26 Mama dari Butik Modernmom, Alamanda. Mula-mula, aku skeptikal. Apa pulak beza susu ni dengan jenama-jenama yang lain di pasaran? Dah tu, akupun tak pernah dengar pulak S26 ni ada produk untuk ibu mengandung. Sudahnya, dalam 2 minggu, sample tu terbiar di dapur.
One fine day, hati aku tergerak membaca label pada sample. “Bancuh dengan air sejuk” menarik perhatian ku. Boleh habis cepat! Akupun membancuh sample susu tu dan minum.. Perkataan pertama di kepala ku, sedapp!! Aku minum sampai habis..terasa nak minum lagi paket yg kedua..tapi aku tahan. Nak buat stok untuk malam pulak..hihi..
Dalam weekend tu jugak, aku cari Susu S26 di Alamanda. Nasib baik ada dijual kat Aeon (Carrefour asalnya..). Belilah satu tin. Harga dalam RM40 lebih.
Memang sedaplah susu ni..lain dari susu untuk ibu mengandung yang aku pernah cuba. Lagi satu, susu ni juga boleh dibancuh samada dengan air sejuk kosong saja ataupun dengan jus buah-buahan. Menarikkan?!
Oh ya, S26 Mama bukan saja untuk ibu mengandung, tapi juga untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Bolehla aku teruskan minum susu ni.
Jadi, korang kalau ada masalah nak minum susu ibu mengandung macam aku dan dah cuba pelbagai brand, inilah masanya nak cuba S26 Mama. Tak salah mencuba. Untuk diri kita dan untuk bayi kita juga..
Selamat membekalkan nutrien tambahan untuk bayi comel anda…! ๐
Waahh.. sedap ek? saya pun dapat jugak masa soping kat modernmum.. tapi tak try2 lagi..
Sedap..sedap! Atau mungkin kena dgn taste sy kot..hihi.. cuba la.. ๐
kalau kena dgn taste akak mesti kena jugak dgn taste sy.. sbbnya sy pun memang anti dengan susu tepung ni.. hehe..
oh…hihi. selamat mencuba cepat2 ye… ๐
sedap ehhh..sy bnyk bce susu ni bila bancuh susah cikit nk larut..btul ker?
Sedappp..sangat.. pada saya lah. Dia tak de lah susah sgt nak larut.. kacau je mcm biasa. Bg saya, part yg tak larut tu la saya suka..bole “makan” lepas da abis minum..sedapp.. ๐
tq..nk cuba gak.
Mmg bagus kew susu niy kak..? Sebb baru nk try nak kuat kan rahim. N bgi bby berkembg ngn baik..
Saya dah try mmg sedap
Kan…berbeza susu ni.. ๐
Kt mne nk bli susu ni… dh merata suami cri tp xde… giant, farmasi, jaya grocer ad x?
Cuba cari di cold storage kalau ada berdekatan. Yang lain saya tak pasti. Atau puan masuk ke laman web rasmi pengeluar susu ni di Malaysia https://www.wyethnutrition.com.my/en/products/pregnancy/s-26-mama