Semalam mak mertua aku dah balik Sabah. Sebulan lebih juga mak tinggal dengan kami di Putrajaya untuk teman dan tengok-tengokkan aku masa berpantang. Mak datang hari tu pada 14 September 2013, tiga hari selepas aku bersalin pada 11 September.
Masa mak ada dengan kitorang, sempat juga aku belajar beberapa resepi masakan mak. Paling simple, nasi goreng. Suami aku kata nasi goreng mak sedap! Suami aku ni tak berapa makan nasi goreng sebenarnya, amat memilih. Nasi goreng mak je dia makan. Jadi pagi tadi, aku masakla nasi goreng cara mak mertua aku.. Surprisingly, suami sampai tambah 2 kali! ^^
Sebelum mak berangkat semalam, aku sempat minta maaf kat mak kalau-kalau ada tersalah tersilap, terkasar bahasa atau apa-apa yang tak kena yang aku terbuat sepanjang masa mak tinggal dengan aku.. Mak kata..”takde apa, semua ok pada mak”. Betul la kot, sebab, kalau ada apa yg tak kena, mak mesti dah cakap kat suami, dan suami cakap kat aku dlm bentuk ceramah ringkas..hihi.
Ni gambar mak dengan Hani. Aku ambik buat kenang-kenangan. Nanti jumpa balik ngan mak mesti Hani dah besar..
Terima kasih mak!
Leave a Reply