Hari ni merupakan Hari Pendaftaran Negara. Upacara perasmian telah berlangsung di Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya oleh YBhg. Datuk Jariah Mohd Said, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara. Mari kita lihat beberapa fakta dan angka menarik mengenai rekod nama yang didaftarkan di seluruh Malaysia. Maklumat ini didedahkan oleh YBhg. Datuk Jariah di dalam ucapan perasmiannya di dalam majlis tersebut.
Sebanyak 225 pejabat Jabatan Pendaftaran Negara ditempatkan di seluruh negara.
28.4 juta rakyat Malaysia telah mendaftar dan memiliki dokumen pendaftaran diri.
149 orang didaftarkan dengan nama Malaysia.
78 orang didaftarkan dengan nama Merdeka.
Nama Paling Popular (Banyak Direkodkan)
Fatimah = 79,936
Aminah = 29,216
Ah Moi = 15,151
Ravi = 10,866
Sumber data di Sini.
Data yang amat menarik, kan. Aku tak nak la komen lebih-lebih.. Apa pun nama kita, itu adalah pengenalan kita, hasil penat lelah ibu bapa kita yang mencari idea setelah, malah mungkin sebelum kita dilahirkan lagi..
Penat dan pening ye cari nama untuk anak… 🙂
fatimah anak nabi muhammad..
aminah nama ibu nabi muhammad..
🙂
haa..betul..betul..betul! Patut fakta ni akak tekankan dulu. Tq Ayu.. 🙂