Semalam, pada hari ke-25 berpantang, aku sekeluarga dan mak mertua dinner kat Black Canyon Coffee, Alamanda. Restoran ni terletak dekat area Rasa food court, di hujung sebelah kiri, bertentangan dengan Restoran Johnny’s.
Lama tak makan sini. Aku perasan menu hidangan restoran ni dah bertambah dan banyak pilihan. Ada western food, nasi putih dan lauk-pauk yang pelbagai dan cukup menggoda rasa, ada juga hidangan dari variasi mee.
Antara lauk pauk terbaru kat situ chicken dengan cashew nuts (wajib cuba!), sweet n sour chicken, sayuran, ada juga udang dan macam-macam. Menyesal tak ambik gambar menu. Yang aku nak highlight, lauk pauk ni boleh dihidangkan pada anak-anak kecil (2 tahun dan ke atas) sebab tak pedas, berbanding sebelum penambahbaikan dulu sekitar tahun 2009, rata-rata hidangannya pedas. Sekarang tak perlu lagi fikir dua tiga kali “apa nak bagi makan kat anak” bila masuk Black Canyon ni.
Harga makanan pun kira standard la, kecuali steak yang berharga RM30 lebih. Harga sebenar aku tak ingat..
Aku order steak dan coffee, sedap la coffee dia, tak ingat apa nama, tapi kod minuman no.22. Sedap sangat. Rasa lemak, manis dan pahit tergaul sebati.
Mak mertua dengan suami order set nasi dan tambah satu lauk. Kimi share dengan aku dan suami.
Sepanjang masa makan tu, nasib baik sangat sebab baby tak meragam..tidoo je dia..:)
Dah habis makan, seorang pelayan restoran datang dan tanya “makanan semua ok?” Aku cuma angguk dan bagi thumb up. Pelayan ucap terima kasih dan pergi. Aku cakap kat mak mertua, yang penting bole makan, kalau langsung tak sedap sampai tak bole makan memang aku cakap je dekat pelayan tadi.. ^^
Kami bergerak balik sekitar 8.30 malam. Memang tak singgah mana-mana dah sebab niat dan fokus ke Alamanda semalam cuma nak makan malam je..
Leave a Reply