Kali ni aku nak kongsikan mengenai pemakaian krim atau losyen stretch mark ketika pregnant. Maklumat ni berdasarkan apa yang aku telah alami. Bagi yang dah tau, bolehlah refresh balik pengetahuan yang ada. Bagi yang tak tahu..bacalah sehingga ke akhir ayat..bukan akhir hayat ye..:)
Pemakaian krim atau losyen sewaktu pregnant tidak patut diabaikan. Ketika seseorang wanita mengandung, berat bayi dan kantungnya akan membuatkan perut kita menjadi seperti belon, yang akan membesar dan mengembang secara perlahan-lahan. Pengembangan kulit perut pada peringkat awal adalah lebih di bahagian tengah dan atas perut..sebab baby masa tu masih ringan. Bila masuk bulan ke-5 dan seterusnya, stretching tadi akan di seluruh seluruh bahagian perut dari kiri dan kanan iaitu di pinggang, sebelah atas di bawah area payudara dan di bawah perut kita. Kawasan-kawasan ini akan melebar, kulit akan “tertarik setarik-tariknya” sebab nak menampung berat dan besar kandungan. Memang sangat perit..nak nak kalau dah masuk minggu ke 32 dan ke atas..
Kenapa Pemakaian Krim atau Losyen Pada Perut Perlu?
- Supaya kulit sentiasa lembab dan lembut
- Supaya kulit lebih elastik, fleksible dan dalam masa yang sama, “kuat”
- Supaya kesan stretch tidak ketara
- Untuk mengurangkan kegatalan akibat stretch yang berlaku. Aktiviti menggaru kulit yang gatal akan membuatkan stretch bertambah teruk dan meninggalkan kesan calar yang lambat untuk pulih. Ia juga menjadikan kulit kita “hodoh”.
Sekadar Peringatan Penting
Ada sesetengah ibu-ibu mengandung yang memakai apa jua jenis krim atau losyen termasuk yang bukan dikhaskan untuk ibu mengandung. Bagi aku, elakkan memakai krim atau losyen selain yang dikhaskan untuk ibu mengandung kerana kita tidak tahu kandungan kimia di dalam krim-krim tersebut. Ini kerana, apa juga yang kita pakai pada kulit akan meresap ke dalam darah kita yang seterusnya akan dikongsikan dengan baby yang dikandung. Agak bahaya jugak perkara ni terutama pada saat awal pregnant. Pada masa ni, anggota tubuh badan dan sistem saraf baby baru mula terbentuk. Takut-takut, benda-benda tu mengganggu atau menjejaskan tumbesaran baby..Nauzubillaahi min zaalik…
Dekat market sekarang ada macam-macam krim anti stretch mark untuk ibu mengandung yang dijual. Aku sekarang pakai Pureen Stretch Mark Lotion, macam gambar di bawah. Sedap bau dia. Semangat sikit nak pakai pagi dan petang.. Brand yang lagi popular Palmer’s Cocoa Butter. Yang ni pun ok jugak. Ada je dijual di farmasi Guardian. Yang lain-lain aku tak sure..
![]() |
Sumber: www.pureen.com.sg |
![]() |
Sumber: google.com |
Pengalaman Aku
Masa mengandungkan Kimi dan Yanie, aku malas nak pakai krim-krim ni semua. Sudahnya, aku mengalami kesan strech mark yang teruk. Gatal memanjang. Asyik garu je. Memang “rosak” kulit perut aku masa tu. Berbeza dengan pregnant kali ni, aku amalkan pemakaian losyen sejak minggu ke-16 pregnant, agak terlambat juga. Tapi, hasilnya, kulit perut aku kurang gatal, kesan stretch mark kurang. Memang perbezaan amat ketara dengan masa aku pregnant Kimi dan Yanie dulu..
Cara Lain Untuk Mengurangkan Stretch Mark
Pakai pakaian yang longgar dan tidak melekat pada perut. Sebab, bila melekat (ketat), ia akan membuatkan kulit rasa gatal yang tak boleh ditahan-tahan. Bila itu berlaku, terjadilah aktiviti menggaru yang kadang2 sampai tak sedar kulit dah luka! Jadi, kalau nak pakai seluar atau skirt, pilihlah yang longgar. Janganlah menyusahkan diri..
Setakat ini saja perkongsian kali ni. Kalau tak sama dengan apa yang korang alami jangan lah marah ye. Sebab, pengalaman setiap orang tu berbeza-beza..dan aku hanya berkongsi apa yang aku dah lalui… 🙂
ilmu ilmu.. hehe.. even lum kawin.. bole buat bekalan ilmu ni..
he he..kita kongsi maklumat yg ada..kan.. ibarat kata sorg blogger…sharing is not only caring, but sharing also loving.. 🙂
terimakasih panduannya,
sangat berguna untuk ibu mengandung
🙂
Untuk hilangkan stretch mark dengan berkesan, boleh gunakan produk L’Arome, hanya sapukan di tempat berkenaan, insyaAllah akan hilang dalam masa 1 bulan.
terima kasih atas maklum balas.