Seperti semasa mengandungkan Kimi dan Yanie dulu, aku meneruskan penggunaan Rangkaian Herbanika Bersalin Nona Roguy untuk kegunaan semasa berpantang. Set ini serasi dengan aku dan aku syorkan untuk ibu-ibu yg bakal melahirkan diluar sana. Sebabnya, haa..nanti aku ulas satu persatu.
![]() |
|
Tambah satu Uncang Cuci Herbanika yang aku beli berasingan. |
![]() |
Panduan penggunaan disertakan |
![]() |
|||
 Kandungan penuh dalam satu set Rangkaian Herbanika Bersalin Nona Roguy |
Akar Herbanika (10 t-bag) : Untuk diminum. Rendam 1 atau 2 paket dalam flusk air panas. Masa nak minum, tambahkan madu untuk rasa yang segar dan sedap. Kalau tak nak pekat sangat, tuang setengah mug kemudian tambahkan air panas. Kegunaannya untuk memperbanyakkan air susu dan menyingkirkan lemak dan air/toksin yang tak perlu dalam badan..
Herbanika Lulur : Untuk lulur badan. Tapi jangan sental kuat sangat kat area sensitif sebab lulur ni agak kasar teksturnya. Lepas mandi memang akan rasa “lega”, sedap badan, dan bau herba sikit..
Harga satu set Herbanika Bersalin ni RM300.00. Boleh tahan sampai sebulan. Biasanya aku boleh extend sampai sebulan setengah..cukup-cukup masa pantang.. Jimat! 🙂
best nk beli 1 wt akak saye……..heheh…….
Ha, bagi kakak cuba..insyaAllah x menyesal.. 🙂
perkongsian yang baik.. 😀
terima kasih… :))