Sempena Raya esok, aku nak jugak pasang ‘langsir’ baru utk blog aku ni. Tema kali ni, hijau keemasan..hihi. custom made background. Buat sendiri, jenuh jugak tapi puas hati.Tak perlu lagi ada logo atau link dari pembekal free background seperti shabbyblog, thecutestblogontheblock, hot bligitty.. Bagi yg ada masa macam aku, bolelah try buat sendiri. Lagi ringan dari meletakkan html tambahan pada blog.
Aku buat background yg baru ni dgn bantuan google dan online photo editor picmonkey.com. Taip je kat search column tu “how to make custom background for blog”. Banyak website yang tunjukkan langkah-langkah detail lagi..
Oh ye, aku minta maaf kalau ada yang pening/ bosan sebab aku tukar2 background dan header image..kenalah cari yang betul-betul sesuai dengan hati dan jiwa.. Ye lah, kalau tak sesuai nanti takut tak rajin pulak nak update blog..betul tak..?
Eh, sekian dulu. Sebelum tu, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin..moga bahagia di Aidilfitri…
Leave a Reply