Kisah ini diceritakan kepada kami semasa kitorang berkunjung ke rumah saudara-mara di Lahad Datu pada Hari Raya lalu. Peristiwa berlaku semasa insiden pencerobohan telah sedikit reda walaupun masih panas pada ketika itu.
Dikhabarkan, ada seorang penduduk kampung telah keluar untuk mencari paku pakis di satu kawasan hutan berhampiran dengan kediamannya. Beliau mencari dan mencari dan mencari paku pakis sehinggalah sampai ke satu kawasan paya yang berair. Sedang beliau asyik masyuk mencari paku pakis yang hidup subur dan segar bugar di kawasan itu, tiba-tiba.. beliau terpijak satu tanah berumput yang lembut dan lain dari tanah biasa yang dipijaknya. Beliau pun memijak dan memijak lagi tanah lembut itu untuk mendapatkan kepastian mengapakah kelembutan / ke’lembik’an tanah itu pelik dari biasa..
Tiba-tiba! tanah yang dipijak oleh beliau tadi berdiri, lantas satu penumbuk padu hinggap dimuka beliau siap dengan pesanan “Ko Jangan Bagitau Siapa-Siapa !!”
Rupa-rupanya, benda lembut yang disangkakan tanah paya berumput tadi adalah badan seorang komando yang sedang membuat penyamaran di kawasan itu! Maka terkejut beruk lah si beliau tadi.. tumbukan beserta pesanan penaja tadi adalah bagi mengelakkan lokasi persembunyian Komando di kawasan itu dibocorkan kepada awam..nanti tak pasal2 sampai ke pengetahuan tali barut atok kiram pulak. Dan mungkin jugak sebagai balasan sang Komando kepadanya kerana telah memijak-mijak badannya tadi.
Maka pulanglah si beliau tadi ke rumahnya bersama hasil yang telah dikutip dengan seribu satu sesalan kerana telah memijak badan seorang komando, juga bersama kesakitan dimuka yang bakal jadi lebam biru kehitaman pada esok hari..haha.
Gambar hiasan Pejuang Komando, ehsan Google..:D
Leave a Reply