Aku ada buat entri seminggu yg lepas yg aku kena repeat ujian MGTT atau lebih dikenali dgn ujian air gula pada check-up hari ni. Azabnya laa..ya ampun..dahla perut kosong (kena puasa), minum pulak air gula yg maha pekat, sepekat-pekatnya…hampir muntah aku.
Ni dia setengah cawan air gula yg menghantui aku sejak beberapa hari lepas. Nampak sikit ye tuan puan, tapi..azabnya nak menghabiskan!! 4 kali aku stop telan air ni sebab rasa mcm tak tertelan….. >< Nak terkeluar balik pun ada..hihi
Result darah tak dpt immediate selepas ambil darah kali kedua. Petang jugak baru result keluar. Keputusannya..sebelum 4.61 mmol, selepas 7.17 mmol!! Tapi, nurse kata normal! Tu aku pelik tu..
Apa lagi, akupun terus Google..dan terjumpa website Dr. Zubaidi. Korang bole masuk kat http://drzubaidi.com/blog/?p=1720 .
Aku simpulkan berdasarkan ulasan dan jawapan Dr Zubaidi kat blog beliau tu, bacaan 7.1 mmol aku tu belum dikira diabetis lagi..cuma berisiko utk diabetis… Sebabnya, bacaan masa puasa aku normal.. Yang paling penting, aku perlu jaga pemakanan..
Ni aku ambil sedikit soal jawab dari blog Dr Zubaidi utk panduan dan rujukan bersama..
Aku kena teruskan usaha mengawal pemakanan..!
Sekian.
MGGT .??
Teringat pulak mse praktikal dekat hospital..
Buat sample patient dalam lab 🙂
Semoga sihat selalu nya..
InsyaALLAH tak de pape..
Amiinn..amiinn.. tq so much ye eiqa.. 🙂
ayu belum bole faham. tp dengar air gula..ngri den.
he he..takpe. nt akan faham bila tiba masanye.. 🙂