Salam Ramadhan yang ke-25 untuk tahun 2013. Beberapa hari lagi Ramadhan meninggalkan kita..
Baru berkesempatan nak menaip sesuatu pagi ni. Rupa-rupanya, Hari Sibuk Sedunia yang aku katakan dalam entri sebelum ni (pada 1 Ogos 2013, Khamis), berlarutan pulak hingga hari semalam (2 Ogos 2013, Jumaat). Aku sampai terpaksa korbankan waktu rehat tengahari. Sepatutnya, hari Jumaat, pejabat Kerajaan (aku kerja Kerajaan lah ni..:) akan mula rehat tengahari pada jam 12.15 sampai jam 2.45 petang, lama kan? Tapi disebabkan kerja punya pasal, aku cuma dapat rehat mula jam 1.30 tengahari dan kembali sambung kerja pada jam 2.45 petang.
Aku layankan ajela. Bukan selalu kena macam ni…. Yang ni ok lagi ni, big bos aku arahkan buat pada siang hari. Kalau betul-betul diikutkan, aku dan team sebenarnya kena stay back sampai malam pada 1 Ogos tu kat ofis. Memang aku pun dah siap minta staff tempahkan makan untuk bukak puasa blah petang tu. Tapi, last-last minit big bos aku cancel, nasib baikk… Kalau stayback tu jadi, aku anggarkan kitorang akan balik paling awal pun jam 12.00 tengah malam.. Pernah jugak kami balik dah jam 1.40 pagi, gitu gini, sampai kat rumah dah jam 3.00 pagi. Haa, itu perkara biasa di pejabat aku ni. Kenapa begitu, janganlah ditanya..hihi. Tu yang aku heran ada jugak yang claim kerja Kerajaan ni boleh goyang kaki..
Kerja betul-betul selesai semalam sekitar jam 5.20 petang. Ngam-ngam je dengan waktu balik aku, jam 5.30 petang.. Tak sanggup rasanya stayback sampai ke time bukak puasa…tsktsk.. Sebab aku adalah orang terakhir yang kena semak semua benda dan memang aku mesti jadi orang yang terakhir untuk selesaikan kerja tu. Memang tak boleh nak bagi kat orang lain..(buat masa ni la…). Dah bos harapkan kita, buat ajelah..
Habis cerita tentang kerja..
Semalam jugak aku ada dapat 2 kad raya..ini jelah kad raya tahun ni..hihi. Satu dari anak aku, satu lagi dari bos. Bos aku ni berbangsa India, tapi memang seorang bos yang amat baik dan menjaga kebajikan staffnya. Yang penting, apa yang dia nak siap masa tu jugak atau pada masa-masa yang dia kehendaki dan memenuhi kehendak dan arahannya. Simple je. Rasanya semua bos pun macam tu kan..
Ini dia kad nye, tengoklah..aku dah siap lekatkan kat fridge..(^_^)
![]() |
Muka depan kad Hari Raya… |
![]() |
Bahagian dalam kad. Tengoklah tandatangan tu..hihi |
![]() |
Kad raya dari bos… |
Jumpa lagi dientri seterusnya.. 🙂
akak kije katne kak?
Kat jabatan rumah2.. 😆