Alhamdulillah… sekitar jam 2 petang tadi, kami selamat sampai di Lahad Datu, Sabah, lokasi kampung suami. Perjalanan agak memenatkan tetapi, alhamdulillah dipermudahkan… kali ni balik tak kelam kabut. Everything dah ready. Aku pun tak sangka sebab aku hanya mula packing barang-barang pada hari semalam. Sehari suntuk..letih sangat..
Pagi tadi bangun jam 3.30 pagi, aku siapkan makanan sahur suami dulu lepas tu sambung kemas barang lagi. Dalam jam 4.45, kejutkan Kimi untuk mandi, siap-siap segala, jam 5.30 pagi kami bergerak dari rumah ke KLIA. Flight dari KLIA ke KK jam 7.25 pagi. Bagus jugak dapat naik flight awal pagi. Risiko untuk flight delay amat kurang berbanding flight pada tengahari , lagi-lagi sebelah petang.
![]() |
Lahad Datu, Sabah (maafkan kualiti gambar. Screen cap guna Tab 7.0 plus tak clear rupanya untuk blog..) |
Perjalanan kami ke kampung suami perlu menaiki dua penerbangan, dari KLIA ke KKIA dan dari KKIA ke Lahad Datu. Penerbangan dari KLIA ke KKIA memakan masa dalam 2 jam 30 minit. Naik kapal besar kali ni. KLM. Sebab nak tampung pertambahan penumpang di musim Raya agaknya..
Masa dalam kapal dari KLIA ke KKIA tadi, mengantuk gila aku. Ye lah, dah la semalam seharian kemas dan packing barang, pagi tadi awal bangun pulak tu. Tersengguk-sengguk aku dalam flight. Tertidur jugak sekejap-sekejap, tapi amat tak selesa. Dah touch down pun aku masih macam tak boleh nak bukak mata..haha.. Landing dalam jam 10.00 lebih..menunggula next flight untuk ke Lahad Datu pulak.. Ke Lahad Datu boleh je kalau nak naik kenderaan. Tapi masakla, dalam 7-8 jam dalam kereta, bergantung kepada kelajuan kereta. Tapi, bagi yang “kurang upaya” macam aku sekarang ni amatlah not advisable..sakit badan segala nanti..takut risiko untuk baby pulak..
Flight kitorang ke Lahad Datu take off dalam jam 12 lebih. Kira-kira 55 minit perjalanan, jam 1.25 petang touch down kat airport Lahad Datu. Lega, sampai akhirnya. Dan lega jugak melihat wajah kedua ibu dan ayah mertua yang menanti.. Orang yang paling happy bila sampai Lahad Datu sapa lagi..Kimi la. Tak sabar nak jumpa cousins’nya yang akan datang esok hari. Raya tahun ni dijamin meriah.. 4 beradik dengan suami/isteri dan anak masing-masing balik kampung, kecuali sorang adik ipar yang tengah bertugas di Doha Iraq dan sorang lagi adik ipar kat Pahang.. Yang bestnya, hari ni bukak puasa awal sikit, jam 6.20 waktu sini. Sabahkan matahari terbit dan terbenam lebih awal dari Semenanjug..seronoklah..rezeki 1 jam….
Wah, panjang laporan kali ni. Tapi gambar sepanjang perjalanan takde. Aku kasi gambar peta je lah..
Setakat ni kali ni.. 🙂
wah..akak da balik kg ya.
selamat hari raya. 🙂
next entry letak la gambar sabah..
A'ah..mintak cuti awal..:). InsyaAllah next entry letak gambar lebih sikit..