Salam,
Projek-projek perumahan swasta terbengkalai ini adalah tergolong di bawah satu term utama iaitu Projek Perumahan Bermasalah. Proje perumahan swasta di sini bermaksud projek perumahan yang dimajukan oleh kontraktor pensendirian/pemaju/syarikat swasta. Selain projek perumahan terbengkalai, ada dua lagi kategori perumahan bermasalah iaitu projek kategori lewat dan projek kategori sakit. Secara amnya, definisi projek kategori lewat, sakit dan kategori terbengkalai adalah seperti di bawah ni:
2. Projek Sakit: Projek yang mengalami kelewatan melebihi 30% berbanding kemajuan yang sepatutnya atau telah tamat tempoh Perjanjian Jual Beli (PJB).
3.Projek Terbengkalai: Projek yang ditakrifkan sebagai projek-projek yang memenuhi kriteria berikut:
- Projek yang tidak siap dalam atau luar tempoh Perjanjian Jualdan Beli dan tiada sebarang aktiviti yang ketara di tapak pembinaan selama enam (6) bulan secara berterusan; atau
- Petisyen penggulungan telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 218 Akta Syarikat 1966; atau
- Syarikat diletakkan di bawah Pegawai Penerima dan Pengurus (Receiver & Manager); atau
- Pemaju mengakui tidak berupaya secara bertulis kepada Pengawal Perumahan; DAN
- Disahkan projek terbengkalai oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Seksyen 11 (1) (ca) Akta 118.
Mengapa ada “DAN” di situ? Sebab, rumah terbengkalai boleh terdiri dari mana-mana (i) hingga (iv) di atas, tetapi kenalah bersekali dengan para (v), iaitu disahkan oleh YB. Menteri.
Jadi ini adalah perkara basic yang perlu korang tahu tentang projek perumahan terbengkalai. Kalau korang perasan, banyak yang diadukan samada di surat khabar, di tv, di blog-blog, di twitter atau di facebook tentang projek rumah mereka yang terbengkalai, sedangkan, bila dibuat semakan, projek itu sebenarnya adalah dari kategori lewat atau sakit.. Jadi kena fahamkan dulu beza tiga kategori ni.
![]() |
Projek terbengkalai Taman Anggerik, PD, Negeri Sembilan, sebelum dipulihkan. |
![]() |
Taman Anggerik, selepas dipulihkan. |
Kalau masih tak faham jugak (memang susah nak faham pun..), call Bahagian Pemantauan Swasta (yang jaga projek kategori lewat dan sakit) atau Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai..yang jaga projek terbengkalailah. Dua-dua Bahagian ini adalah di bawah Jabatan Perumahan Negara, KPKT. Nombor telefon, erm, korang silalah masuk ke SINI. Usaha sikit lah ya..:)
Ini je lah dulu setakat ni. Ada banyak lagi yang perlu dikongsi sebenarnya. Kalau taip terus-terusan alamat tak terbangun sahur aku..hihi. Entri lain akan aku ulas lebih lanjut. Antaranya tentang apa yang perlu dibuat setelah rumah jadi terbengkalai, macamana nak tau projek yang kita beli rumah tu tidak terjatuh di bawah kategori projek bermasalah, dan bagaimana nak deal dengan pihak pembiaya, dan lain-lain lagi.
Sekian.
alhamdulillah..takat nie takde lagi…setuju dengan entry ni…
terima kasih, ida..