Salam Ramadhan..
Aku menaip entri ni diiringi dengan lagu Selamat Hari Raya, dendangan Allahyarham Datuk Ahmad Jais. Legend sungguh..
♫ ♫ Selamat Hari Raya, Aidilfitri Mulia, ampun maaf dipinta, mencuci hening dosa..
Setahun menghilang, sekarang menjelang hari yang bahagia..Selamat Hari Raya…♫ ♫
Kisahnya, Kimi anak teruna aku nih dah tak sabar-sabar nak balik kampung untuk beraya! Dah siap plan macam-macam. Nak beli baju Melayu (dah beli…) nak naik kapal terbang besar, nak main bunga api dengan Kakak Ika, Apis, Syukri, Emil, Gogo (cousin dia…), nak jalan-jalan, nak main kat gelanggang futsal di kampung Atok, nak kutip shell di pantai dan macam-macam lagi…
Jadinya, minggu lepas aku ajar dia utk tandakan “X” kat kalendar pada setiap malam, dan mintak dia kira sendiri ada baki berapa hari lagi sebelum kami balik kampung! Sebab hampir setiap hari dia tanya..”mama bila boleh kita balik kampung”..:) Senang kerja aku. So tiap malam dia tandakan kalendar, sambil buat ulasan tambahan “mama, sekarang dan July 24th, kita “X” kan 23rd..” “mama, esok dah July 25th..yeay..tak lama lagi nak balikk”..itulah antara ulasan-ulasannya. Korang tengoklah gambar di bawah ni..
![]() |
Kira hari balik kampung untuk berhari Raya: oleh Kimi 🙂 |
Kimi mula tanda pada 17 Julai. Oh ya, target date tak bertanda lagi sebab jatuh pada bulan Ogos, tak nampak lagi dalam kalendar ni. Yang kecik kat bawah tu takleh ambik kira..hihi. Tunggu next month…:)
Leave a Reply