Hari ini, kita belajar mengenai sejarah dan geografi ya tuan-tuan, iaitu mengenai Kampung Rosob, Pitas, Sabah, kampung kelahiran ku. Kampung ni terletak lebih kurang 2 jam 30 minit perjalanan menggunakan kenderaan dari Kota Kinabalu, Sabah. Nama asal kampung ini adalah berasal dari sejenis buah liar iaitu buah Serosob, yang banyak ditemui di kawasan sekitar penempatan ini semasa ia mula-mula dibuka dulu. Nama komersil buah ini tidaklah pulak aku ketahui, ya tuan-tuan..maaflah..:) Kali terakhir aku makan buah ni pun masa aku masih di bangku sekolah rendah dalam lebih 20 tahun dulu. Punyalah lama! Buahnya mungkin ala-ala macam buah anggur gitu, warna purple gelap atau merah pulasan. Aku pun ingat-ingat lupa.
![]() |
Lokasi Kampung Rosob berdekatan dengan titik Daerah Pitas di atas sana, bertentangan dengan Daerah Kudat. Gambar kredit: syah_apium |
![]() |
Kedudukan Kg. Rosob (bertanda merah) dari Pekan Pitas. |
Sejarah penemuan kampung ini adalah dimulakan oleh adik beradik dari Keluarga Shukor, iaitu Allahyarham Hj. Mohd. Noor, Allahyarham Hj. Abu Bakar, Allahyarham Hj. Ahmad dan Allahyarham Hj. Bakri. Untuk pengetahuan Tuan-Puan, Allahyarham Hj. Abu Bakar tu atok aku..:)
![]() |
Gerbang masuk ke Kg. Rosob, Pitas. Gambar kredit: etawau.com |
Pekan lengkap yang terdekat dengan kampung ini adalah Kota Marudu yang jaraknya lebih kurang 40 minit perjalanan menggunakan kenderaan. Mengapa aku kata lengkap? Sebab di Pekan ini je la kami boleh dapatkan kemudahan bank, pasar raya, servis kereta dan macam-macam lagi yang tiada di Pekan Pitas. Kedudukan Kota Marudu adalah berhampiran teluk di tengah-tengah antara Kudat dan Pitas di dalam peta di atas sana.
Walaupun kampung ini agak jauh jaraknya dari bandar dan pekan, pelbagai kemudahan asas telahpun melengkapi kampung ini. Contohnya kemudahan elektrik (refer wayar di dalam gambar di atas), air dan yang paling penting kemudahan jalan tar. Jadi, kampung ni tidaklah ketinggalan sangat ya. Oh ya, kampung ini juga dibekalkan dengan kemudahan wifi, kalau tuan-tuan dapat lihat, ada antena sebesar alam dekat masjid tu, itulah dia pemancar wifi (betul ke tak istilah aku ni..kalau salah maaf..:).
Penduduk kampung ini rata-ratanya berbangsa Banjar, sebab keempat-empat pengasas tadi (atok-atok aku lah tu) adalah berbangsa Banjar. Bagaimanakah bahasa Banjar itu, tidaklah aku ketahui ya tuan-tuan, sebab even atok aku pun tak sempat belajar bahasa banjar dari atoknya dan ayahnya.. Selain itu, ada juga kaum Sungai, Bajau, Kaukasia (orang putih asal UK sinun), Dusun dan lain-lain lagi.
Rasanya setakat ni saja dulu. Masa raya nanti aku cuba dapatkan banyak lagi gambar sekitar kampung untuk ditepek di sini. Dan kalau ada tambahan maklumat atau pembetulan info dari tuan-tuan, silalah comment di bawah ya.. Terima kasih.. 🙂
baru Ku tahu asal usul kmpung Rosob o.,,hbat kak fend
Begitula serba sedikit yg kak dapat dari beliau.. Tapi ada yg mcm ingat2 lupa… Thanks ya mirande 😉